.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

Gambar Seksi Rozita Che Wan

“Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,”. “Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya. -METRO-
 
p/s:-aduhh bkn tersinggung dah ni..silap2 bleh tersadung aku tgk hahaha... dah lah kak rozita ye...dah berumur....bila nak berubah????? apa2 pun sendiri wat sendiri tangung...dose pon masing2 kan...kan...kan....

Sabtu, 14 Januari 2012

Ally Iskandar dan Farah Lee

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.


“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.


Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.


“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.


“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.


“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.


Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.


Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.


“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Jumaat, 13 Januari 2012

Hattan Bercerai

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Diana Amir jawab isu berkemban dalam filem Keramat

Pelakon Diana Amir menjawab isu yang membabitkan aksi berkemban melalui filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.

Beliau yang kini telah berhijrah dengan menggayakan tudung menjelaskan, lakonan tersebut telah dirakamkan sebelum beliau mengambil keputusan untuk beralih arah mengenakan pakaian muslimah.

Mengakui rasa kesal dengan aksi melalui filem terbabit, Diana Amir turut mendakwa beliau kini bukan sahaja telah mengubah dari segi penampilan semata-mata, malah ideologi dan tindakan juga memberi peransang kepada dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih terjerumus ke arah kerohanian.

"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.

"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah.

Begitu jugalah saya. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui wartawan Murai selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade baru-baru ini.

Filem keluaran Metrowealth arahan David Teo itu menampilkan aksi Diana Amir sebagai seorang wanita yang memegang watak menggoda.

Turut membintangi filem tersebut Azahari Zain, Rebecca Nur Islam dan Zul Handy Black.

Diana Amir sebelum ini telah mengambil langkah untuk bertudung secara mengejut setelah didakwa mendapat alamat mimpi seolah-olah berlakunya Hari Kiamat.

"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.

"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.

"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.

Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.

"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan. 
p/s:- sabar2 ye diana amir aku sokong ko heheheheheh

Isnin, 9 Januari 2012

juara masterchef malaysia - Izani Farhana Binti MD Monoto

Umur: 26
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both
 
Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan.
Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang penting, iainya segar!
Melihat keghairahan Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan.
Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau tidak kepada keluarga tercinta.
Menguruskan perniagaan katering sendiri merupakan impian Ezani yang masih belum tercapai. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi. 

 p/s:- tahniah wat izani...aku ingat wahidan memang semalam...takpe dua2 mmg profesional...

Sabtu, 7 Januari 2012

Teh Syuhada pula bertudung

 
tahniah buat pengacara WHI tv3 Teh Shuhada..bukan senang nak berhijrah..moga akan berkekalan..jgn separuh jln ye...kan comel tu...silap2 bertambah lagi peminat hahahhaa...nak tgk dia bleh la menonton WHI di tv3..wah makin ramai skrg dah berubah untuk btudung.ini satu perkembangan baik untuk agama islam..sekurang-kurangnya akan membuka mata org kat luar sana bahawa pakai tudung pon bleh popular..jgn ingat pakai tudung ni kolot atau pun nak kena tunggu tua baru nak btudung...gambar kat atas aku cari kat google..so tak berapa cantik sgt...tp org kat dlm gambar cantikkkkk haahahaha ok la apa2 pun tahniah dah selamat berhijrah wat Teh Syuhada......

Jumaat, 6 Januari 2012

Diandra Arjunaidi - Angkasa (video)



Genre
Pop/Whatever I feel like.
Members
Diandra Arjunaidi (Vocals, Guitar)

Sessionists :-

Efry Arwis (bass)
Ag Coco/Ully Mohamad/Shafiq (lead guitar)
Ruvi /Ayam (drums)
Adam (keyboards)
Hometown
Kuala Lumpur
About
For bookings & enquiries please contact Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com 
Biography
Diandra Arjunaidi was founded like many other young stars today. The power of social networking gave this 19 year old the chance to kickstart her singer-songwriter career, and there has been no looking back.

Oftern recognised by her bright red hair (only recently dyed black), this sweet voiced singer has accomplished a great amount of success at this early stage of her career.


She's a Moonshine
..
Current Location
Kuala Lumpur
General Manager
Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com
Influences
Lily Allen, Amy Winehouse, Kate Nash, Lykke Li, Natalie Cole, Adele, Kimbra.
Website
Press Contact
Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com
Booking Agent
Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com

Khamis, 29 Disember 2011

gambar basah-tidak ada lah seksi mane pun-iqa mentor

Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah laman web hiburan yang menyiarkan gambar 'basah' Iqa Mentor. Gambar ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada peminat-peminatnya.
 "Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.

"Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan.

p/s:- mcm ni tak seksi lg...seksa aje kot.. 
cuba tgk video kat bawah ni
kalau bleh iqa mentor tu sendiri tgk... 
 

Rabu, 28 Disember 2011

mface-laman sosial baru untuk malaysia





aku dah daftar kat mface ni.berat gilerrr nak masuk..tak tau la aku punya line kot..satu lg dah daftar tak pandai nak guna sbb lain skit dr fb hahahah...log in pastu tgk lbh kurang pastu logout...mungkin sbb dah biasa dgn fb tu nampak lain...setahu aku Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.konsep mcm fb tapi bleh membawa pulangan..itu yg aku tak fhm..takpe nanti kita sama2 tgk camne...malas nak xplore lg..bnyk sgt problemo skrg...dah selesai problemo nanti bleh lah xplore...berat mata memandang berat lg bahu memikul..aku rase mcm kena hempap dgn batu besar skrg selagi problemo ni tak selesai...ehhh dah lari tajuk ni hahhaaa...ok2 ko org cuba mface tu..xplore dulu klu ok bg tau aku hahahhaa....doakan aku bjaya selesaikan problemo yg melanda hahahha....

Selasa, 20 Disember 2011

Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris


LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.
Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.
Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.
Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.
Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.
Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut. – AGENSI

Jumaat, 16 Disember 2011

maknyah jadi pramugari




BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.
Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.
Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.
Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Reuters

p/s:- maknyah malaysia camne plak ye...hehehehehe

Jimmy dedah tabiat buruk isteri







SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.
Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.
“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.
“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,” dakwanya.
Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.
Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.

Ahad, 4 Disember 2011

Katrina sebar virus Internet



KATRINA KAUR


AKTRES Katrina Kaur menjadi nama paling berbahaya di Internet kerana ia mendedahkan para pelayar kepada serangan virus maya.
Menurut laporan sebuah syarikat antivirus, peminat yang menggabungkan nama Katrina dengan perkataan seperti free downloads, hot pictures, screen savers dan videos sebenarnya mendedahkan komputer mereka kepada serangan itu.
Dalam kajian itu, nama aktres tersebut berada pada kedudukan pertama dalam kalangan kata kunci selebriti paling berbahaya di India diikuti Deepika Padukone dan Kareena Kapoor.
Laporan itu menjelaskan bahawa pengguna akan mempunyai 10.26 peratus kemungkinan untuk terdedah kepada risiko jika menaip nama tersebut.
Selain Katrina, selebriti nama lain yang tersenarai antara selebriti yang berbahaya di Internet termasuklah Saif Ali Khan, John Abraham, Priyanka Chopra, Aishwarya Bachchan, Bipasha Basu, Aamir Khan dan Shahrukh Khan.

Jumaat, 2 Disember 2011

Catriona Ross-‘ustazah jadi-jadian’






KOTA BHARU: Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.

Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.


“Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya ‘ustazah jadi-jadian’ dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.


“Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik,” katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.


Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.



p/s:- makin comel plak ustazah jadi - jadian ni hehehe.....

signboard pelik
















SEKOLAH SEKS ANTARABANGSA DIBUKA


VIENNA - sekolah seks antarabangsa yang pertama di dunia telah dibuka dan menerima pemohon.AISOS adalah kolej pertama "seksualiti gunaan" dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur lebih 16 tahun. Sekolah Seks Antarabangsa di Vienna telah dibanjiri dengan pemohon.kos yuran di Sekolah Seks Antarabangsa di Vienna adalah $ 1,800 setiap semester.Guru Besar kelahiran Sweden Ylva-Maria Thompson, yang juga seorang artis, merasakan bahawa terdapat kekurangan kelas seksualiti yang digunakan di seluruh dunia dan mahu memulakan sebuah sekolah yang pakar dalam bidang yang unik ini.Pelajar akan tinggal di blok asrama bercampur jantina di mana mereka dijangka untuk mengamalkan kerja rumah mereka kerap sepanjang hari dan malam."Pendidikan teras kami adalah tidak teori, tetapi sangat praktikal. Penekanan adalah pada bagaimana untuk menjadi pencinta yang lebih baik 

 Puan Thompson adalah seorang guru yang sangat berpengalaman, jurucakap sekolah Melodi Kirsch memberitahu Berita Mingguan Austria. "Kami yakin bahawa sekolah itu akan menjadi satu kejayaan yang besar."Sekolah Austria Antarabangsa asas Pendidikan seks bercampur teknik tradisional dengan pengetahuan pelajaran dan moden dalam godaan. Lima kursus-kursus asas, kursus intensif, dan seminar hujung minggu akan ditawarkan, dan laman web menghuraikan kurikulum sebagai "posisi seks, teknik membelai, ciri-ciri tersebut anatomi adalah disiplin AISOS.
Kebanyakan kelas akan diajar dalam bahasa Jerman dan mengambil tempat di dalam rumah agam abad ke-18, bagaimanapun, pelajar akan tinggal di asrama Coed dengan katil, bantal, tambahan dan alat bantuan seksual.Iklan bagi sekolah baru telah menyebabkan kontroversi khususnya telah diharamkan oleh TV Austria untuk mempamerkan beberapa berkasih sayang "Ini dibalut dalam cara yang sangat bergaya tetapi ia hanya menjual seks," satu protestor komen.Kurikulum teras: posisi seks, teknik membelai, kajian orgasma, ciri-ciri anatomi, seks oral, seks dubur dan seks kreatif.

p/s:- gila ke apa org ni wat sekolah camni...memang berebut la org nak jd pelajar..bleh buat seks secara percuma....

Khamis, 1 Disember 2011

pengakuan shidah harmi:- 'saya dah nak kahwin'

Kalau betul lah pengakuan oleh shidah neh nampaknya orang yang mengedarkan gambar shidah dan apek sehari sebelum perlawanan sememangnya ada memasang satu niat

Shidah menerusi satu pengakuan melalui metro online memberitahu bahawa ;

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

 “Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya -HM-


Kalau betul bukan shidah yang edarkan, dia kena fikir balik dalam2 siapa lagi yang boleh akses gambar2 lama dia bersama apek dan sapa lagi yang boleh akses rekod2 bbm dia sebelum2 neh. Rasanya kalau ini kerja pihak yang ketiga, sudah tentulah individu2 neh mereka yang rapat dengan shidah. Sebab gambar2 neh berada dalam simpanan shidah dan bukan nya apek. BBM pun dikatakan diambil dari BB shidah bukan nya dari BB apek.

Kalau lah individu neh dengan sengaja cuba nak mengaibkan shidah dan apek, sudah tentu dia bertujuan sesuatu. Orang neh rasanya dia bukan buat pasal duit. Kalau pasal duit, ini kena tanya pada rotikaya lah sebab dia lah pemblog yang mendapat info langsung dari sumber yang mendedahkan gambar2 shidah dan apek.

Mungkin berasaskan dendam or something2. Dan buat shidah, baguslah kalau ko dah berubah. Jagalah diri dan peribadi elok2. Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Mudahan2 perubahan neh berterusan dan bertambah baik. 
 
sumber:-EH Gosip!

Isnin, 28 November 2011

gambar mesra apek (khairul fahmi che mat)




p/s- buat apek....cpt2 lah berubah ye....masih sempat lg...kesian kat peminat ko yg melompat2 kat padang sokong ko...aku takpe tak minat langsung hahahahaha...bila dah kalah mcm2 cite kuar ye..klu menang camne agak nya...
sumber:- manjung mari

Selasa, 15 November 2011

zarina anjoulie-kenyataan lucah di twitter milik nya


KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah, yang mendedahkan hampir separuh buah dadanya di majalah FHM Indonesia baru-baru ini tampil mempertahankan tindakannya itu dari kritikan-kritikan peminat industri hiburan tanahair di laman Twitter miliknya.

Zarina yang turut dikritik hebat oleh beberapa blog hiburan terkenal itu juga menyifatkan mana-mana pihak yang mengutuknya itu sebagai hipokrit dan tidak wajar menghentamnya sedemikian rupa.

“All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa sial tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org,” katanya yang berang apabila peminat mempersoalkan kewajaran untuk mendedahkan payudaranya di majalah tersebut.

Menjawab kritikan peminat, Zarina menyatakan bahawa mereka tidak berhak untuk menilai dirinya selain Allah dan menyifatkan mereka yang mengkritik sebagai cuba bertindak sebagai Tuhan.

“As far as I know only god can judge me, so y is there so many ‘gods’ know judging me… So every1 wants to play god huh (Setahu saya, hanya Tuhan yang boleh menilai saya, jadi mengapa pula ramai sangat ‘Tuhan’ yang menilai saya..semua orang nak jadi tuhan huh).

“Semua org nk berlagak alim pegi blog kutuk2 selit unsur islam..first of all kalau awk2alim sgt wat r u doin lookin through d pics 2 bgin wit,” katanya lagi di laman twitter tersebut.

Selain itu, Zarina turut mahu para pengkritiknya mengkritik dengan cara membimbing ke arah yang lebih baik dan tidak memaki hamun dirinya.

“Org islam sepatutnya tlg membimbing umat islam lain.Bkn hina caci, kalau mcm 2 wajarkah anda mengaku diri anda2seorang islam yg benar dahulu,” ujarnya bersahaja.

Beliau turut menyarankan agar mereka-mereka yang gemar mengutuk artis-artis seksi agar tidak melayari internet, tidak wajar menonton televisyen, membaca majalah-majalah hiburan dan menghabiskan masa terluang dengan membaca Al-Quran sahaja.

“Saya rasa manusia yg kutuk semua artis seksi ni,tak patut ada internet tak patut tgk tv tak patut baca majalah, semua tu x elok..

“Lebih baik korang duduk umah jgn tgk semua tu n ngaji.. Lebih afdal buat org yg kata ni haram tu haram, itu ini masuk neraka..,” katanya lagi.

Aktres yang dikatakan gagal menyerlah dan hanya dipopularkan dengan identiti seksinya itu juga turut menyindir beberapa peminat lelaki yang cuba menasihati bahawa tindakannya yang mendedahkan aurat itu adalah haram menurut Islam.


“Mulut kata haram.. Tapi sambil tengok gosok2 bebird (kemaluan) kan kan kan ;p x senonoh je,” katanya sinis.


p/s:- mmg bangang ko ni zarina!!!!!





Khamis, 10 November 2011

Basikal sperma curi perhatian



Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle kelmarin.


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.
Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.
"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.
Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.
Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.
Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.
Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...