.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 15 Disember 2010

malaysia tewas kan vietnam 2-0!!!



akhir nyerr menang jugak pasukan bolasepak malaysia yg pada awal nya aku rasa kan akan kalah...good job...terus kan apabila timbal blk di vietnam nanti.2-0 tu bro bkn senang nak menang..tp kena ingat dan kena kerja kuat skit di vietnam nanti sbb main kat tempat lawan..penyokong gerenti bnyk ke vietnam dan vietnam dah menang dari segi sorakan dan penyokong..ayuh malaysia tunjuk kan semangat malaysia boleh!!!!

-tak sempat nak tgk...ada keja waaaaaaaaa........

Isnin, 13 Disember 2010

Reaksi Singapura terhadap WikiLeaks

 

SINGAPURA - Singapura semalam menyatakan laporan terbaru yang didedahkan WikiLeaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks.
"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya, George Yeo yang dipetik media tempatan di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan para pemimpin di rantau ini.
Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan WikiLeaks semalam adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.
Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.
Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dikongsi oleh Australia dan Singapura mengenai kes Anwar.
Yeo turut dipetik berkata, sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan. - Bernama

Diplomat Singapura hina negara jiran


LAMAN web WikiLeaks menyiarkan gambar pengasasnya, Julian Assange di skrin sebuah komputer pada 4 Disember lalu di Lausanne, Switzerland.


SINGAPURA - Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.
Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.
"Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia," kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.
Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.
Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.
Kabel diplomatik itu bertarikh September 2008. Dalam satu memo pada 2009, seorang duta Singapura, Tommy Koh menggambarkan Jepun sebagai seorang abang besar yang kalah dalam konteks untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN.
"Beliau merujuk kepada kemerosotan penghormatan rantau ini terhadap Jepun kerana kepimpinan teruk, kebodohan dan kekurangan visi," kata kabel diplomatik tersebut.
Kabel itu menyatakan, Koh turut menganggap rakan-rakan Indianya yang bodoh sebagai 'separuh dalam, separuh luar ASEAN'. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...