.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Jumaat, 30 Disember 2011

kejam-dua beradik dirantai bapa


BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.
Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.
Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.
Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.
Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.
Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.
Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

Khamis, 29 Disember 2011

gambar basah-tidak ada lah seksi mane pun-iqa mentor

Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah laman web hiburan yang menyiarkan gambar 'basah' Iqa Mentor. Gambar ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada peminat-peminatnya.
 "Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.

"Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan.

p/s:- mcm ni tak seksi lg...seksa aje kot.. 
cuba tgk video kat bawah ni
kalau bleh iqa mentor tu sendiri tgk... 
 

Penggodam derma guna kad kredit


WASHINGTON - Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.


“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.


Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.


Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.

Rabu, 28 Disember 2011

mface-laman sosial baru untuk malaysia





aku dah daftar kat mface ni.berat gilerrr nak masuk..tak tau la aku punya line kot..satu lg dah daftar tak pandai nak guna sbb lain skit dr fb hahahah...log in pastu tgk lbh kurang pastu logout...mungkin sbb dah biasa dgn fb tu nampak lain...setahu aku Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.konsep mcm fb tapi bleh membawa pulangan..itu yg aku tak fhm..takpe nanti kita sama2 tgk camne...malas nak xplore lg..bnyk sgt problemo skrg...dah selesai problemo nanti bleh lah xplore...berat mata memandang berat lg bahu memikul..aku rase mcm kena hempap dgn batu besar skrg selagi problemo ni tak selesai...ehhh dah lari tajuk ni hahhaaa...ok2 ko org cuba mface tu..xplore dulu klu ok bg tau aku hahahhaa....doakan aku bjaya selesaikan problemo yg melanda hahahha....

Khamis, 22 Disember 2011

sistem opsyen saraan baru perkhidmatan awam






kepada penjawat awam yg masih belum tahu berapa kenaikan gaji anda bleh klik disini
jadi jgn susah hati dgn kenaikan gaji sbb mmg confirm dah tau berapa kenaikan..
masuk no ic pastu password guna hrmis punya pastu login kemudian pilih kotak semakan maklumat.kat bahagian A adalah untuk gaji lama dan bahagian B untuk gaji dan skim saraan baru.
selamat mengira gaji hahahahaha


mata wang baharu




KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam di samping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.
Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran.
Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan pada 25 Julai lalu akan diedarkan Januari depan.
"Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas.
"Siri wang kertas baharu ini menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro," menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi.

Rabu, 21 Disember 2011

ariff alfian


cerita mungkin dah lama kecoh di akhbar mahu pun blog tapi aku baru nak komen..lambat skit takpe..yg aku tau si ariff ni seorang pelajar jurusan perubatan di Ireland yg dilaporkan hilang.bkn calang2 org tu..klu btl berjaya balik malaysia gaji memcecah ribuan ringgit...pastu dia dilaporkan hilang..ada masalah dgn keluarga katanya.

 tiba2 kecoh plak yg si ariff ni kawin dgn mat salleh.kawin tak salah tp yg salah nya kawin same2 laki atau istilah yg dipanggil gay...aduhhh apa si ariff ni buat??? aku pon tak fhm selera manusia ni...tp kalau dia berpegang pd ajaran islam pasti perkara ni tak berlaku..pasti tak kecoh camni..dan pasti dia tak jd gay..kesian kat ppuan cantik kat luar tu..klu laki semua jd camni hahaha...aku takmo la komen dgn bahasa yg kesat..kesian kat mak ayah dan keluarga si ariff ni...

amboi siap pakai baju melayu,bertanjak ye ariff...nape jd camni ariff...tak kesian ke kat parent dan keluarga?apa perasaan dia org tgk gambar kat atas??satu lg aku dgr ayah ariff ni kena tanggung semua kos tajaan petronas dulu...kesian dah anak wat hal..kena bayar plak..tak silap aku ratusan ribu juga kena bayar semula..


pd aku arif ni bkn calang2 org nya sbb dpt belajar jurusan perubatan dpt plak tajaan dr petronas..tp tak kan bleh jd camni??atau mmg dia terikut nafsu serakah nya...yg terbaru berita diterima :-

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hayatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

ariff ohh arif...kalau btl ko masih penganut agama islam dan kekal sebagai muslim...insaf lah sementara masih sempat..ingat jasa mak ayah ko tu..pengorbanan keluarga ko...hancur luluh hati parent ko bila tahu ko wat camni...jgn dikutkan nafsu sgt..kelak ko juga yg susah..itu belum lg di kira dose ko dgn ALLAH SWT..sampai disini aje lah komen aku..harap parent dan keluarga ariff bnyk bersabar...buat masyarakat kat luar tu jgn lah kutuk beria sgt..kesian keluarga si ariff ni...(kita kena kesian..ariff tak kesian pon..kata member aku lah..) apa2 pon masing2 ada pendapat sendiri...babai....

Selasa, 20 Disember 2011

Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris


LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.
Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.
Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.
Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.
Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.
Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut. – AGENSI

Ahad, 18 Disember 2011

SURAT BERSEJARAH NABI MUHAMMAD SAW KEPADA PADERI SAINT CATHERINES MONASTERY


"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."
sumber:- di sini

Jumaat, 16 Disember 2011

maknyah jadi pramugari




BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.
Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.
Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.
Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Reuters

p/s:- maknyah malaysia camne plak ye...hehehehehe

Jimmy dedah tabiat buruk isteri







SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.
Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.
“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.
“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,” dakwanya.
Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.
Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.

Khamis, 8 Disember 2011

Rabu, 7 Disember 2011

lawak


p/s:- kah...kah...kah... mmg kelas tandas ni...siap ada mask lg...faham2 aje la ye sbb apa kah..kah,,kah....

 p/s:- yang ni tuk kaki facebook..gila ke apa......


ada sape berani nak berlumba...?????

Selasa, 6 Disember 2011

earphone unik dan kreatif dari jepun



 banana earphone


 bolt earphone


 katana earphone


 mushroom earphone



 sushi earphone


Kesan penagih dadah guna rambut- juara BSN-SVC 2011

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mempertahankan kejuaraan mereka dalam “BSN Inter-Varsity Social Venture Challenge 2011” (BSN-SVC) dengan projek menggunakan rambut untuk mengesan penagih dadah.
Kumpulan empat penuntut universiti itu yang diketuai penuntut perakaunan Mohammad Nizamuddin Japri, 22, membentangkan pakej perniagaan ”Cut & Drop” bagi memudahkan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan penagihan dadah dengan menguji cebisan rambut suspek, dan bukannya melalui ujian air kencing.
Keputusan menggunakan cebisan rambut ini juga dapat diperoleh dalam beberapa minit sahaja, kata Mohammad Nizamuddin kepada pemberita selepas menerima hadiah sijil simpanan premium bernilai RM25,000, iPad bagi setiap anggota kumpulan serta trofi dari Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Rohani Abdullah di Kuala Lumpur semalam.
Mohammad Nizamuddin berkata produk yang mereka hasilkan itu juga mendapat pujian daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Terengganu.
Tempat kedua dimenangi Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan tempat ketiga Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).
Pertandingan BSN-SVC ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan mereka yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebanyak 37 kertas cadangan dihantar kepada BSN tahun ini dan lapan kumpulan disenarai pendek iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (Unimas) dan Universiti Malaya.

Isnin, 5 Disember 2011

marijuana - ganja




Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos.

Ahad, 4 Disember 2011

Katrina sebar virus Internet



KATRINA KAUR


AKTRES Katrina Kaur menjadi nama paling berbahaya di Internet kerana ia mendedahkan para pelayar kepada serangan virus maya.
Menurut laporan sebuah syarikat antivirus, peminat yang menggabungkan nama Katrina dengan perkataan seperti free downloads, hot pictures, screen savers dan videos sebenarnya mendedahkan komputer mereka kepada serangan itu.
Dalam kajian itu, nama aktres tersebut berada pada kedudukan pertama dalam kalangan kata kunci selebriti paling berbahaya di India diikuti Deepika Padukone dan Kareena Kapoor.
Laporan itu menjelaskan bahawa pengguna akan mempunyai 10.26 peratus kemungkinan untuk terdedah kepada risiko jika menaip nama tersebut.
Selain Katrina, selebriti nama lain yang tersenarai antara selebriti yang berbahaya di Internet termasuklah Saif Ali Khan, John Abraham, Priyanka Chopra, Aishwarya Bachchan, Bipasha Basu, Aamir Khan dan Shahrukh Khan.

Jumaat, 2 Disember 2011

tolong saya!!!!plzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!





ko org perasan tak kat atas tajuk catriona ross ada titik...nape ye ????sepatut nya tu nama blog aku...tapi jd titik aje...ada sape2 bleh tolong...plzzzzzzzzzzzzzzzz....dah mati akal dah niii....

Catriona Ross-‘ustazah jadi-jadian’






KOTA BHARU: Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.

Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.


“Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya ‘ustazah jadi-jadian’ dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.


“Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik,” katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.


Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.



p/s:- makin comel plak ustazah jadi - jadian ni hehehe.....

Proton Saga FLX SE


KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi Saga, Saga FLX SE, yang telah bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.

Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.


“Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang,” kata pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.


PROTON berkata, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.


Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.


Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima kira-kira 331,768 tempahan.


Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.


PROTON mensasarkan menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.


Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.


PROTON juga berkata, pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.


Pembeli boleh melihat model baru ini di semua bilik pameran PROTON mulai hari ini.

signboard pelik
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...