.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Memaparkan catatan dengan label dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dadah. Papar semua catatan

Selasa, 6 Disember 2011

Kesan penagih dadah guna rambut- juara BSN-SVC 2011

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mempertahankan kejuaraan mereka dalam “BSN Inter-Varsity Social Venture Challenge 2011” (BSN-SVC) dengan projek menggunakan rambut untuk mengesan penagih dadah.
Kumpulan empat penuntut universiti itu yang diketuai penuntut perakaunan Mohammad Nizamuddin Japri, 22, membentangkan pakej perniagaan ”Cut & Drop” bagi memudahkan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan penagihan dadah dengan menguji cebisan rambut suspek, dan bukannya melalui ujian air kencing.
Keputusan menggunakan cebisan rambut ini juga dapat diperoleh dalam beberapa minit sahaja, kata Mohammad Nizamuddin kepada pemberita selepas menerima hadiah sijil simpanan premium bernilai RM25,000, iPad bagi setiap anggota kumpulan serta trofi dari Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Rohani Abdullah di Kuala Lumpur semalam.
Mohammad Nizamuddin berkata produk yang mereka hasilkan itu juga mendapat pujian daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Terengganu.
Tempat kedua dimenangi Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan tempat ketiga Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).
Pertandingan BSN-SVC ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan mereka yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebanyak 37 kertas cadangan dihantar kepada BSN tahun ini dan lapan kumpulan disenarai pendek iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (Unimas) dan Universiti Malaya.

Isnin, 5 Disember 2011

marijuana - ganja




Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos.

Khamis, 17 November 2011

morfin

 
Morfin diasingkan buat pertama kali pada tahun 1804 oleh Friedrich Wilhelm Adam Serturner, seorang ahli farmasi Jerman yang menamakan drug ini sebagai morphium bersempena nama dewa mimpi Yunani, Morpheus. Namun, drug ini tidak digunakan secara meluas sehinggalah jarum hipodermik dicipta pada 1853. Ketika itu, morfina digunakan untuk melegakan kesakitan dan secara ironik, digunakan untuk "mengubati" ketagihan candu dan alkohol. Penggunaan drug ini secara meluas semasa Perang Saudara Amerika mengakibatkan 400,000 orang menghidapi penyakit tentera (iaitu ketagihan), walaupun sesetengah orang menafikan hakikat ini.
Heroin (diasetilmorphin) dihasilkan daripada morfina pada tahun 1874. Sebagaimana dengan drug yang lain, pemilikannya tanpa preskripsi merupakan satu jenayah di Amerika Syarikat di bawah Akta Cukai Narkotik Harrison 1914, dan di United Kingdom di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah 1917. Selain itu, penyalahgunaan dadah ini juga diharamkan di Malaysia di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).
Morfina merupakan analgesik narkotik yang paling disalahgunakan di dunia sehingga heroin disintesiskan dan dipergunakan. Sehingga hari ini, morfina masih merupakan narkotik preskripsi yang amat dicari-carikan oleh penagih-penagih ketika heroin sukar didapati.
Dalam sebuah kajian rawak uji buta ganda dua dengan pindah silang di sebuah klinik pesakit luar yang terletak di Bern, Switzerland, morfina terbukti mempunyai kesan-kesan sampingan yang lebih teruk berbanding heroin pada dos analgesik yang sama. Kemurungan pernafasan, miosis, sedasi, rasa gatal, dan euforia adalah lebih ketara.

Morfin ditemui dalam pelbagai penyediaan dadah. Dadah ini boleh diberikan melalui suntikan-suntikan subkutaneus, intravena, atau epidura. Ketika disuntik, khususnya melalui intravena, morfina mengakibatkan pengecutan otot yang amat kuasa dan oleh itu, menyebabkan aliran darah yang tiba-tiba amat kuat. Angkatan tentera kekadang diberikan morfina yang diisi dalam penyuntik automatik.
Morfina yang diambil melalui mulut berbentuk eliksir, larutan pekat, serbuk (untuk penyebatian), atau tablet. Dadah ini jarang diberikan dalam bentuk supositori. Disebabkan bioketersediaan mulut yang kurang baik, potensi morfina mulut adalah hanya satu perenam hingga satu pertiga berbanding potensi morfina parenteral. Morfina boleh didapati dalam bentuk kapsul pelepasan lambat untuk rawatan kronik, serta perumusan pelepasan segera.
Morfin digunakan secara sah untuk perkara-perkara berikut:
  • sebagai analgesik di dalam hospital untuk:
    • sakit selepas pembedahan
    • sakit yang berkaitan dengan trauma
  • untuk melegakkan sakit kronik:
    • sakit yang diakibatkan oleh kanser
    • sakit daripada karang ginjal
  • sebagai tambahan untuk anestesia am
  • untuk anestesia epidura
  • untuk penjagaan paliatif, iaitu untuk melegakan sakit tanpa mengubati punca penyakitnya)
  • sebagai antitusif untuk batuk yang teruk
  • sebagai antidiarea untuk keadaan-keadaan yang kronik (misalnya, cirit-birit yang dikaitkan dengan AIDS
  • untuk melegakan sesak nafas bagi pesakit-pesakit yang menghidapi kegagalan pernafasan. 

Isnin, 14 November 2011

Methamphetamine - syabu,ais,air batu,kristal


Methamphetamine merupakan sejenis dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Nama ringkas bagi Methamphetamine ialah meth. Methamphetamine asli berbentuk seperti pepejal kristal, dan tidak berwarna. Methamphetamine dicipta untuk kali pertama oleh ahli kimia Jepun A.Ogata pada tahun 1919

Penggunaan dalam ketenteraan

Methamphetamine kadangkala diberikan kepada askar untuk menghilangkan perasaan takut dan merasangkan penggunanya agar menjadi lebih ganas dan agresif.
Semasa Perang Dunia II, askar-askar Jerman Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) sering dibekalkan dengan Methamphetamine. Adolf Hitler juga dikatakan menyuntik dirinya dengan Methamphetamine. Selain itu, juruterbang kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan Methamphetamine.

Nama-nama lain

Methamphetamine mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, crank, atau speed.
Di Jepun, Malaysia dan Filipina Methamphetamine juga dikenali sebagai shabu atau syabu.
Methamphetamine yang dihasilkan dengan campuran anhydrous ammonia dipanggil sebagai Nazi Dope kerana dikatakan pihak Nazi menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan Methamphetamine untuk tenteranya. Ia juga dikenali sebagai annie's dope atau annie sahaja.
Di Thailand pula,  Methamphetamine dikenali sebagai ya ba.

Isnin, 28 Mac 2011

poster agensi antidadah kebangsaan





Selasa, 8 Februari 2011

7 pelajar ikm tasya positif ujian dadah!!!



7 org pelajar ikm tasya positif ujian saringan dadah..pelik aku dgn student ni...dah la mak bapak dia org habis duit antar study dia org senang2 aje ambik dadah..1 orang positif heroin 3 org ganja 3 lg syabu...dah la tu bila positif wat muka tak bsalah..geram nak bg penampar aje budak2 nii....kdg2 aku jd frust tgk student amik dadah ni...confirm dia org guna duit mak bapak utk beli dadah..tak rase bersalah ke kat mak bapak...keje penat2 bg duit belanje...tup2 anak beli dadah..apa perasaan mak bapak klu dia org tau???? benda camni yg aku tak leh tgk bila mak bapak dtg jamin..aku bleh tgk riak wajah mak bapak dia org nii...malu!!! kesian....dah la tkejut dgr anak amik dadah...kena plak dtg jamin..kerana syg dtg juga biar pon malu...apa nak jd dgn student skrg aku pon tak tau la...tolong la jgn kasi malu mak bapak ko org...kesian tau tak...aku sendiri tak sanggup tgk...salah sape klu jd perkara camni...mak bapak?anak2?rakan sebaya?patut ke aku bg penampar kat student ni?????? arghhhhhhhhhhh susah keje cam aku ni....bila masalah dadah ni nak abis?pencegahan dah wat...penguatkuasaan dah wat..pemulihan dah wat tp tak abis2 juga masalah dadah ni....tp klu abis tutup ar agensi aku hahahaha...takde keje la aku....isk3....pening2.....

Sabtu, 18 Disember 2010

Pengedar dadah maut jatuh bangunan

ANAK panah menunjukkan tempat seorang lelaki terjatuh lalu mati ketika cuba memanjat balkoni di flat Taman Bunga Negara, Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM – Tindakan seorang pengedar dadah memanjat balkoni rumah untuk melarikan diri dari ditahan polis mengundang padah apabila dia mati selepas terjatuh dari tingkat empat blok 39, flat Taman Bunga Negara di Seksyen 27 di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu menyebabkan lelaki tersebut mati di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan badan.
Difahamkan, penganggur berusia 29 tahun terbabit tergelincir sebelum terjatuh ketika cuba memanjat tembok di balkoni belakang bangunan sembilan tingkat berkenaan untuk ke balkoni rumah sebelah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, sebelum itu, sepasukan polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dapat menahan enam lelaki berusia di antara 19 dan 27 tahun yang khayal dadah ketika menyerbu rumah tersebut.
Katanya, empat ditahan di ruang tamu manakala dua lagi ditahan di dalam bilik. Ketika itu mereka sedang berpesta menghisap syabu.
“Soal siasat mendapati, ada dua lagi rakan mereka yang telah melarikan diri melalui balkoni. Apabila ditinjau, polis mendapati, salah seorang daripada mereka telah terbaring di atas laluan pejalan kaki dalam keadaan berlumuran darah.
“Polis kemudian bergegas turun tetapi mendapati suspek telah mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya yang turut merampas syabu seberat 0.5 gram pada sidang akhbar di sini semalam.
p/s-haa nampak tak semua akibat dadah..mati pon sanggup.dadah pemusnah!!!musnahkan dadah!!! anda cuba anda sengsara!!!

Rabu, 15 Disember 2010

salam...



dah 2 hari tak update blog ni..puas dok mikir apa  nak wat dgn blog aku niii...mcm mane aku nak letak identiti aku sendiri kat blog ni..malu bila aku tgk blog dahlia's journal,darkbatman,ini blog lin...perghh tabik la kat dia org...blog aku plak malu wehhhh...ini wat hilang mood nak berblog.tolong!!!!!!!!!!!!!!!blur dah aku niii...tak kan nak cite psl keje aku yg mengadap penagih dadah hari..menarik ke haaaa....penagih pon dah boring tgk muka aku niii...mesti berkebuk dlm hati dia org maki aku...ala klu penagih boring aku 20x lg boring kat penagih..tak pernah abis org menagih...woiii pengedar dadah!!! sudah la mengedar nyerrr....baik ko jual keta ke tudung ke baju dalam ke sabun kurus badan ke(sori lin  wakakakakaka)....apa aku melalut niii...penat dah otak aku niii weiiii......ke nak jd cam ahfat raksasa-rajacopypaste hahahaha.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...