.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Memaparkan catatan dengan label proton tuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label proton tuah. Papar semua catatan

Khamis, 16 Disember 2010

Proton Persona “R” Adalah Proton Tuah – Akan Dilancarkan Pada 2012








PROTON TUAH ADALAH PROTON PERSONA “R”! pertama sekali jika anda belum lagi melihat model-model kereta konsep proton yang saya gelarkan sebagai proton pahlawan series, anda boleh rujuk pada pautan yang telah  sediakan. Terdapat 5 model kesemuanya, TUAH, JEBAT, LEKIR, KASTURI dan LEKIU.
Terbaru, proton telah mengumumkan akan membangunkan sebuah model Persona berasaskan kepada salah satu kereta konsep sepertimana yang telah dipamerkan pada KLIM 2010. Namun, model yang mana satu, tidak pula dinyatakan oleh pihak Proton.
Apa yang pasti adalah, tekaan semua pasti akan merujuk kepada model Proton Tuah. Kenapa? Jika dilihat, semalam Proton telah melancarkan model Saga terbaru iaitu Saga FL (Facelift). Saga FL direalisasikan dari model Kasturi,
Baru-baru ini juga, Proton telah melancarkan Proton Inspira yang mana ianya telah diambil dari kereta konsep Jebat. Jadi, model yang tinggal hanyalah TUAH, LEKIR dan LEKIU..
Adakah mungkin LEKIR dan LEKIU akan diangkat menjadi PERSONA “R”? Tak mungkin bukan, jadi sewajarnya adalah model TUAH yang akan diangkat menjadi PROTON PERSONA “R”.
Sebentar tadi, Buletin 1.30 dan buletin utama ada menyiarkan berita mengenai ini, dan desas desus tersebut nampaknya semakin terungkap. Ikuti berita di bawah :
Jika benarlah Proton akan membangunkan TUAH menjadi PERSONA “R”, ianya pasti akan menggembirakan hati peminat proton. Ini kerana TUAH merupakan salah satu model yang berjaya menarik minat dengan rekabentuknya yang “lain” dari acuan PROTON walaupun terdapat sedikit iras dari Naza Forte.
Apapun, dengar khabarnya, enjin PERSONA “R” akan dipertingkatkan dengan menggunakan enjin Campro Turbo. Apapun, tarikh pelancaran PERSONA “R” adalah pada tahun 2012. Jika pihak Proton dapat merealisasikannya pada 2011 adalah lebih baik.


p/s-perghhh turbo tu...ermmm bleh mkn vtec tak hahahahaha


Jumaat, 3 Disember 2010

Gambar Proton Pahlawan series : Tuah,Jebat,Kasturi,Lekir dan Lekiu !

Nuffnang Ads

Thursday, December 2, 2010




PROTON TUAH
kereta konsep, kemungkinan besar ini adalah pengganti Persona.


PROTON LEKIR
ini adalah Lotus Europa yang dilencanakan semula sebagai Proton Lekir


PROTON LEKIU
sebuah mpv yang dibina untuk pelanggan Proton dari China iaitu Youngman

PROTON KASTURI
facelift Saga BLM yg dilancarkan di Thailand 3 hari lepas


PROTON JEBAT
Mitsubishi Lancer yg dilencanakan semula oleh Proton


Proton-Satria-Neo-R3-Concept



mampu ke nak beli kereta niii!!! 
jual murah la skit bos!!!
 paultan.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...