.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
assalamualaikum..disini saya ingin membuat pengumuman mengenai bisnes baru saya.SKNarts!!! jom tempah baju dengan saya..sms/wassap/call di n...
-
Zaman Nabi Muhammad s.a.w.: di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbu...
-
Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perk...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata... hari ini hari dia..esok lusa m...
-
TAPIS AIR KOTOR Ketika ini dikatakan lebih satu billion manusia seluruh dunia masih gagal mendapat bekalan air bersih untuk diminum.kira k...
-
A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they're dead ...
-
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganj...
-
sejak kebelakangan ini aku jd pelik apabila kecoh dgn cite gecko/pok ke/tekik mcm2 ar nama lg..harga menceca...
-
Genre Pop/Whatever I feel like. Members Diandra Arjunaidi (Vocals, Guitar) Sessionists :- Efry Arwis (bass) Ag Coco/Ully Moha...
-
2.66 juta orang kunjungi pameran MAHA 2010 Oleh ZULKIFLI MANZOR zulkifli.manzor@kosmo.com.my PENGERUSI Marditech Corporation Sdn. Bhd., T...
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Selasa, 22 November 2011
Khamis, 17 November 2011
KEAJAIBAN LALAT RUMAH

PAGI
hari. Anda menghadap segelas teh tarik dan sekeping roti canai.
Tiba-tiba seekor lalat jatuh ke dalam cawan minuman anda. Apakah anda
akan meminum airnya? Anda mungkin tidak meminumnya kerana jijik dengan
lalat tersebut. Pada hal dari segi saintifik air itu selamat diminum
setelah lalat direndam seluruhnya di dalam air kemudian dibuang. Lalat
yang biasa kita temui dan dibincangkan di sini merujuk kepada lalat
rumah.
DEFINISI
Nama
saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah
menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil
Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan
badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.
KITAR HIDUP
Seekor
lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat
untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula
daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap
mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan
mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan
cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan
biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok
mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.
Telur
yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam
kepompong sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang
lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang lebih tinggi daripada
permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat
larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva
kemudian bertukar menjadi pupa yang dilindungi kepompong dan membesar
dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian keluar dan akan
bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu
dan dua bulan pada musim panas.
CARA MAKAN
Lalat
tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan
menggunakan belalai. Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk
melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di antara saliva ke atas
makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut.
Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw).

LALAT PADA PANDANGAN ISLAM
Pada
asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana
menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria
dibawa di luar permukaan badannya. Apabila hinggap di atas makanan,
lalat juga meninggalkan najis yang akan menyebabkan keracunan.
Kisah
lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi
bersabda yang bermaksud, “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman
kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala
satu sayap lagi mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan
537, jilid 4).
Perkara
yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam
Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah
ibn Anas.
Shah
Wali Allah Ad-Dahlawi mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu
al-Baalighah bahawa hadis ini menunjukkan Allah bebas memberikan setiap
spesies yang beracun sistem imuniti atau penawar.
Hal
ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup speasis tersebut. Racun
pada lalat merupakan alat untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada
serangan musuh. Manakala penawar pula disediakan untuk memastikan
keselamatan makhluk lain yang dicemari racunnya. Hukum timbal balik ini
samalah seperti tindak balas di antara bes dan asid yang meneutralkan
anatara satu sama lain.
Lalat
dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada
sayap sebelah kanan dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam,
seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan
bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar
racun yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya
air yang melekat pada sayapnya tidak mampu memberi kekuatan kepadanya
untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya masih lagi tidak
mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam
air bagi memastikan racun yang terserak dineutralkan semula.
Dr.
Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm
Al-Hadith (Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr.
Nabih Da’ish menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz,
Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada
air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel
yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing.
Kemudian kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya,
beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman
meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak
bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi
bilangan bakteria paling sedikit.
Selain
itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari
Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University
menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap
lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri
diletakkan air steril, lalat dijatuhkan dalam piring kedua tanpa
menenggelamkannya. Sebaliknya lalat dijatuhkan dan ditenggelam
sepenuhnya dalam piring pertama. Hasil kajian mendapati lalat yang
dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh
dalam piring petri kedua. Manakala dalam piring petri pertama, sejenis
antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini
merupakan antigen dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria
yang bertindak selaku patogen.
Penemuan
yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang
terdapat pada kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal
juga mengambil kira speasis lalat selain lalat rumah. Keputusan
menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis
antibiotik tetap sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian
ini termasuklah Staphylococcus sp., Salmonellas sp., Proteus sp., dan
Coynibacterium Dephheroid.
Perkembangan
teknologi perubatan akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau
Barat untuk mengkaji kesasihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan
sains yang dijalankan oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis
nabi Muhammad S.A.W. Kita selaku orang yang beriman kepada kerasulan
nabi Muhammad harus merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan
kita terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda. Perkara ini
sekurang-kurangnya menjadi hujah kepada orang yang beriman bagi menolak
tohmahan kononnya nabi seorang ahli sihir atau seorang yang pandai
mereka-reka perkara yang tidak pasti.
Bagaimana
nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu
belum ada teknologi yang canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis
baginda? Hal ini tidak lain melainkan nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham
daripada Allah secara langsung. Sesuailah dengan sifat baginda apabila
bercakap. Allah menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm,
mafhumnya;
“Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)”
Glosari
Ø Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh.
Ø Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh.
Ø Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan.
Ø Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.
Labels:
kesihatan
Selasa, 15 November 2011
Elak lintah masuk kemaluan
KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.
“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan. sumber:- kosmo
p/s:- musim banjir jaga2 skit ye...jgn main air lebih2 sgt..kang tak psl2 masuk lintah....isk..isk...klu kena kat aku mau biru muka dibuatnya...
Labels:
kesihatan
Ahad, 22 Mei 2011
LIFESTRAW
TAPIS AIR KOTOR
Ketika ini dikatakan lebih satu billion manusia seluruh dunia masih gagal mendapat bekalan air bersih untuk diminum.kira kita kat malaysia ni untung sgt dah sbb sumber air bersih dan air yg dirawat terlalu bnyk sampai berlaku pembaziran air..ko org bygkan kat luar tu 1 billion org tak dpt air bersih!!
belajar la bersyukur skit ye...hahahahah.ketiadaan air bersih ini juga menjadi faktor membunuh beribu kanak-kanaksetiap hari akibat penyakit berkaitan air seperti kolera atau taun.lifestraw adalah ciptaan saintis iaitu satu alat penyedut minuman berukuran 25 cm panjang dgn ukur lilit 29 mm.bijak2 saintis ni...
alat ini membolehkan seseorang meminum terus air dr sebarang punca kecuali air laut.ingat tu air laut..mungkin sbb masin kot..dan air yg dio org minum ni tak perlu dimasak.amik lifestraw terus minum mcm minum air kotak tu..kat malaysia dah ada alat ni berharga lebih kurang rm30-rm70.ada ke org malaysia nak pakai alat ni..????mungkin bleh bawa utk gi berkhemah senang tak yah masak dah air hahaha..
lifestraw ni bleh menapis sehingga 700 liter air atau bersamaan setahun penggunaan.lifestraw ni bleh menghilangkan 99.9999% bakteria disebarkan melalui air, 99,99% dari virus, dan 99,9% dari parasit. LifeStraw juga diedarkan dalam gempa bumi di Haiti dan banjir di pakistan.bnyk guna alat ni..tp syg kat malaysia ni ramai yg masih tak sedar dan ramai yg melakukan pembaziran air..sedih2....
Labels:
kesihatan
Sabtu, 21 Mei 2011
parkour
Akrobatik lasak yang lumayan
SUASANA di sekitar Putrajaya pada pagi Ahad itu tampak tenang berbanding hari-hari biasa. Keadaan jalan raya lengang. Pejabat-pejabat kerajaan yang sebelum ini sibuk dengan orang ramai melakukan pelbagai urusan juga kelihatan sunyi sepi.
Lazimnya, begitulah senario yang boleh dilihat di Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum.
Bagi Abudi Alsagoff, 20, ketenangan itulah yang dicarinya setiap kali berkunjung ke pusat pentadbiran kerajaan itu saban minggu.
Bukan apa, dia tidak mahu aktiviti dia dan rakan-rakannya di taman rekreasi berhampiran Menara Putrajaya Holdings itu diganggu.
Kehadiran mereka bukannya mahu bersuka-ria, jauh sekali melakukan onar. Mereka hadir untuk menguji kemahiran diri dalam parkour (seni pergerakan badan), satu kegiatan ekstrem yang semakin berkembang di negara ini.

PARKOUR dilihat sebagai seni yang agak berbahaya oleh kebanyakan orang kerana gerakannya yang bukan mudah.
Landskap taman yang dikelilingi tembok batu, palang besi dan tiang konkrit memberikan cabaran semula jadi kepada peminat parkour sepertinya.
Lompatan demi lompatan yang dilakukan, disulami dengan aksi akrobatik untuk menempuh pelbagai halangan fizikal di hadapan menggunakan tubuh badan nyata memukau pandangan.
Itu tidak menghairankan kerana Abudi dan rakan-rakannya sememangnya profesional dalam rutin seni itu. Di bawah payung Kelab 3RUNmy, mereka kini aktif menjalankan pelbagai persembahan bergerak, persembahan untuk badan korporat dan komersial serta bengkel di negara ini.
Sebagai antara pengasas kelab itu, Abudi berkata, 3RUNmy yang ditubuhkan pada 2008 merupakan kelab parkour profesional pertama negara ini.
Dia yang aktif dalam parkour sejak 2007 memberitahu, sebelum ini dia dan seorang lagi pengasas kelab itu, Amir Hamzah Abdul Halim, 20, sering menerima pelawaan melakukan persembahan secara individu.
“Kami mula terfikir seni ini sebenarnya mempunyai tarikan dan nilai komersial yang tersendiri, lalu menubuhkan 3RUNmy.
“Ia diinspirasikan daripada kejayaan kelab parkour profesional di United Kingdom, 3RUN. Kelab itu bukan sahaja terkenal di seluruh dunia, malah aktif melakukan persembahan, komersial, koreografi, kejurulatihan dan bengkel,” katanya yang merupakan pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektrik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Dianggotai 11 ahli, Abudi menjelaskan 3RUNmy pernah dijemput mengadakan persembahan khas seperti Cabaran Kecergasan 2008, Xtreme Challenge Putrajaya 2008, Hari Belia Negara 2010, Festival Belia Malaysia 2010 dan sebagainya.
Pendapatan sampingan
Katanya, kelab itu juga terlibat menjayakan persembahan membabitkan badan korporat seperti pelancaran produk dan karnival seperti pelancaran model baharu Mini Cooper, Puma Winter Fashion Show, Puma Happy Hunting, Reebok dan American International Assurance (AIA).
“Di samping itu, terdapat beberapa persembahan komersial di televisyen yang pernah dijayakan seperti Marigold, 100 Plus, Astro, Kentuky Fried Chicken, Power Root, Code 10 dan sebagainya.
“Malah, ada di antara kami juga yang pernah bergelar pelakon aksi ngeri seperti dalam filem Cicak Man 2, Haq dan Jin Notti,” jelasnya yang pernah terlibat untuk penggambaran komersial luar negara bagi produk Navratna Oil.

KREW 3RUNmy melakukan lompatan balik kuang secara serentak yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran tinggi.
Tambah Abudi, dia tidak menyangka parkour yang disertainya sebagai salah satu aktiviti kecergasan pada masa lapang satu ketika dahulu, kini mampu menjana pendapatan sampingan.
“Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja jemputan yang diterima sama ada untuk persembahan atau komersial.
“Bagaimanapun, ia tidak bermakna kami mengabaikan keaslian seni ini disebabkan mahu mengejar prestij atau wang. Ia masih satu seni indah yang menggabungkan aspek mental, fizikal dan persekitaran untuk menghasilkan gerak langkah yang menggagumkan,” ujarnya yang bercadang untuk menubuhkan akademi dan gimnasium di bawah 3RUNmy satu hari nanti.
Sementara itu, bagi Amir pula, dia tidak menyangka minat mendalam terhadap parkour membolehkannya menimba pengalaman lakonan dalam filem Cicak Man 2 pada tahun 2008.
Ujarnya, biarpun sudah biasa terlibat dalam penggambaran komersial sebelum itu, namun penggambaran filem lebih mencabar kerana melibatkan banyak lokasi, tempoh masa panjang dan jadual yang ketat.
Katanya, dalam filem itu, dia menjadi double stunt untuk watak utama Cicak Man 2, Hairi lakonan Saiful Apek.
“Penggambaran mengambil masa sehingga sebulan membabitkan beberapa lokasi sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.
“Boleh dikatakan hampir semua aksi lagak ngeri yang ditampilkan dalam filem itu dilakonkan oleh saya,” katanya yang dibayar sehingga RM10,000 dalam filem itu.
Bercerita tentang pengalamannya, Amir berkata, cabaran utama yang perlu dilalui adalah membiasakan diri dengan kostum Cicak Man yang dipakai ketika melakukan aksi-aksi lasak dan merbahaya.
“Sut getahnya agak keras dan menyukarkan sedikit pergerakan, pada masa yang sama lokasi yang sentiasa berubah-ubah menyebabkan saya perlu membiasakan diri terlebih dahulu sebelum melakukan aksi-aksi yang diminta.
“Ia merupakan pengalaman berharga, saya rasa bertuah kerana dikelilingi orang yang profesional dan tahu menjaga keselamatan diri saya,” jelasnya yang teruja dapat berkerja di bawah pengarah muda tersohor, Yusry Abdul Halim.
Rezeki Halim, nyata tidak terhenti setakat itu sahaja, dia turut ditawar melakukan aksi yang sama di dalam filem Jin Notti dan Haq.
Ujarnya, minat yang mendalam dalam bidang seni dan pengarahan filem mendorongnya mengambil jurusan Diploma Perfileman di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
“Saya mahu berjaya serentak dalam kedua-dua bidang. Siapa tahu, satu hari nanti saya akan mengarahkan filem sendiri dan menggabungkan parkour dalamnya seperti filem Yamakasi yang berjaya mempopularkan seni ini di seluruh dunia,” katanya yang turut berkongsi minat dengan adiknya, Ammar Haidhar, 21.
Fleksibiliti gerakan

AHLI Kelab 3RUNmy pernah mengadakan persembahan untuk majlis pelancaran model baru Mini Cooper.
Pelajar perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Muhammad Sabree Mohd. Sapian pula berkata, dia gembira kerana parkour semakin diminati masyarakat biarpun tidak begitu popular berbanding sukan lasak lain seperti BMX, skateboard atau rollerblade.
“Sebelum ini, ramai yang salah tafsir dan beranggapan seni ini yang merbahaya dan memudaratkan, malah ada juga yang menganggapnya sebagai satu perbuatan vandalisme.
“Namun sejak kebelakangan ini, popularitinya semakin meningkat, ini dapat dibuktikan melalui maklum balas yang diterima orang ramai dan penganjur setiap kali selesai melakukan persembahan,” katanya yang kini mencecah 23 tahun.
Mula menceburi parkour pada 2003, pemuda itu memberitahu, parkour merupakan seni yang menitik beratkan aspek disiplin, stamina, kelenturan dan ketahanan badan melalui satu gerakan.
“Kami bukan melakukannya secara semberono, sebaliknya menganalisis persekitaran sebelum membuat keputusan melakukan sesuatu aksi dalam melepasi sesuatu halangan di hadapan,” ujarnya.
Jelasnya, seni yang dipopularkan oleh David Belle sekitar tahun 1990-an itu telah banyak mengalami transformasi dan tidak sekadar lompatan biasa bagi melepasi halangan semata-mata.
Katanya, kini terdapat elemen-elemen baru telah dicipta dalam parkour menggabungkan aksi akrobatik dan kreativiti seperti flip (lompatan berpusing) bertujuan menjadikan sesuatu persembahan itu lebih menghiburkan.
“Jika diikutkan terdapat beratus-ratus gerakan dalam parkour, namun asasnya masih sama iaitu berlari, melompat, memanjat, mengimbangi diri dan melakukan pergerakan dengan senyap.
“Menariknya, walaupun menempuh halangan yang sama, gerakan parkour adalah berbeza bagi seseorang individu. Hanya empunya diri yang tahu apa yang akan dilakukannya, sebab itu parkour amat sukar dijangka,” katanya.
Labels:
kesihatan
Rabu, 4 Mei 2011
bantu aku berhenti merokok!!!!!!
arghhhhhhhhhh gila2 aku dibuatnye....mcm ada benda yg tak kena 2-3 hr ni...berhenti merokok!!!!! ye sesuatu yg aku rase gile aku buat..nape berhenti merokok plop..isap ler sampai mati hahahahah....rugi ar tokey rokok nanti..lantak aku la nak bhenti ke tidak...baring tak kena bgn tak kena tgk tv tak kena..turun tanah tak kena..bawa keta tak kena bawa moto tak kena...lps mkn tak kena..apa yg tak kena ni....maksud aku resah gelisah...ittu la yg dinamakan gian woiiii....hahahahaha....itu baru gian merokok klu gian dadah mau keluar hingus tak pon hantuk kepala kat dinding hahahaha...dulu dah penah bhenti merokok ermm sblm kawin...pas kawin isap semula...aku ni on off aje isap rokok sebenar nyer...tp dulukan senang aje nak berhenti merokok ni...skrg ya ALLAH!!!!
takpe2 aku cuba,,,tgk dan lihat bjaya atau gagal tuk bhenti merokok...takde sorang pon tau aku bhenti tmasuk isteri aku niii hahahah...semua org tak perasan lg...bagus2 klu tak nanti ada yg mcabar aku plop...member ofer aku isap beli tak mau dah rasenya...mcm tu bhenti membeli rokok nama nyerr..tak ler member ofer amik ar kang dia org perasan plop aku bhenti..confirm kena goda dek dia org klu tau aku bhenti hahahaha.....apa2 pon dah berbln aku tak update blog ni...bz skit...perghhh bunyi mcm pm ada bz nyerr..hahahaha...takde lar biasa ar kdg bnyk keje kdg takde langsung..biasa la keje kerajaan ni...ok la semua mari sokong aku bhenti merokok...yes3...mari3....tgk jackie chan pon tak merokok hahahahaha
Labels:
kesihatan
Rabu, 16 Mac 2011
Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk
|
| PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan |
GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.
p/s:- hahahahaha jaga2 lah skit org laki wehhhh......
sumber:- kosmo
Labels:
kesihatan
Rabu, 19 Januari 2011
dah lama tak update blog ni...demam!!!
perghhhhh sakit gila badan aku bila demam ni...3 hr tak bgn...
duk baring tdo aje...maklum lah dah lama tak demam..
sebut psl demam ni...risau gak aku ingat demam denggi aje hahahaha
bleh maut klu kena tu...
cite psl denggi ni ko org tau tak denggi takde ubat..
dokter hanya bleh merawat mengikut simptom penyakit aje
so baik ko org bhati2 terutama yg duk di bandar tu
perghh klu kena menyesal tak habis..nak plak denggi bdarah
lagi bahaya tu..klu demam baik2 cpt gi hospital
haaa ni gambar nyamuk yg bawa virus tu...
hahaha yg belang2 mcm kuda belang tu...
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
- lemah dan tidak bermaya
aku ni ada la skit2 pengalaman sbb keje dgn kementerian kesihatan dulu
so baik la ko org jaga2 ye..jaga kebersihan kawasan rumah..buang apa2 yg menakung kan air
mmg pantang nyamuk ni jupe tempat gitu..confirm!!btelur dgn senang lenang kat situ...
sampai sini aje dulu...aku nak mkn ubat pastu tdo..tak daya daaaaaa.....
Labels:
kesihatan
Langgan:
Catatan (Atom)

























