.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Rabu, 29 Februari 2012

binatang pun tahu sayang ke anak....


p/s:- zaman skrg manusia buang aje anak..kat tong sampah..dlm surau..dlm sungai..dpn tangga umah org..campak ikut tingkap..buang dlm baldi air...'stupid' itu aje aku bleh ckp..betul ke eja tu..maklumlah dok pandai ckp omputih..hahahahah...sumber disini

Sabtu, 25 Februari 2012

Mengapa Wanita Penghuni Teramai Di Neraka?


Khamis, 23 Februari 2012

apa yang berlaku di Syria (video)


Ahad, 19 Februari 2012

Tentang SYRIA Bumi Kita (video)



Antara menarik dalam Video :
1. Penjelasan Dr. Yusof al-Qaradhawi ttg situasi Syria
2. Suasana di Baba Omar, Syria pada 14 Febuari (Valentine day) - Rakaman LIVE oleh penduduk Syria
3. Rakaman tentera Asad yang memaksa rakyat mengucapkan : "Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad"
4. Rakaman Janji Setia pemuda-pemuda Syria untuk berjuang.
5. Antara Tentera bersama rakyat

Sabtu, 18 Februari 2012

syria-drugbuster bersama revolusi syria

Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri.

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar. Wallahul musta'an.
 
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Apa hubungan Rusia dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Pada zaman Presiden Hafez Al-Assad ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia.

Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu, maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik.

(Gambar menunjukkan pembunuh nombor satu umat Islam Syria, Bashar Asad Si Nusairi)
 
 
 
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas apabila dijelaskan oleh media Barat dan pro Barat.

2-Media-media Barat sebenarnya tidak mahu dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar daripada ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi hakikatnya sejak zaman ayah Bashar Asad lagi (Hafez Al-Asad) tidak ada satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Bukit Golan yang terletak di bumi Syria telah dikuasai oleh Israel.

4-Kita banyak tidak tahu tentang isu Syria selama ini kerana media telah dikawal oleh pihak rejim Bashar Asad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

5-Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada rakyat Syria yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. 
Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah ;

1) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?

Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah ;

1-Mereka bertuhankan matahari.
2-Mereka bertuhankan bulan.
3-Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
4- Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.

Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

2) Apakah pandangan ulama' terhadap pegangan ini?

Ijma' Ulama' Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat.
 sumber:- disini

Jumaat, 17 Februari 2012

KISAH SEBENAR DI SYRIA - Wanita dirogol di hadapan abang,ayah,anak,dan ahli keluarga mereka.

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Farah Asyikin bertudung.




Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.
Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.
“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.
Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.
“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan,” luahnya ketika dihubungi murai.com.my
Farah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari lalu.
Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.
“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.
“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.
“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi.
Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya dekat dengan Allah.
“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.
p/s:- ermmm makin ramai artis btudung...ini perkembangan yg bagus..kita tunggu dan lihat aje...

Selasa, 14 Februari 2012

Kanak-kanak dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad (video)


Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut.
Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.
p/s:- tak sanggup nak lihat video ni...dunia ohhhh dunia...

Isnin, 13 Februari 2012

Doa Imam Masjidil Haram (video)




p/s:- sedih wooo dgr...Amin, Amin Ya Rabalalamin...Amiiiiinnnn... Kabulkanlah doanya Wahai Tuhanku, Tuhan semesta alam..

Jumaat, 10 Februari 2012

Kempen Tutup Aurat International


14 Feb 2012 | Kempen Tutup Aurat International | Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei | Katakan Tidak Pada Valentine's Day !!!
sumber:-disini

teknik super impose yang hebat!!!!

p/s:- aduhh hebat wooo teknologi skrg...hebat menjahanamkan org...ada teknologi pun susah gak..takde pon susah...manusia ohh manusia...sekali aku pengggggggg baru tau hahahahaha.jaga2 la aweks2...pemuda2 kat luar tu...jgn post bnyk sgt gambar sendiri..kang tak psl2 jupe gambar berpeluk dgn org lain...klu dah kawin silap2 meletop rumahtangga...mcm gambar kat atas tu..buat nya laki atau ppuan tu dah kawin tak ke susah...malu lg dpt..kata dek org...sian2....
sumber:-disini

Ana Raffali bertudung

"Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana Sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini ada yang bertanya ( bila Ana nak bertudung? ), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakan. Ana berasa lebih tenang sekarang atas penghijrahan ini. Ana harapkan yang terbaik. Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih "sempurna".... - ANA RAFFALI.
p/s:- kiut miut hahahahaha.............
sumber:- disini

Sabtu, 4 Februari 2012

info untuk umat islam

Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat.
Cap Ini bermakna

bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan di TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda
dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T
sumber:- disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...