.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Ahad, 31 Oktober 2010

aduh azabnyer....

AZAB WANITA

by -Tok Wan on Thursday, October 28, 2010 at 3:24am

Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum  perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan    
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya       kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.                                                                        

kisah ibu mengajar anak mencuri......



Kadang-kadang ibu bapa tidak perasan bahawa mereka pernah menggalakkan anak mereka mencuri atau mengambil barang orang lain.
Walaupun mungkin anda memandang isu ini sebagai remeh, bagi saya ia perlu diberikan perhatian serius kerana ia melibatkan tingkahlaku anak-anak bila dewasa nanti. Kisah-kisah silam pernah menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh ibu bapa dalam membentuk perilaku di anak.
Sebuah mahkamah telah menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas seorang pencuri. Apabila tiba waktu menjalankan hukuman, pencuri itu menjerit sekuat suaranya:
'Sebelum tangan saya dipotong, tolonglah potong lidah ibu saya! Pernah saya mencuri dahulu sebutir telur dari rumah jiran saya, tetapi ibu saya tidak memarahi saya, dan tidak menyuruh saya mengembalikan telur itu kepada jiran saya. Malah dia gembira, sambil berkata: "Syukur, anak ku sudah menjadi manusia kini!" Kalau tidak kerana lidah ibu saya, nescaya saya tidak akan menjadi pencuri dalam masyarakat.'
Demikianlah satu kisah yang dipetik oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam menjelaskan betapa hodohnya tabiat mencuri dan betapa besarnya pengaruh ibubapa dalam membentuk tabiat itu. Semua ibu bapa tahu bahawa tabiat mencuri itu memang buruk. Namun secara tidak sedar, sesetengah ibubapa membiarkan anaknya menjadi pencuri.
Dua puluh sen
Mengajar mencuri bukan sahaja berlaku dalam bentuk yang ketara seperti kisah di atas. Ia juga berlaku secara tidak sengaja. Berapa ramai ibu atau bapa yang membiarkan wang syiling atau kertas diletakkan merata-rata di dalam rumah. Wang milik si bapa atau ibu ini mungkin dalam jumlah yang kecil seperti dua puluh sen atau seringgit sahaja. Bagi mereka wang sebanyak itu tidak membawa apa-apa kesan jika hilang atau diambil orang.
Namun budaya membiarkan wang merata-rata itu sebenarnya boleh menanam benih budaya mencuri ke atas anak-anak. Anak-anak yang memang sukakan duit mungkin akan mengambil wang itu. Pada peringkat awal mungkin anak itu meminta izin atau mengambilnya dihadapan ibu bapa.
Kemudian, si bapa mungkin bersikap tidak kisah jika anaknya mengambil wang berkenaan. Lama-kelamaan, sifat longgar ibu bapa tadi mungkin diterjemahkan sebagai kebebasan untuk mengambil wang itu tanpa kebenaran pemiliknya. Lantas mereka mentafsirkan bahawa mengambil harta dan wang orang, atau mencuri itu bukanlah satu kesalahan.
Beg sekolah
Pernahkah anda 'menyelongkar' beg sekolah anak anda. Atau anda sekadar buat tak tahu dengan apa yang ada dalam beg sekolah itu. Ibu bapa sewajarnya melazimi membuka dan menyelenggarakan beg sekolah anak. Cara ini bukan sahaja dapat membantu kita memahami perkembangan akademik mereka, bahkan juga dapat memantau sebahagian dari tabiat mereka.
Apabila ibu bapa membuka dan meneliti beg sekolah anak, secara tidak langsung ibu dan bapa dapat melihat buku-buku latihan dan buku tulis anak-anak mereka. Pemantauan secara rutin tapi mengejut akan menjadikan anak-anak rasa diberi perhatian seterusnya mendorong mereka untuk lebih gigih berusaha.
Namun selain itu, tindakan memeriksa beg sekolah anak juga dapat memantau buku, alat tulis atau apa sahaja yang ada dalam beg anak-anak. Dari sini ibu bapa boleh pastikan sama ada anak-anak itu mengambil barang milik orang lain atau tidak. Jika terdapat pensil, buku atau mainan milik orang lain dalam beg mereka, maka ibu bapa perlu segera meminta mereka memulangkan kembali kepada pemilik asal.
Panjang tangan
Bila berziarah ke rumah saudara mara atau rakan-rakan, ibu bapa perlulah peka dengan apa yang ada di tangan anak-anak ketika pulang. Kadang-kddang terdapat anak-anak yang mengambil barang orang tuan rumah tanpa kebenaran. Sebahagian mereka mengambilnya tanpa rasa bersalah tanpa memahami konsep dosa pahala. Bila mereka suka dan minat mereka ambil begitu sahja.
Biasanya tuan rumah buat-buat tidak nampak bagi mengelakkan tetamu berasa malu. Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk memastikan anaknya tidak mengambil apa-apa dan jika terambil, barangan itu perlulah dikembalikan kepada tuan rumah. Inilah kaedah penting yang perlu disemai bagi mengelakkan anak itu menjadi 'panjang tangan' bila sudah remaja dan dewasa nanti.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Sumber Grafik : fuadlatip.com

adik ipar tony blair,lauren booth masuk islam......


Adik ipar mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth telah masuk Islam setelah 
 melalui 'pengalaman suci' di Iran.
 Daily Mail Online 24 Oktober 2010 melaporkan, wartawan dan jurnalis Lauren Booth, 43 – adik ipar Blair - kini memakai tufung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumahnya, mendirikan solat lima waktu sehari dan mengunjungi masjid setempat 'jika ada kesempatan'.
Dia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lepas setelah mengunjungi makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.
"Ini adalah malam Selasa dan saya duduk dan merasa ia merupakan suntikan morfin spiritual, kebahagiaan mutlak dan sukacita," katanya seperti dilaporkan The Mail Ahad lepas.
Ketika dia kembali ke England, dia memutuskan untuk segera mengucapkan dua kalimat Syahadah dan menganut agama Islam.
"Sekarang saya tidak makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya telah membaca Al-Quran sampai muka surat 60. Saya juga sudah 45 hari tidak minum alkohol, suatu jangka masa terpanjang dalam 25 tahun terakhir ini, "katanya.
'Sejak saya memutuskan untuk masuk Islam, saya tidak mempunyai keinginan untuk menyentuh alkohol. Padahal sebelum ini saya adalah seorang yang mendambakan segelas atau dua gelas wine setiap hujung hari. "
Dia mengatakan bahawa dia berharap masuknya dia ke agama Islam akan membantu mengubah pradigma Tony Blair tentang Islam.

insaf sekejap...mmg wujud....



Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.
Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.
Saya juga tidak terkecuali.
Kisah Hanzalah
Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'. 
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.
Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"
Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.
Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!
Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!
Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.

Sabtu, 30 Oktober 2010

jangan makan sardin....betul atau tidak terpulang pada diri masing-masing.....

Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-
Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh,
Saya dilahirkan dari keluarga miskin.
Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Setakat mana kebenaranya
Wassalam wallahualam

jauhi zina.....

Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.
Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Cemerlang remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.
Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.
Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.
Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.
Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.
Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!
Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.
Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.
Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.
Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.
Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer. Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.
Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.
Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran:
"Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek."
Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.
Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.
Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud:
"Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan."
Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan 'diterjah' dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh merupakan seorang pendakwah yang terkenal di Malaysia. Beliau sering muncul di TV dan radio serta pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Jumaat, 29 Oktober 2010

MALAM PERTAMA KITA.....

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.

Khamis, 28 Oktober 2010

andai nyerrr berlaku kat kita orang lelaki............

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?
MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,
"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."
TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?
Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR
TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,
Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,
Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...
Andai seorang perempuan itu datang...

Rabu, 27 Oktober 2010

kisah benar....baca lah..........

Ini kisah benar..
Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Selasa, 26 Oktober 2010

baru aku tau.....

Astaghfirullahal'adziim.. inilah bahagian solat yg paling selalu diabaikan ramai... 


Assalamualaikum wr wb, BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud.

Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah : 

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) 

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.  Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,  

Warhamni (sayangi aku) 

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima 

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 

Warfa'nii (angkatlah darjatku) 

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 

Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 

Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi). 

Isnin, 25 Oktober 2010

wanita oooohhhh wanita......

Wanita

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... .kan? 

kepada wanita2 di sana,bersyukur la anda..

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sejarah Palestin & Israel | iluvislam.com + discover the beauty of islam

petikan dari iluvislam.com

ANDA KENA SABAR SETELAH MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.

Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.
Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika
ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga
Tahun
Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami
kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20
tahun
telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat
Green
Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang
ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis
surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since
5
years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah
jauh
berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama
kekasih
yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang" Ibu
Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama
berada
diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau
tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,
is
my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa
aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa
bukan di
Malaysia , negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia
saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau
sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau
didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah
adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung
Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak
ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu
kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri
aku,
cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan
tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau
sudah
bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh
panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk
untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah
akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang
dengan
satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih
20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..


This post has been edited by mynameisnobody: 03 October 2010 - 05:38 PM
1

Selasa, 19 Oktober 2010

baca la wahai sahabat sahabat ku................

SURAT DARI IBLIS LAKNATULLAH...

by Iman Al-Haya' on Tuesday, October 19, 2010 at 2:43pm




 (Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)









SURAT DARI SETAN UNTUK MU



Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ke tempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya.

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untuk mudi hari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun.

 (share from HAMBA ALLAH)







Isnin, 11 Oktober 2010

hebat mamat ni.....

video

Selasa, 5 Oktober 2010

selamat hari lahir wat anak kesayangan walid...

ermmm sedih gak time birthday anak kesayangan aku berada kat melaka kerana berkursus...ni mase tgh boring2 duk lam kelas sempat la lukis pakai handphone..sorri ye bkn tgn seni nii....balik nak singgah tangkak cari nak patung untuk dhia.....hari lahir yg ke 4 tahun...dalam sedar tak sedar dah 4 tahun umur anak aku....tahun depan bleh sekolah dah....bila nak tambah anak ye heheheheheh.soalan cepu emas yang selalu aku terima....hahahahahahah......sabar2 ye.,,,,

Jumaat, 1 Oktober 2010

proton waja / inspira(model baru dr proton)




Memperkenalkan.. Proton Inspira terbaru keluaran Proton… A rebadged Mitsu Lancer GT sebagai pengganti kepada Waja. Harga jangkaan bagi 1.8 Manual ialah RM83k dan 2.0 Semi Auto RM90K. Jadi, kepada peminat Proton, adakah korang semua akan pertimbangkan untuk mendapatkan sebijik?? Ianya agak berbaloi kerana 90% daripada komponen adalah original dari Mitsubishi termasuklah engine Lancer skali. Perbezaan yang agak sedikit ketara adalah pada bumper dan komponen radio....
"Ini adalah gambar Proton Waja Lancer rekaan Theophiluschin sebelum gambar muka depan Waja Lancer tersebar luas di internet. Hampir sama bukan? Cuma pihak Proton telah mereka semula bumper depan untuk kelihatan lebih menarik."

Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

by Zaharuddin.net on Thursday, September 30, 2010 at 9:32pm
Oleh kerana web asyik down server kerana diserbu pelawat secara serentak. Saya sertakan artikel terbabit di sini.


Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH  lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1.  Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2.   Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3.  Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN
  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.



Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...