.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Isnin, 14 November 2011

Methamphetamine - syabu,ais,air batu,kristal


Methamphetamine merupakan sejenis dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Nama ringkas bagi Methamphetamine ialah meth. Methamphetamine asli berbentuk seperti pepejal kristal, dan tidak berwarna. Methamphetamine dicipta untuk kali pertama oleh ahli kimia Jepun A.Ogata pada tahun 1919

Penggunaan dalam ketenteraan

Methamphetamine kadangkala diberikan kepada askar untuk menghilangkan perasaan takut dan merasangkan penggunanya agar menjadi lebih ganas dan agresif.
Semasa Perang Dunia II, askar-askar Jerman Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) sering dibekalkan dengan Methamphetamine. Adolf Hitler juga dikatakan menyuntik dirinya dengan Methamphetamine. Selain itu, juruterbang kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan Methamphetamine.

Nama-nama lain

Methamphetamine mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, crank, atau speed.
Di Jepun, Malaysia dan Filipina Methamphetamine juga dikenali sebagai shabu atau syabu.
Methamphetamine yang dihasilkan dengan campuran anhydrous ammonia dipanggil sebagai Nazi Dope kerana dikatakan pihak Nazi menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan Methamphetamine untuk tenteranya. Ia juga dikenali sebagai annie's dope atau annie sahaja.
Di Thailand pula,  Methamphetamine dikenali sebagai ya ba.

1 comments:

Unknown berkata...

info yg amat bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...