.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
assalamualaikum..disini saya ingin membuat pengumuman mengenai bisnes baru saya.SKNarts!!! jom tempah baju dengan saya..sms/wassap/call di n...
-
KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana, kini dirawat di Unit...
-
nama sebenarnya ialah Hana Tajima-Simpson, berusia 23 tahun (pada 2011). Berasal dari sebuah keluarga Kristian yang tidak terlalu meme...
-
Tengok betul-betul gambar kat atas Pertama sekali, baca tengok jenama apa yang tertera kat pembungkus tu Keduanya, fikir tengok jena...
-
SHAH ALAM - Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengaji...
-
ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik? Kini, ia tidak mustahil lagi deng...
-
Syeikh Ahmed Hoosen Deedat Al Hafiz di lahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Suraj,India.Beliau merupakan seorang cendekiawan,pengaran...
-
Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang b...
-
PROTON TUAH ADALAH PROTON PERSONA “R”! pertama sekali jika anda belum lagi melihat model-model kereta konsep proton yang saya gelark...
Isnin, 14 November 2011
genki seven malaysia
LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.
Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.
“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.
“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.
Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.
Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.
Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.
Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.
“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.
p/s:- geng apa plak ni...baru punya ke?dari jepun ke?kongsi gelap ke?gangster ke? ada sesiapa ada maklumat bleh kongsi.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan