.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
assalamualaikum..disini saya ingin membuat pengumuman mengenai bisnes baru saya.SKNarts!!! jom tempah baju dengan saya..sms/wassap/call di n...
-
Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan m...
-
Proton Aseelah ? Gabungan Persona Dengan Satria Neo Proton Aseelah adalah satu model misteri yang diper...
-
ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik? Kini, ia tidak mustahil lagi deng...
-
NEW YORK - Penyebaran gambar dan video model baru telefon pintar iPhone di Internet baru-bar...
-
Cenote Angelita , Mexico Mr.Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Pada suatu h...
-
Zaman Nabi Muhammad s.a.w.: di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbu...
-
SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam. JOH...
Isnin, 13 Disember 2010
Diplomat Singapura hina negara jiran
SINGAPURA - Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.
Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.
"Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia," kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.
Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.
Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.
Kabel diplomatik itu bertarikh September 2008. Dalam satu memo pada 2009, seorang duta Singapura, Tommy Koh menggambarkan Jepun sebagai seorang abang besar yang kalah dalam konteks untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN.
"Beliau merujuk kepada kemerosotan penghormatan rantau ini terhadap Jepun kerana kepimpinan teruk, kebodohan dan kekurangan visi," kata kabel diplomatik tersebut.
Kabel itu menyatakan, Koh turut menganggap rakan-rakan Indianya yang bodoh sebagai 'separuh dalam, separuh luar ASEAN'. - AFP
Labels:
Julian Assange,
malaysia,
singapura,
WikiLeaks
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan