.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Isnin, 6 Disember 2010

MASJID AL-AQSA DIDAKWA AKAN RUNTUH....

Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh


GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas.


BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.
Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.
Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.
Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.
Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.
Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.
Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.
Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - kosmo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...