.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Isnin, 13 Disember 2010

Doktor ditahan hina Nabi Muhammad

KARACHI 12 Dis. - Seorang doktor ditahan kerana menghina Nabi Muhammad di Pakistan, dalam kes berprofil tinggi kedua yang menjadikan undang-undang menghukum kenyataan menghina agama negara ini mendapat tumpuan.

Naushad Valiyani ditahan Jumaat lalu selepas aduan yang dilakukan oleh wakil perubatan yang bertemu dengan doktor itu di bandar Hyderabad.
"Penangkapan tersebut dilakukan selepas pengadu memberitahu polis yang Valiyani membuang kad namanya yang tertera nama penuhnya, Mohammad Faizan ke dalam tong sampah ketika melawat klinik doktor tersebut.
"Faizan menuduh Valiyani melakukan penghinaan dan meminta pihak polis untuk membuka kes ke atas doktor tersebut," kata seorang ketua polis daerah, Mushtaq Shah kepada AFP.
Shah berkata isu itu telah diselesaikan selepas Valiyani, salah seorang ahli komuniti Ismaili Pakistan, satu cabang Islam Syiah, memohon maaf tetapi ketua agama tempatan campur tangan dan mendesak supaya tindakan perlu diambil.
"Valiyani menyakinkan Faizan bahawa dia tidak bermaksud menghina Nabi Muhammad dengan melemparkan kad nama ke dalam tong sampah," kata Shah dan menambah pihak polis telah berdaftar kes tersebut di bawah undang-undang penghinaan.
Mahkamah Pakistan bulan lalu telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang penganut Kristian yang juga ibu yang mempunyai lima anak, Aasia Bibi, kerana didapati bersalah melakukan penghinaan agama.
Bibi ditangkap pada Jun tahun lalu selepas golongan wanita Islam mendakwa dia telah melakukan komen-komen menghina Nabi Muhammad. Dia ditangkap pihak polis dan dijatuhkan hukuman pada 8 November lalu. - AFP

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...