.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Jumaat, 13 Januari 2012

Diana Amir jawab isu berkemban dalam filem Keramat

Pelakon Diana Amir menjawab isu yang membabitkan aksi berkemban melalui filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.

Beliau yang kini telah berhijrah dengan menggayakan tudung menjelaskan, lakonan tersebut telah dirakamkan sebelum beliau mengambil keputusan untuk beralih arah mengenakan pakaian muslimah.

Mengakui rasa kesal dengan aksi melalui filem terbabit, Diana Amir turut mendakwa beliau kini bukan sahaja telah mengubah dari segi penampilan semata-mata, malah ideologi dan tindakan juga memberi peransang kepada dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih terjerumus ke arah kerohanian.

"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.

"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah.

Begitu jugalah saya. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui wartawan Murai selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade baru-baru ini.

Filem keluaran Metrowealth arahan David Teo itu menampilkan aksi Diana Amir sebagai seorang wanita yang memegang watak menggoda.

Turut membintangi filem tersebut Azahari Zain, Rebecca Nur Islam dan Zul Handy Black.

Diana Amir sebelum ini telah mengambil langkah untuk bertudung secara mengejut setelah didakwa mendapat alamat mimpi seolah-olah berlakunya Hari Kiamat.

"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.

"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.

"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.

Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.

"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan. 
p/s:- sabar2 ye diana amir aku sokong ko heheheheheh

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...