.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Selasa, 10 Januari 2012

Israel bakal hilang taring




TUNIS - Perdana menteri kerajaan Hamas, Ismail Haniyeh, kelmarin berikrar bahawa Israel tidak lagi akan dapat bermaharajalela dan bakal berhadapan hari yang sukar tidak lama lagi atas kezaliman mereka terhadap penduduk Palestin selama ini, dalam satu ucapan di hadapan penyokong parti Islam, Ennahda di Tunisia.

Beliau mengeluarkan kenyataan tegas itu di sebuah stadium di Tunis yang turut dihadiri penyokong revolusi untuk membebaskan penduduk Palestin dari cengkaman Israel.


“Israel tidak lagi mempunyai sekutu kuat di Mesir dan Tunisia. Masa telah berubah mengikut gelombang revolusi kebangkitan rakyat yang sehingga kini gigih berjuang mempertahankan hak dan maruah mereka daripada terus ditindas,” menurutnya.


Dalam satu kenyataan, Haniyeh turut menggesa seluruh rakyat Tunisia berganding bahu membina semula keamanan dan kestabilan di Timur Tengah serta tidak mengiktiraf Israel.


Sementara itu, perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilihat seperti takut dengan kebangkitan Palestin telah mengumumkan kerajaan akan menambah 3 bilion shekel (RM2.5 bilion) dalam bajet pertahanan yang dicadangkan Oktober lalu, kononnya selepas menilai tahap ancaman dari negara luar terutamanya Iran.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...