.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Khamis, 18 Ogos 2011

zakat-jom bayar zakat!!!!


PENGERTIAN ZAKAT
DARI SEGI BAHASA :
Zakat bererti ”BERSIH” , ”SUCI” , ”SUBUR”, ”BERKAT” dan ”BERKEMBANG”.
Pengertian ”BERSIH” dan ”SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Hikmah dan tujuan ALLAH mensyariatkan zakat antaranya ialah :
1.       Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2.       Membersihkan diri pembayar zakat.
3.       Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4.       Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di kalangan golongan yang berada.
5.       Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.
6.       Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7.       Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8.       Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat ISLAM dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9.       Memberikan masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH.
10.     Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

ADAB-ADAB BERZAKAT 
1.  Berzakat dengan ikhlas. 
2.  Mengeluarkan harta yang paling baik yang dimiliki. 
3.  Hendaklah dirahsiakan pemberian zakat jika dibimbangi timbulnya perasaan riak. 
4.  Bersegera mengeluarkan zakat apabila mencukupi syarat-syaratnya. 
5.  Sunat mewakili kepada orang lain untuk mengeluarkan zakat, takut dipuji yang boleh menimbulkan riak. 
6.  Disunatkan berdoa semasa mengeluarkan zakat dengan doa : "Ya ALLAH jadikanlah ia suatu keuntungan dan janganlah jadikan ia sesuatu kerugian" 
7.  Bagi amil pula disunatkan berdoa ketika menerimanya : “Semoga ALLAH mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap apa yang telah engkau berikan dan memberkati segala harta kamu yang masih tinggal dan semoga ALLAH menjadikan zakat mu sebagai pembersih harta mu” Amin.

p/s:- blogger sekalian dah bayar zakat ke belum...kalau belum apa lagi..jom ke kaunter zakat...!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...