.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Rabu, 24 Ogos 2011

‘Peragut cili boh’ kena cekup



Salah seorang suspek yang berjaya ditahan selepas cuba meragut seorang mangsa dengan menyimbah cili boh di sini hari ini.
 
KUANTAN — Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa, dalam satu kejadian di sini hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata, dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.
"Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000,” katanya ketika dihubungi.
Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 11 pagi.
"Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah,” katanya.
Beliau berkata, polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. — Bernama

1 comments:

Hani Mansor berkata...

Gile . Pncuri cili boh pon ade . ish3


.................................
jom laa jln sini n follow me ! http://hanimansor01.blogspot.com/ Love to blogwalk at your blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...