.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
Zaman Nabi Muhammad s.a.w.: di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbu...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata... hari ini hari dia..esok lusa m...
-
PROTON TUAH ADALAH PROTON PERSONA “R”! pertama sekali jika anda belum lagi melihat model-model kereta konsep proton yang saya gelark...
-
Setiap dari kita yang menggunakan perisian Microsoft Office akan menyimpan lambang dan logo Yahudi Israel di dalam komputer. Whooil...
-
sejak kebelakangan ini aku jd pelik apabila kecoh dgn cite gecko/pok ke/tekik mcm2 ar nama lg..harga menceca...
-
S ebuah akhbar tabloid British, The Sun melaporkan bahawa seorang pelajar perempuan Malaysia berusia 18 tahun, telah dirogol secara berama...
-
assalamualaikum..disini saya ingin membuat pengumuman mengenai bisnes baru saya.SKNarts!!! jom tempah baju dengan saya..sms/wassap/call di n...
-
berita terbaru aku dpt tau niii...betul atau tidak kita tunggu aje la ye...ko org tau kan facebook akan ditutup bln mac ni...cerita tu ...
-
apa cerita ni...dah takde idea sgt ke nak wat kek???berjuta lg design bleh wat ini yg dipilih...sakit jiwa ke apa ni..takde rase ma...
Ahad, 2 Oktober 2011
Ustazah Pilihan - Didik Wanita Terdidik Generasi
Ustazah Pilihan ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Oasis yang memaparkan pencarian Muslimah – Muslimah yang boleh dibentuk untuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan dari seorang pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan bagaimana pentingnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan lebih dari itu, Muslimah dilihat sebagai pendidik, pembentuk, pemimpin generasi akan datang,serta perlu mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.
Menerusi konsep program Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah terpilih menerusi beberapa siri ujibakat di beberapa negeri, akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dari aspek keugamaan yang juga merangkumi hal ehwal yang lain seperti teknologi, kewangan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan lain-lain.
Setiap minggu, mereka akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu yang berlandaskan format Piramid Tangga Kehidupan. Tugasan-tugasan ini dipilih berdasarkan isu – isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekata, isu – isu ini adalah 'benar' (real) dan relevan dengan realiti wanita di zaman moden.
Setiap minggu, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan dan akan dibimbing/dipantau oleh para Mursyidah yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
Markah akan diberi kepada kumpulan dan juga individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang telah mereka laksanakan setiap minggu. Kumpulan terbaik akan menerima ganjaran setiap minggu yang berupa galakan-galakan yang akan memotivasikan mereka lagi, manakala kumpulan yang satu lagi akan diberi tugasan tambahan yang juga boleh menmabhakan motivasi serta keyakinan untuk menjadi lebih baik lagi di tugasan akan datang.
Ustazah Pilihan merupakan sebuah program realiti terbaru Astro Oasis yang memaparkan para muslimah yang akan dibentuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan peranan sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.
Idea menerbitkan Ustazah Pilihan ini tercetus rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan peluang yang setara kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka dalam aktiviti dakwah dengan pendedahan yang lebih kontemporari. Pembaharuan dakwah yang bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syara’ semestinya menjadi suatu kelainan yang akan menarik perhatian oleh masyarakat.
berikut adalah calon ustazah pilihan:-
Labels:
hiburan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












1 comments:
aah smlm cik ana pon tengok..
rancangan cmni la best..semoga rancangan ni terus bersiaran :)
*nama blog smart la!
DRUGBUSTER :)
luv,
cik ana :)
Catat Ulasan