.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
SEORANG aktivis, Anjem Choudary menunjukkan poster mengenai larangan perbuatan menyalahi undang-undang syariah di Leyton, timur London b...
-
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan...
-
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisi...
-
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah ...
-
MARK ZUCKERBERG NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Laman jaringan sosial Facebook yang dicipta Mark Zuckerberg memperkenalkan pe...
-
untuk yg berminat sila emailkan ke reloads03@gmail.com. harga rm 25 termasuk wang pos semua saiz ada ok....
-
salam...penat raya wehhhhhh...sampai sakit perut di buat nya...tp sempat lg update blog niii...ok ni kisah hajjah sitt alwuzara bhgn 2 plak...
-
Ahvaz - Pengarah Urusan Zon Bebas Cukai Arvand, mengatakan bahawa kereta milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad jenama Peugeot 504 aka...
-
semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yang mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani men...
-
SEBELUM ini drugbuster ada menyiarkan satu post menunjukkan bahawa Arlene Tan dan blogger anti Islam Hajjah Sitt Al-Wuzara adalah orang yan...
Sabtu, 24 September 2011
Palestin kemuka permohonan sertai PBB
NEW YORK — Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat mengemukakan permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Abbas menyerahkan permohonan itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di ibu pejabat PBB di sini sebelum berucap pada sesi ke-66 perhimpunan agung badan dunia itu. Palestin pada masa ini berstatus pemerhati di PBB.
Menurut peruntukan Piagam PBB, Setiausaha Agung PBB dipertanggungjawabkan untuk menentusahkan sebarang surat permohonan keanggotaan PBB, yang kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Keselamatan PBB dan perhimpunan agung.
Permohonan itu akan dipertimbangkan oleh majlis itu, yang akan menentukan sama ada untuk mencadangkan atau tidak kemasukkan Palestin ke perhimpunan 193 negara anggota, yang akan mengambil resolusi kemasukkan mana-mana negara anggota baru.
Abbas memberitahu perhimpunan agung PBB bahawa Palestin memohon menjadi negara anggota penuh PBB berasaskan kepada persempadanan 4 Jun, 1967.
“Palestin sedang dilahirkan semula. Inilah mesej saya,” kata beliau, dan menambah kata beliau berharap tidak akan menunggu lama untuk permohonan itu diluluskan. — Bernama
Labels:
palestin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan