.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Rabu, 25 Januari 2012

Kisah Benar Ustaz Haron Din Mimpi Bertemu Nabi (video)

Satu peceritaan dan kisah yang sangat menyentuh hati sekalian pendengar dan penontonnya. Ayuh, sama-sama hayatinya. Sollu A'la Nabiy...Sayangi Rasulullah SAW


Ahad, 15 Januari 2012

Gambar Seksi Rozita Che Wan

“Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,”. “Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya. -METRO-
 
p/s:-aduhh bkn tersinggung dah ni..silap2 bleh tersadung aku tgk hahaha... dah lah kak rozita ye...dah berumur....bila nak berubah????? apa2 pun sendiri wat sendiri tangung...dose pon masing2 kan...kan...kan....

Sabtu, 14 Januari 2012

Ally Iskandar dan Farah Lee

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.


“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.


Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.


“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.


“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.


“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.


Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.


Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.


“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Bahana suntikan uri kambing kerana mahu cantik

KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.
Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat suntikan itu pada 5 Ogos 2011.
Mengimbas sebelum kejadian, Mandy berkata, dia yang mahu kulit halus mula terpengaruh untuk melakukan rawatan mencantikkan kulit dengan pakej suntikan uri kambing biri-biri ketika mengunjungi pameran di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Produk uri kambing biri-biri itu didakwa dari New Zealand.
Selepas mengunjungi pusat kosmetik itu, Mandy yang berunding dengan seorang pakar kecantikan di situ ditawarkan supaya melakukan suntikan uri kambing biri-biri bagi mendapat kulit yang mulus.
Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing biri-biri.
p/s:- perghh dah cantik nak cantik lg...nasib baik tak ilang bontot sebelah hahahahha....dunia ooo dunia.....

Jumaat, 13 Januari 2012

Hattan Bercerai

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Diana Amir jawab isu berkemban dalam filem Keramat

Pelakon Diana Amir menjawab isu yang membabitkan aksi berkemban melalui filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.

Beliau yang kini telah berhijrah dengan menggayakan tudung menjelaskan, lakonan tersebut telah dirakamkan sebelum beliau mengambil keputusan untuk beralih arah mengenakan pakaian muslimah.

Mengakui rasa kesal dengan aksi melalui filem terbabit, Diana Amir turut mendakwa beliau kini bukan sahaja telah mengubah dari segi penampilan semata-mata, malah ideologi dan tindakan juga memberi peransang kepada dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih terjerumus ke arah kerohanian.

"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.

"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah.

Begitu jugalah saya. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui wartawan Murai selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade baru-baru ini.

Filem keluaran Metrowealth arahan David Teo itu menampilkan aksi Diana Amir sebagai seorang wanita yang memegang watak menggoda.

Turut membintangi filem tersebut Azahari Zain, Rebecca Nur Islam dan Zul Handy Black.

Diana Amir sebelum ini telah mengambil langkah untuk bertudung secara mengejut setelah didakwa mendapat alamat mimpi seolah-olah berlakunya Hari Kiamat.

"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.

"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.

"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.

Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.

"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan. 
p/s:- sabar2 ye diana amir aku sokong ko heheheheheh

Askar AS kencing mayat orang Islam

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.


Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata "semoga bergembira, kawan" kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.


Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.


Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.


"Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang," menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.


Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka.

Rabu, 11 Januari 2012

Perarakan dunia untuk Baitulmaqdis

AMMAN – Delegasi dari 15 negara merancang mengadakan perarakan di seluruh dunia pada 30 Mac depan sebagai tanda sokongan terhadap bandar Baitulmaqdis.

Wakil negara yang bermesyuarat di Amman, Jordan itu membincangkan mengenai usaha sama untuk menganjurkan perarakan besar-besaran menuntut rejim Israel menamatkan aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk asal Palestin di bandar suci itu.


Kesemua 15 negara yang menghadiri mesyuarat itu menggesa orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai perarakan itu di negara masing-masing pada tahun depan.


Diadakan secara serentak di seluruh dunia, perarakan itu akan turut disertai tiga negara Arab yang berjiran dengan Palestin selain di Tebing Barat dan Genting Gaza.


Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perarakan ini, Zaher Berawi berkata, perarakan tahun depan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah demonstrasi pro-Palestin.


“Ia akan menjadi usaha antarabangsa untuk menyampaikan mesej kepada Israel dan sekutunya bahawa kesabaran dunia terhadap pencabulan Zionis ke atas Baitulmaqdis telah sampai ke kemuncak,” katanya.

5 angkatan tentera paling dahsyat di dunia

5. Kopassus(indonesia)

4. Sayeret Matkal(israel)

3.  The Kaibiles (Guatemala)

2.  Alpha Group (rusia)

1. U.S. Navy SEALs

Selasa, 10 Januari 2012

Cadbury dicipta penjual teh, kopi

Cadbury adalah syarikat manisan diasaskan di British. Ia merupakan industri kedua terbesar, selepas produk gabungan Mars dan Wrigley. Cadbury beribu pejabat di Cadbury House di Uxbridge Business Park, England.

Sejarah Cadbury bermula pada tahun 1824 iaitu, apabila John Cadbury, seorang penjual minuman teh dan kopi berasal dari Bull Street di Birmingham, England berjaya mencipta minuman kokonya sendiri.


Semenjak itu, John terus memberi tumpuan terhadap penghasilan minuman koko dan coklat. Produk tersebut dihasilkan di kilangnya di Bridge Street.


Ia dikendalikan secara perkongsian bersama saudara lelakinya, Benjamin. Syarikat atas nama Cadbury Brothers Birmingham kemudian diwujudkan. Produk minuman coklat pada ketika itu dicipta untuk golongan kaya sahaja kerana kos pengeluarannya tinggi.


Dua saudara itu, kemudian berhijrah ke London pada tahun 1854, setelah menerima perkenan diraja sebagai pengeluar coklat dan koko untuk Ratu Victoria. Sekitar tahun 1850-an, pengurangan cukai import terhadap koko diberikan sekali gus, memberi peluang kepada rakyat turutuntuk menikmati keenakan coklat.


Antara produk yang laris adalah Cadbury Cocoa Essence. Syarikat akhirnya menamatkan operasi perdagangan teh pada tahun 1873 dan memberi fokus kepada industri coklat. Pada masa sama, pakar pembuat manisan, Frederic Kinchelman dilantik sebagai rakan kongsi. Gabungan itu membawa kepada perkongsian resipi dan rahsia pengeluaran Cadbury.


Pada 1878, anak lelaki John Cadbury iaitu Richard dan George mengambil alih syarikat, selepas persaraan bapanya pada tahun 1861 dan kejayaan demi kejayaan ditempa hingga kini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...