.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Isnin, 31 Januari 2011

bagaimana nak jual cicak gecko?????




























sejak kebelakangan ini aku jd pelik apabila kecoh dgn cite gecko/pok ke/tekik mcm2 ar nama lg..harga mencecah jutaan ringgit..perghh bleh jutawan sekelip mata dgn jual cicak aje..paling murah pon harga rm10000.bleh wat bayar muka keta baru tu...ada la aku baca skit2 kat internet pastu member duk cite pasal cicak ni..memang menarik dgr..cicak ni dikatakan bleh mengubat pelbagai penyakit tmasuk la hiv aids..perghh memang hebat cicak gecko nii sampai camtu sekali..klu ko org search kat internet mmg tkejut tgk harga yg sanggup dibeli oleh tokey2 nii...aku ingat nak cuba cari la kat reban ayam blkg umah aku hahahah


..mane tau lps bayar muka toyota vios sebiji hahahaha....pastu adik aku cite plop yg mmg btl ada urus niaga cicak gecko ni..kat temerloh pahang  tp aku lupa dah nama kampung apa...tokey cicak gecko ni berurusan kat kedai makan aje..beratur keta mewah kat tepi kedai tu..ada tawar menawar harga...ada sorang bro tu bawa 20 ekor cicak gecko ni..tp berat dlm 200 gram ke 250 gram..tokey tu ofer rm 10000 seekor tp syg bro masih tak nak jual sbb pcaya harga bleh tinggi lg...ko org bayang kan rm 10000  x 20 ekor tak ke rm200000!!!! mcm tu pon tak nak jual lg ke bro..klu aku dah lama jual...kaya bro!!!!! 

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen



Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.
 
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
p/s:-nak cover duit pilihanraya ke hehehehe....
    

autoblogwalking - hilangnya seni berblog....btl ke ayat nii...........????



 
autoblogwalking!!! di atas adalah hasil carian google mengenai autoblogwalking.. 2-3 hr lps aku tbaca mengenai autoblogwalking ni..aku wat la research skit..ermmm mmg bagus klu nak kasi trafik ko mencanak naik dan ramai follower tp bg aku benda2 camni yg menghilangkan kesenian berblog ni..perghhh tiba2 kuar psl seni plak ni..ini cuma sekadar pendapat aku klu org lain aku tak tau la kan...klu org baru cam aku ni suka la benda2 camni..trafik mencanak2 naik,follower makin ramai...ada plak satu tu blog ckp semua ni tipu..satu lg cuba ko org byg kan otai blogger yg lama2 tu,mereka bsusah payah blogwalking..sehari aku ingat tak kurang 50 blog yg dia org masuk..tiba2 org baru ni senang2 aje pkai autoblogwalking...cam aku ni klu org tinggal jejak mmg autoconfirm aku akan jejak balik dan autoconfirm aku akan follow sebagai menghargai blogger yg sudi mengintai blog aku.tak kira la sama ada dia org follow atau tidak blog aku ni...tp klu ada yg tinggal jejak tu tp aku tak jejak blk atau follow aku minta maaf bnyk..mungkin tlpas pandang.maklum lah bkn nyer hr2 aku update blog ni...jd ko org rase adil atau tidak autoblogwalking ni???? bg otai2 mmg tak adil sbb mereka bsusah payah untuk meningkatkan trafik dan follower dia org tp bg yg baru ini satu peluang yg baik...apa2 pon cuba la fikirkan yg tbaik...jgn gaduh2 bab ni...setiap org ada pendirian masing2 tentang autoblogwalking ni...renung2 kan dan slmt berblogger!!!!

Jumaat, 28 Januari 2011

RAKAN ANTI DADAH (RADA)









hari ni aku nak cite psl keje aku skit..duk cite psl org lain aje kan...ada baik nyer tolong promote skit jabatan aku niii....RADA atau rakan anti dadah.ala mcm rakan cop tu tp rakan cop polis RADA ni aadk...bila ko org join RADA dpt la sekeping kad mcm kat atas tu..bkn kad kredit ye hahahaha....keistimewaan menyertai kelab RADA ni mcm kat bawah ni:-

  1. Berpeluang untuk menyertai sebarang aktiviti atau program yang dianjurkan oleh aadk
  2. Kad keahlian akan diberikan apabila mendaftar jd ahli kelab RADA
  3. Mendapat pengetahuan dah pendedahan mendalam mengenai fenomena permasalahan dadah terkini
  4. Dapat memberi khidmat nasihat kepada masyarakat
  5. Dapat pengetahuan tentang profil penagih
haaa satu lg jgn salah guna kad keahlian..kad ni bkn kad kuasa nak tangkap penagih tau hahahaha...dgn menjadi ahli ko org ni ibarat mata dan telinga aadk la..ala2 spy tu hahaha..borang utk jd ahli bleh didapati di setiap aadk daerah ko org...gi aje ofis aadk tu ckp nak borang jd ahli RADA.tak sampai 5 minit confirm siap isi borang.pastu tunggu dia org akan call atau pos aje kad keahlian ke alamat yg ko org bagi.apa lg jom join rakan antidadah(RADA) bantu aadk menangani masalah dadah.
dadah pemusnah! musnahkan dadah! 
bersama membasmi dadah!!


Khamis, 27 Januari 2011

facebook-penguna facebook akan dikenakan bayaran!!!

 

 
berita terbaru aku dpt tau niii...betul atau tidak kita tunggu aje la ye...ko org tau kan facebook akan ditutup bln mac ni...cerita tu masih hangat lg dah keluar satu berita lg...pengguna facebook akan dikena kan bayaran..mengikut maklumat yg aku terima facebook merancang perkhidmatan berasaskan langganan dgn bayaran bulanan bermula $0.99 klu rm ko org kira ar sendiri...dgn bayaran tu bleh la posting teks dan satu gambar profil!!! hahahahaha sanggup tak ko org bayar...kos akan meningkat berdasarkan jumlah kwn yg ada..gambar yg di uploads,mesej yg dihantar..kos bleh mencecah $50.00 haa sekali lg ko org cri sendiri klu dlm rm....ini bermakna semakin bnyk ko org guna makin tinggi la kena bayar...adehhh tak sanggup aku wehhh!!!!! dan satu lg identiti mark zuckerberg telah dihack disbbkan nak tutup facebook...ramai org marah ooo....facebook juga telah besetuju utk bkejesama dgn FBI dan CIA untuk bkongsi maklumat..apa2 pon sama2 kita tunggu dan lihat 15 mac ini sempena hari facebook...klu kena bayar slmt tinggal facebook yehaaaaa!!!!!!





Rabu, 26 Januari 2011

Hairuman bakal hilang kaki kiri pula!!!!


HAIRUMAN kelihatan sugul selepas mengetahui kaki kirinya pula akan dipotong di HTAR, Klang semalam.


KLANG - Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon yang baru kehilangan kedua-dua belah tangannya minggu lalu, bakal berdepan satu lagi dugaan apabila doktor mengesahkan salah satu daripada kakinya akan dipotong.
Ketua Aduan Majlis Belia Malaysia, HM Rizan ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat berita sedih itu petang semalam.
"Saya sendiri terkejut apabila doktor memaklumkan Muhamad Hairuman akan dimasukkan ke dewan bedah petang esok (hari ini) bagi membolehkan kaki kirinya dipotong.
"Kami rasa sangat sedih dan terkejut tetapi doktor memberitahu perkara itu terpaksa dilakukan atas faktor perubatan," katanya ketika dihubungi di sini petang semalam.klik disini untuk gambar selanjut nyer...

p/s:- mari kita sama2 membantu hairuman..
Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Khamis, 20 Januari 2011

MINTA TOLONG SEBARKAN DAN BANTU SAHABAT SEMUA


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt

Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata...
hari ini hari dia..esok lusa mungkin kita...

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.







Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.



Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

(sumber:- http://rubbertapperz.blogspot.com/)

Rabu, 19 Januari 2011

jom senyum!!!!!


aku tau la senyum itu sedekah tp jgn la paksa mcm gambar kat atas...
khas tu org yg susah sgt nak senyum cam aku hahahahahahah
tgk kambing pon comel klu dah senyum..
ini kan plak manusia..kah...kah...kah....





cuba dgr lagu kat bawah nii...


dah lama tak update blog ni...demam!!!


perghhhhh sakit gila badan aku bila demam ni...3 hr tak bgn...
duk baring tdo aje...maklum lah dah lama tak demam..
sebut psl demam ni...risau gak aku ingat demam denggi aje hahahaha
bleh maut klu kena tu...
cite psl denggi ni ko org tau tak denggi takde ubat..
dokter hanya bleh merawat mengikut simptom penyakit aje
so baik ko org bhati2 terutama yg duk di bandar tu
perghh klu kena menyesal tak habis..nak plak denggi bdarah
lagi bahaya tu..klu demam baik2 cpt gi hospital
haaa ni gambar nyamuk yg bawa virus tu...


hahaha yg belang2 mcm kuda belang tu...
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
aku ni ada la skit2 pengalaman sbb keje dgn kementerian kesihatan dulu 

so baik la ko org jaga2 ye..jaga kebersihan kawasan rumah..buang apa2 yg menakung kan air
mmg pantang nyamuk ni jupe tempat gitu..confirm!!btelur dgn senang lenang kat situ...
sampai sini aje dulu...aku nak mkn ubat pastu tdo..tak daya daaaaaa.....

Jumaat, 14 Januari 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...