.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
assalamualaikum..disini saya ingin membuat pengumuman mengenai bisnes baru saya.SKNarts!!! jom tempah baju dengan saya..sms/wassap/call di n...
-
Zaman Nabi Muhammad s.a.w.: di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbu...
-
Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perk...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata... hari ini hari dia..esok lusa m...
-
TAPIS AIR KOTOR Ketika ini dikatakan lebih satu billion manusia seluruh dunia masih gagal mendapat bekalan air bersih untuk diminum.kira k...
-
A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they're dead ...
-
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganj...
-
sejak kebelakangan ini aku jd pelik apabila kecoh dgn cite gecko/pok ke/tekik mcm2 ar nama lg..harga menceca...
-
Genre Pop/Whatever I feel like. Members Diandra Arjunaidi (Vocals, Guitar) Sessionists :- Efry Arwis (bass) Ag Coco/Ully Moha...
-
2.66 juta orang kunjungi pameran MAHA 2010 Oleh ZULKIFLI MANZOR zulkifli.manzor@kosmo.com.my PENGERUSI Marditech Corporation Sdn. Bhd., T...
Selasa, 6 Disember 2011
Kesan penagih dadah guna rambut- juara BSN-SVC 2011
UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mempertahankan kejuaraan mereka
dalam “BSN Inter-Varsity Social Venture Challenge 2011” (BSN-SVC) dengan
projek menggunakan rambut untuk mengesan penagih dadah.
Kumpulan empat penuntut universiti itu yang diketuai penuntut
perakaunan Mohammad Nizamuddin Japri, 22, membentangkan pakej perniagaan
”Cut & Drop” bagi memudahkan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan
penagihan dadah dengan menguji cebisan rambut suspek, dan bukannya
melalui ujian air kencing.
Keputusan menggunakan cebisan rambut ini juga dapat diperoleh dalam
beberapa minit sahaja, kata Mohammad Nizamuddin kepada pemberita selepas
menerima hadiah sijil simpanan premium bernilai RM25,000, iPad bagi
setiap anggota kumpulan serta trofi dari Ketua Setiausaha Kementerian
Pengajian Tinggi Datuk Rohani Abdullah di Kuala Lumpur semalam.
Mohammad Nizamuddin berkata produk yang mereka hasilkan itu juga
mendapat pujian daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan
Terengganu.
Tempat kedua dimenangi Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan tempat ketiga Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).
Pertandingan BSN-SVC ini adalah untuk memberi peluang kepada
mahasiswa mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan
mereka yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebanyak 37 kertas cadangan dihantar kepada BSN tahun ini dan lapan
kumpulan disenarai pendek iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP),
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tunku Abdul Rahman
(UTAR), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia
(UUM), Universiti Malaysia Sabah (Unimas) dan Universiti Malaya.
Labels:
dadah
Isnin, 5 Disember 2011
marijuana - ganja
Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa.
Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud
"Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang,
bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi
resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum
digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan
berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama
tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit
yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika
dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2
setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan
telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan.
Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia
bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak
sukar untuk diperhati dan dikaji.
Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal
). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia.
THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian
badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik
(sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus
yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah
laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada
reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika
dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja
dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada
reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal
pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah
punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos.
Labels:
dadah
Ahad, 4 Disember 2011
Katrina sebar virus Internet

KATRINA KAUR
AKTRES Katrina Kaur menjadi nama paling berbahaya di Internet kerana ia mendedahkan para pelayar kepada serangan virus maya.
Menurut laporan sebuah syarikat antivirus, peminat yang menggabungkan
nama Katrina dengan perkataan seperti free downloads, hot pictures,
screen savers dan videos sebenarnya mendedahkan komputer mereka kepada
serangan itu.
Dalam kajian itu, nama aktres tersebut berada pada kedudukan pertama
dalam kalangan kata kunci selebriti paling berbahaya di India diikuti
Deepika Padukone dan Kareena Kapoor.
Laporan itu menjelaskan bahawa pengguna akan mempunyai 10.26 peratus
kemungkinan untuk terdedah kepada risiko jika menaip nama tersebut.
Selain Katrina, selebriti nama lain yang tersenarai antara selebriti
yang berbahaya di Internet termasuklah Saif Ali Khan, John Abraham,
Priyanka Chopra, Aishwarya Bachchan, Bipasha Basu, Aamir Khan dan
Shahrukh Khan.
Labels:
hiburan
Jumaat, 2 Disember 2011
tolong saya!!!!plzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!
ko org perasan tak kat atas tajuk catriona ross ada titik...nape ye ????sepatut nya tu nama blog aku...tapi jd titik aje...ada sape2 bleh tolong...plzzzzzzzzzzzzzzzz....dah mati akal dah niii....
Labels:
pelik
Catriona Ross-‘ustazah jadi-jadian’
KOTA BHARU: Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.
Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.
“Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya ‘ustazah jadi-jadian’ dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.
“Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik,” katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.
Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.
p/s:- makin comel plak ustazah jadi - jadian ni hehehe.....
Labels:
hiburan
Proton Saga FLX SE
Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.
“Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang,” kata pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.
PROTON berkata, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.
Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.
Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima kira-kira 331,768 tempahan.
Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.
PROTON mensasarkan menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.
Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.
PROTON juga berkata, pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.
Pembeli boleh melihat model baru ini di semua bilik pameran PROTON mulai hari ini.
Labels:
proton,
proton saga flx se
SEKOLAH SEKS ANTARABANGSA DIBUKA
VIENNA - sekolah seks antarabangsa yang pertama di dunia telah dibuka dan menerima pemohon.AISOS adalah kolej pertama "seksualiti gunaan" dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur lebih 16 tahun. Sekolah Seks Antarabangsa di Vienna telah dibanjiri dengan pemohon.kos yuran di Sekolah Seks Antarabangsa di Vienna adalah $ 1,800 setiap semester.Guru Besar kelahiran Sweden Ylva-Maria Thompson, yang juga seorang artis, merasakan
bahawa terdapat kekurangan kelas seksualiti yang digunakan di seluruh
dunia dan mahu memulakan sebuah sekolah yang pakar dalam bidang yang
unik ini.Pelajar
akan tinggal di blok asrama bercampur jantina di mana mereka dijangka
untuk mengamalkan kerja rumah mereka kerap sepanjang hari dan malam."Pendidikan teras kami adalah tidak teori, tetapi sangat praktikal. Penekanan adalah pada bagaimana untuk menjadi pencinta yang lebih baik
Puan
Thompson adalah seorang guru yang sangat berpengalaman,
jurucakap sekolah Melodi Kirsch memberitahu Berita Mingguan Austria. "Kami yakin bahawa sekolah itu akan menjadi satu kejayaan yang besar."Sekolah
Austria Antarabangsa asas Pendidikan seks bercampur teknik tradisional
dengan pengetahuan pelajaran dan moden dalam godaan. Lima
kursus-kursus asas, kursus intensif, dan seminar hujung minggu akan
ditawarkan, dan laman web menghuraikan kurikulum sebagai "posisi seks,
teknik membelai, ciri-ciri tersebut anatomi adalah disiplin AISOS.
Kebanyakan kelas akan diajar dalam bahasa Jerman dan mengambil tempat di dalam rumah agam abad ke-18, bagaimanapun, pelajar akan tinggal di asrama Coed dengan katil, bantal, tambahan dan alat bantuan seksual.Iklan bagi sekolah baru telah menyebabkan kontroversi khususnya telah diharamkan oleh TV Austria untuk mempamerkan beberapa berkasih sayang "Ini dibalut dalam cara yang sangat bergaya tetapi ia hanya menjual seks," satu protestor komen.Kurikulum teras: posisi seks, teknik membelai, kajian orgasma, ciri-ciri anatomi, seks oral, seks dubur dan seks kreatif.
Kebanyakan kelas akan diajar dalam bahasa Jerman dan mengambil tempat di dalam rumah agam abad ke-18, bagaimanapun, pelajar akan tinggal di asrama Coed dengan katil, bantal, tambahan dan alat bantuan seksual.Iklan bagi sekolah baru telah menyebabkan kontroversi khususnya telah diharamkan oleh TV Austria untuk mempamerkan beberapa berkasih sayang "Ini dibalut dalam cara yang sangat bergaya tetapi ia hanya menjual seks," satu protestor komen.Kurikulum teras: posisi seks, teknik membelai, kajian orgasma, ciri-ciri anatomi, seks oral, seks dubur dan seks kreatif.
p/s:- gila ke apa org ni wat sekolah camni...memang berebut la org nak jd pelajar..bleh buat seks secara percuma....
Labels:
hiburan
Khamis, 1 Disember 2011
pengakuan shidah harmi:- 'saya dah nak kahwin'
Kalau betul lah pengakuan oleh shidah
neh nampaknya orang yang mengedarkan gambar shidah dan apek sehari
sebelum perlawanan sememangnya ada memasang satu niat.
Shidah menerusi satu pengakuan melalui metro online memberitahu bahawa ;
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.
“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.
“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya -HM-
Kalau betul bukan shidah yang edarkan,
dia kena fikir balik dalam2 siapa lagi yang boleh akses gambar2 lama dia
bersama apek dan sapa lagi yang boleh akses rekod2 bbm dia sebelum2
neh. Rasanya kalau ini kerja pihak yang ketiga, sudah tentulah individu2
neh mereka yang rapat dengan shidah. Sebab gambar2 neh berada dalam
simpanan shidah dan bukan nya apek. BBM pun dikatakan diambil dari BB
shidah bukan nya dari BB apek.
Kalau lah individu neh dengan sengaja
cuba nak mengaibkan shidah dan apek, sudah tentu dia bertujuan sesuatu.
Orang neh rasanya dia bukan buat pasal duit. Kalau pasal duit, ini kena
tanya pada rotikaya lah sebab dia lah pemblog yang mendapat info
langsung dari sumber yang mendedahkan gambar2 shidah dan apek.
Mungkin berasaskan dendam or something2.
Dan buat shidah, baguslah kalau ko dah berubah. Jagalah diri dan
peribadi elok2. Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Mudahan2 perubahan
neh berterusan dan bertambah baik.
sumber:-EH Gosip!
Labels:
hiburan
Langgan:
Catatan (Atom)





































