.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Sabtu, 21 Mei 2011

parkour

Akrobatik lasak yang lumayan




SUASANA di sekitar Putrajaya pada pagi Ahad itu tampak tenang berbanding hari-hari biasa. Keadaan jalan raya lengang. Pejabat-pejabat kerajaan yang sebelum ini sibuk dengan orang ramai melakukan pelbagai urusan juga kelihatan sunyi sepi.
Lazimnya, begitulah senario yang boleh dilihat di Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum.
Bagi Abudi Alsagoff, 20, ketenangan itulah yang dicarinya setiap kali berkunjung ke pusat pentadbiran kerajaan itu saban minggu.
Bukan apa, dia tidak mahu aktiviti dia dan rakan-rakannya di taman rekreasi berhampiran Menara Putrajaya Holdings itu diganggu.
Kehadiran mereka bukannya mahu bersuka-ria, jauh sekali melakukan onar. Mereka hadir untuk menguji kemahiran diri dalam parkour (seni pergerakan badan), satu kegiatan ekstrem yang semakin berkembang di negara ini.

PARKOUR dilihat sebagai seni yang agak berbahaya oleh kebanyakan orang kerana gerakannya yang bukan mudah.


Landskap taman yang dikelilingi tembok batu, palang besi dan tiang konkrit memberikan cabaran semula jadi kepada peminat parkour sepertinya.
Lompatan demi lompatan yang dilakukan, disulami dengan aksi akrobatik untuk menempuh pelbagai halangan fizikal di hadapan menggunakan tubuh badan nyata memukau pandangan.
Itu tidak menghairankan kerana Abudi dan rakan-rakannya sememangnya profesional dalam rutin seni itu. Di bawah payung Kelab 3RUNmy, mereka kini aktif menjalankan pelbagai persembahan bergerak, persembahan untuk badan korporat dan komersial serta bengkel di negara ini.
Sebagai antara pengasas kelab itu, Abudi berkata, 3RUNmy yang ditubuhkan pada 2008 merupakan kelab parkour profesional pertama negara ini.
Dia yang aktif dalam parkour sejak 2007 memberitahu, sebelum ini dia dan seorang lagi pengasas kelab itu, Amir Hamzah Abdul Halim, 20, sering menerima pelawaan melakukan persembahan secara individu.
“Kami mula terfikir seni ini sebenarnya mempunyai tarikan dan nilai komersial yang tersendiri, lalu menubuhkan 3RUNmy.
“Ia diinspirasikan daripada kejayaan kelab parkour profesional di United Kingdom, 3RUN. Kelab itu bukan sahaja terkenal di seluruh dunia, malah aktif melakukan persembahan, komersial, koreografi, kejurulatihan dan bengkel,” katanya yang merupakan pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektrik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Dianggotai 11 ahli, Abudi menjelaskan 3RUNmy pernah dijemput mengadakan persembahan khas seperti Cabaran Kecergasan 2008, Xtreme Challenge Putrajaya 2008, Hari Belia Negara 2010, Festival Belia Malaysia 2010 dan sebagainya.
Pendapatan sampingan
Katanya, kelab itu juga terlibat menjayakan persembahan membabitkan badan korporat seperti pelancaran produk dan karnival seperti pelancaran model baharu Mini Cooper, Puma Winter Fashion Show, Puma Happy Hunting, Reebok dan American International Assurance (AIA).
“Di samping itu, terdapat beberapa persembahan komersial di televisyen yang pernah dijayakan seperti Marigold, 100 Plus, Astro, Kentuky Fried Chicken, Power Root, Code 10 dan sebagainya.
“Malah, ada di antara kami juga yang pernah bergelar pelakon aksi ngeri seperti dalam filem Cicak Man 2, Haq dan Jin Notti,” jelasnya yang pernah terlibat untuk penggambaran komersial luar negara bagi produk Navratna Oil.

KREW 3RUNmy melakukan lompatan balik kuang secara serentak yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran tinggi.


Tambah Abudi, dia tidak menyangka parkour yang disertainya sebagai salah satu aktiviti kecergasan pada masa lapang satu ketika dahulu, kini mampu menjana pendapatan sampingan.
“Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja jemputan yang diterima sama ada untuk persembahan atau komersial.
“Bagaimanapun, ia tidak bermakna kami mengabaikan keaslian seni ini disebabkan mahu mengejar prestij atau wang. Ia masih satu seni indah yang menggabungkan aspek mental, fizikal dan persekitaran untuk menghasilkan gerak langkah yang menggagumkan,” ujarnya yang bercadang untuk menubuhkan akademi dan gimnasium di bawah 3RUNmy satu hari nanti.
Sementara itu, bagi Amir pula, dia tidak menyangka minat mendalam terhadap parkour membolehkannya menimba pengalaman lakonan dalam filem Cicak Man 2 pada tahun 2008.
Ujarnya, biarpun sudah biasa terlibat dalam penggambaran komersial sebelum itu, namun penggambaran filem lebih mencabar kerana melibatkan banyak lokasi, tempoh masa panjang dan jadual yang ketat.
Katanya, dalam filem itu, dia menjadi double stunt untuk watak utama Cicak Man 2, Hairi lakonan Saiful Apek.
“Penggambaran mengambil masa sehingga sebulan membabitkan beberapa lokasi sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.
“Boleh dikatakan hampir semua aksi lagak ngeri yang ditampilkan dalam filem itu dilakonkan oleh saya,” katanya yang dibayar sehingga RM10,000 dalam filem itu.
Bercerita tentang pengalamannya, Amir berkata, cabaran utama yang perlu dilalui adalah membiasakan diri dengan kostum Cicak Man yang dipakai ketika melakukan aksi-aksi lasak dan merbahaya.
“Sut getahnya agak keras dan menyukarkan sedikit pergerakan, pada masa yang sama lokasi yang sentiasa berubah-ubah menyebabkan saya perlu membiasakan diri terlebih dahulu sebelum melakukan aksi-aksi yang diminta.
“Ia merupakan pengalaman berharga, saya rasa bertuah kerana dikelilingi orang yang profesional dan tahu menjaga keselamatan diri saya,” jelasnya yang teruja dapat berkerja di bawah pengarah muda tersohor, Yusry Abdul Halim.
Rezeki Halim, nyata tidak terhenti setakat itu sahaja, dia turut ditawar melakukan aksi yang sama di dalam filem Jin Notti dan Haq.
Ujarnya, minat yang mendalam dalam bidang seni dan pengarahan filem mendorongnya mengambil jurusan Diploma Perfileman di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
“Saya mahu berjaya serentak dalam kedua-dua bidang. Siapa tahu, satu hari nanti saya akan mengarahkan filem sendiri dan menggabungkan parkour dalamnya seperti filem Yamakasi yang berjaya mempopularkan seni ini di seluruh dunia,” katanya yang turut berkongsi minat dengan adiknya, Ammar Haidhar, 21.
Fleksibiliti gerakan

AHLI Kelab 3RUNmy pernah mengadakan persembahan untuk majlis pelancaran model baru Mini Cooper.


Pelajar perubatan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Muhammad Sabree Mohd. Sapian pula berkata, dia gembira kerana parkour semakin diminati masyarakat biarpun tidak begitu popular berbanding sukan lasak lain seperti BMX, skateboard atau rollerblade.
“Sebelum ini, ramai yang salah tafsir dan beranggapan seni ini yang merbahaya dan memudaratkan, malah ada juga yang menganggapnya sebagai satu perbuatan vandalisme.
“Namun sejak kebelakangan ini, popularitinya semakin meningkat, ini dapat dibuktikan melalui maklum balas yang diterima orang ramai dan penganjur setiap kali selesai melakukan persembahan,” katanya yang kini mencecah 23 tahun.
Mula menceburi parkour pada 2003, pemuda itu memberitahu, parkour merupakan seni yang menitik beratkan aspek disiplin, stamina, kelenturan dan ketahanan badan melalui satu gerakan.
“Kami bukan melakukannya secara semberono, sebaliknya menganalisis persekitaran sebelum membuat keputusan melakukan sesuatu aksi dalam melepasi sesuatu halangan di hadapan,” ujarnya.
Jelasnya, seni yang dipopularkan oleh David Belle sekitar tahun 1990-an itu telah banyak mengalami transformasi dan tidak sekadar lompatan biasa bagi melepasi halangan semata-mata.
Katanya, kini terdapat elemen-elemen baru telah dicipta dalam parkour menggabungkan aksi akrobatik dan kreativiti seperti flip (lompatan berpusing) bertujuan menjadikan sesuatu persembahan itu lebih menghiburkan.
“Jika diikutkan terdapat beratus-ratus gerakan dalam parkour, namun asasnya masih sama iaitu berlari, melompat, memanjat, mengimbangi diri dan melakukan pergerakan dengan senyap.
“Menariknya, walaupun menempuh halangan yang sama, gerakan parkour adalah berbeza bagi seseorang individu. Hanya empunya diri yang tahu apa yang akan dilakukannya, sebab itu parkour amat sukar dijangka,” katanya.

Ahad, 15 Mei 2011

rupa penjenayah penyembah asid


Lakaran wajah suspek psycho yang menyimbah asid kepada ramai wanita di Kuala Lumpur yang disiarkan dalam Buletin Utama

Inilah mamat berbangsa India yg seringkali menyembah acid kepada mangsa
Budak ini menggunakan motorsikal EX-5 bernombor WPV 4963.

Sila sebarkan bagi pengetahuan ramai

Sabtu, 14 Mei 2011

A new batman car














A New Batman Car

Khamis, 12 Mei 2011

10 koleksi pelik takeshi yamada

Vampire monkey
Salah satu spesies monyet China hidup dari semata-mata dari darah haiwan lain '. Ini adalah satu-satunya spesies primat mencipta sarang kompleks mirip dengan burung penenun. Mereka juga menggunakan lebih banyak buatan tangan alat-alat seperti manusia, dan diyakini sebagai missing link evolusi spesies manusia moden
 
Two-Headed Baby
Spesimen ini setengah mumia terawat baik daripada muzium perubatan dari Coney Island Hospital. Untuk mendapatkan contoh rangkaian untuk tujuan replikasi DNA dan pengklonan, kaedah mumifikasi jauh lebih baik daripada kaedah pengawetan cair.
 
Giant Sea Dragon
Dr Yamada dengan bangkai mumia dari naga laut raksasa di Pulau Awaji. Haiwan ini dipercayai pupus pada awal abad ke-20.
 
Prehistoric Horseshoe Crabs
Dua spesies baru ketam tapak kuda sama dengan mereka yang hidup 400 juta tahun yang lalu baru-baru ini ditangkap oleh kapal selam saintifik  Voyager University of Higashi Osaka di Jepun.

Human-Faced Ant
Mitologi India mengatakan bahawa penguasa zalim diyakini bertukar menjadi semut. semut berwajah manusia. banyak terdapat di India. Spesimen ini dikumpulkan oleh Dr Takeshi Yamada selama ekspedisinya pada tahun 2004. Koleksi: Coney Island Institute Antropologi

St. Helena Giant Earwig
Haiwan ini dipercayai pupus di St Helena hanya beberapa dekad yang lalu. Pembangunan lapangan terbang antarabangsa di habitat artropod ini menghasilkan protes besar-besaran oleh masyarakat  dan ahli entomologi bergegas ke sana dalam beberapa tahun terakhir. Sebuah ekspedisi yang dipimpin oleh Dr Takeshi Yamada pada tahun 2005 penemuan dihasilkan dari beberapa spesies baru Cocopet raksasa, yang mengarah ke makmal program pemuliaan di Coney Island University.
 
Fiji Mermaid
mumia putri duyung  berasal dari Shikoku, Jepun. Mereka menganggap putri duyung sebagai dewa aliran utama agama, yang disebut Shinko Ningyo atau agama putri duyung. Banyak kuil-kuil Shinto dan kuil Buddha mengabadikan mumia putri duyung 
 
Giant Chupacabras Snail
 Badan ini siput laut  menyerupai kaki Chupacabra, Ia ditemui awal tahun 2007 ini.
 
Giant Carniverous Snail
Haiwan ini diyakini sebagai spesies siput karnivor yang terbesar di dunia. Haiwan ini juga sangat beracun dengan racun  serupa dengan katak poison dart
 
Blue Merman
ikan duyung jantan biru dari Pulau Sado. makhluk laut ini sebenarnya berkait rapat salamander dan bunglon. Mereka juga mengembangkan senjata primitif saat mereka tumbuh dewasa seperti katak umum
 
 
 



 

coca cola ada alkohol?????


tak tahu btl atau tidak perkara ni...aku sendiri tak ingat bila kali terakhir minum coca cola.mmg tak minat langsung air coca cola ni..aku baca kat blog ni...http://ibnuyaacob.com/.jd sebagai org org islam aku tolong sebarkan.ko org nilai dan tgk sendiri.tepuk dada tanya selera.sampai skrg ada satu ramuan rahsia yg tidak diketahui untuk menghasil kan air coca cola ni..beratus tahun tu simpan rahsia...bukan senang....cuba tgk video kat bawah ni plak...

Jumaat, 6 Mei 2011

emas dan pelaburan emas


Mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan kehebatan emas sebagai pelindung nilai yang sebenar dan mungkin masih ramai yang pekakkan telinga dari mendengarnya.So tugas bagi kita semua termasuk saya menyampaikan pada mereka yang belum mengetahui dan terus menyedarkan masyarakat dengan memberi ilmu yang betul dan tepat.Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).sape takmo kaya wehhhhh....aku sendiri tgh cari modal nak beli emas kl bleh nak jd dealer emas..tp modal besar sgt rm20000!!!! takpe slow2 cari.mane tau en.nuffnang bayar bnyk skit nanti bleh tambah2 wat modal hahahaha...tp awas jgn sampai kena tipu plop..tak psl2 gile nanti..gile emas hahahahaha....antara penjual emas yg aku tau public gold,maybank dan bnyk lg la..ko org search ar sendiri.aku pon pening tgk bila search..mane satu nak pilih pon tak tau..bnyk sgt pilihan nyer,,,kelantan antara negeri yg yg mengeluarkan dinar emas.mcm gambar kat bawah ni
wah berkilat tu...ersinar mata tgk.bila la bleh beli ni...pakcik kayo klu dpt hahahaha....nak info lebih bnyk tentang emas cuba klik website ni Emaskini , Dinar Emas Kelantan dan nak tgk harga tkini emas klik kat website ni kitco..itu saje info psl emas...
p/s:- jaga2 wat wanita yg pakai emas penuh ditgn kang tak psl2 kena ragut hahahaha


Rabu, 4 Mei 2011

bantu aku berhenti merokok!!!!!!


arghhhhhhhhhh gila2 aku dibuatnye....mcm ada benda yg tak kena 2-3 hr ni...berhenti merokok!!!!! ye sesuatu yg aku rase gile aku buat..nape berhenti merokok plop..isap ler sampai mati hahahahah....rugi ar tokey rokok nanti..lantak aku la nak bhenti ke tidak...baring tak kena bgn tak kena tgk tv tak kena..turun tanah tak kena..bawa keta tak kena bawa moto tak kena...lps mkn tak kena..apa yg tak kena ni....maksud aku resah gelisah...ittu la yg dinamakan gian woiiii....hahahahaha....itu baru gian merokok klu gian dadah mau keluar hingus tak pon hantuk kepala kat dinding hahahaha...dulu dah penah bhenti merokok ermm sblm kawin...pas kawin isap semula...aku ni on off aje isap rokok sebenar nyer...tp dulukan senang aje nak berhenti merokok ni...skrg ya ALLAH!!!! 

takpe2 aku cuba,,,tgk dan lihat bjaya atau gagal tuk bhenti merokok...takde sorang pon tau aku bhenti tmasuk isteri aku niii hahahah...semua org tak perasan lg...bagus2 klu tak nanti ada yg mcabar aku plop...member ofer aku isap beli tak mau dah rasenya...mcm tu bhenti membeli rokok nama nyerr..tak ler member ofer amik ar kang dia org perasan plop aku bhenti..confirm kena goda dek dia org klu tau aku bhenti hahahaha.....apa2 pon dah berbln aku tak update blog ni...bz skit...perghhh bunyi mcm pm ada bz nyerr..hahahaha...takde lar biasa ar kdg bnyk keje kdg takde langsung..biasa la keje kerajaan ni...ok la semua mari sokong aku bhenti merokok...yes3...mari3....tgk jackie chan pon tak merokok hahahahaha

Isnin, 28 Mac 2011

poster agensi antidadah kebangsaan





Isnin, 21 Mac 2011

Miera tidak sengaja



PENDATANG baru, Miera, mengaku tidak sengaja tampil seksi.



FOTO pelakon remaja, Miera Leyana Kasmi, 18, tiba-tiba beredar dengan pantas dan menjadi bualan hangat di Internet selepas dia menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay di ibu negara baru-baru ini.
Apa tidaknya, gaun rona emas rekaan Wan Huzairil Wan Hussein, 38, yang membaluti tubuh pelakon utama Kamelia Katrina itu menjolok mata sehingga menampakkan sebahagian daripada isi payu daranya.
Secara tidak langsung, ia menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan sesetengah pihak dan peminat.
Justeru itu, Kosmo! telah menghubungi Miera bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung kisah sebenar di sebalik busana itu.
Kosmo!: Bagaimana boleh setuju untuk menyarungkan busana itu?
MIERA LEYANA: Sebenarnya gaun itu siap pada saat-saat akhir kerana Wan Huzairil baru sahaja pulang dari Bangkok, Thailand pada hari yang sama majlis berlangsung.
Saya sendiri mencuba gaun itu tiga jam sebelum majlis dan Wan Huzairil hanya sempat mengubah saiz gaun itu kerana ia sedikit longgar.
Bagaimana perasaan anda semasa menyarungkan gaun itu?
Pada mulanya saya rasa okey dan tidak terlalu seksi sebab tiada orang yang perasan. Namun sewaktu jurugambar meminta saya untuk memberikan pose, para tetamu lain sudah mula memperkatakan tentang gaun saya yang kelihatan seksi di bahagian tepi.
Selepas itu, saya dengan segera berjumpa dengan Wan Huzairil dan meminta dia melakukan sesuatu agar bahagian tepi itu boleh ditutup. Malangnya selepas melakukan pengubahsuaian, situasi itu masih sama (kelihatan seksi).
Apa yang cuba anda lakukan untuk menutup bahagian yang terdedah itu sepanjang majlis berlangsung?
Saya akui berdepan dengan kesukaran sepanjang majlis, malah sudah sedaya upaya cuba untuk menutup bahagian tersebut dengan sebaik mungkin menggunakan tangan dan beg tangan, namun ia tidak membantu.
Jalan terbaik ialah saya perlu tampil yakin seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Adakah anda sengaja ingin mencuri perhatian dengan memakai gaun tersebut meskipun sedar ia kelihatan seksi?
Saya akui tidak sengaja untuk mengundang sebarang kontroversi dan tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang seksi. Saya lebih senang jika orang mengenali saya melalui bakat lakonan yang saya paparkan.
Bagaimana reaksi keluarga tentang isu ini?
Alhamdulillah keluarga saya okey. Mereka sentiasa menyokong dan pada masa yang sama menegur saya bahawa insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Bagaimana penampilan anda di luar?
Saya sebenarnya seorang yang ringkas. Kalau keluar hanya menyarungkan jean dan baju T.
Jadi apa pengajaran yang anda pelajari?
Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang kurang senang dengan penampilan saya pada majlis itu. Saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Lagipun tiada siapa yang bersalah dalam hal ini dan insiden itu berlaku secara tidak sengaja.
Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan cuba elakkan untuk mencuba pakaian pada saat-saat akhir.

p/s:- mcm gini punya seksi bleh tak sengaja lg...mcm2 alasan...keluarga plak bleh ckp okey aje...bagus nyer keluarga dia...pasni klu bkemban pon tak sengaja kah..kah...dunia dah nak kiamat rase nyerrr.....insaf la woi!!!!!!

Rabu, 16 Mac 2011

Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk


PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

p/s:- hahahahaha jaga2 lah skit org laki wehhhh......
sumber:- kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...