.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Ahad, 12 Disember 2010

Barak setuju kongsi Baitulmaqdis?

WASHINGTON 11 Dis. - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mencetuskan semula prospek perkongsian Baitulmaqdis dengan penduduk Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian damai, sesuatu yang berbeza dengan pandangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
"Baitulmaqdis akan dibincangkan di mana bahagian barat Baitulmaqdis dan kawasan Yahudi untuk Israel dan kawasan kejiranan Arab yang diduduki pelarian untuk Palestin," kata Barak dalam satu ucapan di Washington.
Barak, bekas Perdana Menteri Israel dari Parti Buruh, membuat kenyataan itu dalam ucapan beliau kepada hadirin termasuk Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.
Sebelum itu, Hillary menggesa Israel dan Palestin berkompromi dengan isu-isu penting dalam proses damai, termasuk isu Baitulmaqdis yang disifatkannya 'paling sensitif'.
Ketika Barak membuat kenyataan sama tentang Baitulmaqdis kepada akhbar Israel, Haaretz pada September lalu, beliau dikritik oleh pembantu-pembantu Netanyahu yang menganggap Baitulmaqdis adalah mutlak sebagai ibu negara Israel.
Barak turut berkata, tidak ada percanggahan antara penyelesaian Israel dan Palestin dan keselamatan Israel.
"Sebaliknya, dua negara untuk dua rakyat adalah syarat penting untuk membolehkan Israel terus mencapai cita-cita Zionis," kata beliau. - AFP

jahanam israel!!!hidup palestin!!!!!

Selepas kebakaran hutan Israel dilanda ribut pula




BAITULMAQDIS 12 Dis. – Setelah kebakaran besar hutan di bandar pelabuhan Haifa yang mengorbankan 43 orang, Israel kini dilanda ribut selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya.
Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah menumbangkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik.
Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa menutup hutan simpan di selatan padang pasir Negev kerana kemungkinan berlaku banjir.
Pihak polis masih gagal mengesan lelaki yang hilang kerana cuaca buruk dan ribut kencang di persisiran pantai itu, lapor radio rejim zionis. - AFP

hahahaha itu baru skit tuhan bg kat israel...jahanam israel!!! hidup palestin!!!!

EU minta 'ujian porno' Republik Czech dihentikan

EU minta 'ujian porno' Republik Czech dihentikan


FILEM porno digunakan untuk menguji orientasi seks lelaki gay yang ingin mendapatkan suaka bagi golongan itu di Republik Czech.


PRAGUE - Kesatuan Eropah (EU) menggesa Republik Czech agar menghentikan 'ujian porno' yang dikenakan kepada pencari suaka gay yang bertujuan memastikan bahawa mereka adalah lelaki gay sebenar.
Ujian itu memerlukan mereka menonton filem lucah yang terdiri daripada filem porno biasa (melibatkan lelaki dan perempuan) serta filem porno gay untuk dinilai tahap rangsangannya. Alat pengesan akan disambungkan kepada alat sulit untuk menguji sama ada mereka terangsang atau sebaliknya.
Jika pemohon terangsang apabila menonton pasangan lelaki dan wanita melakukan hubungan seks, permohonan suaka akan ditolak secara automatik. Suaka tersebut dipohon oleh golongan gay kerana beranggapan mereka berada dalam bahaya di negara asal masing-masing.
Jurucakap Menteri Dalam Negeri Republik Czech, Pavel Novak menyatakan ujian itu hanya dijalankan ke atas pemohon dari negara seperti Iran yang golongan gay boleh didakwa. Ujian tersebut dilihat penting bagi memastikan orientasi seks pemohon. EU pula menyifatkannya sebagai melanggar hak asasi manusia.
Dalam satu laporan mengenai kesaksamaan homoseksual, Agensi bagi Hak-hak Asasi menegaskan bahawa ketepatan keputusan ujian tersebut adalah diragui.
Biarpun begitu, Kementerian Dalam Negeri Republik Czech mendakwa, ujian itu hanya melibatkan kurang daripada sepuluh kes dan ia dihadiri oleh pakar perubatan. 


apa nak jadi dengan dunia sekarang...dah hampir nak kiamat dah rase nyerrr!!!!!!

Sabtu, 11 Disember 2010

Setiap hari baca al-Quran-Dr Murad Willfried Hofmann



Al-Quran adalah kitab yang penuh hikmah dan petunjuk untuk seluruh umat manusia. Ia juga adalah mukjizat yang dijamin terpelihara sehingga hari kiamat.
"Keajaibannya tidak pernah berakhir dan sangat sesuai untuk segala tempat dan waktu," demikian kata seorang bekas diplomat Jerman, Dr. Murad Willfried Hofmann.
Justeru, Hofmann, 79, tidak pernah berhenti membaca al-Quran kerana baginya kitab suci itu selalu memberikannya jawapan-jawapan yang sempurna.
Beliau adalah pemenang Anugerah Personaliti Islam Terbaik Tahun 2009 yang disampaikan di Majlis Penghargaan Kitab Suci al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) tahun lalu.
Bagi Hofmann anugerah yang diterima itu adalah penghargaan dan penghormatan yang sangat tinggi bagi dirinya dan seluruh Muslim di Eropah dan dunia Barat.
"Ini merupakan isyarat baik bagi lebih 30 juta umat Islam di Eropah. Hal seperti ini membuktikan bahwa Muslim di seluruh dunia adalah satu bangsa," katanya mengenai anugerah yang diterima pada 10 September 2009 itu.
Hofmann dilahirkan dalam keluarga katolik di Aschaffenburg Jerman pada tahun 1931. Setelah lulus dari Union College di New York, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Munich, Jerman sehingga ke tahap doktor falsafah dalam bidang undang- undang pada tahun 1957. Ini diikuti pada tahun 1960, Hofmann mendapat gelaran LL.M dari Universiti Harvard.
Dalam aspek kerjaya terutamanya dari tahun 1983 hingga 1987 beliau merupakan Pengarah Informasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussel, Belgium.
Ini diikuti sebagai Duta Besar Jerman di Algeria pada tahun 1987 dan pada tahun 1990 beliau berpindah ke Maghribi sebagai Duta Besar Jerman untuk tempoh empat tahun.
Buat pertama kali hatinya tersentuh terhadap Islam ketika bertugas sebagai atase di kedutaan Jerman di Algeria pada tahun 1961. Ketika itu sedang berlaku perang gerila antara tentera Perancis dengan tentera Algeria, Algerian National Front (ANF) yang berjuang untuk kemerdekaan negara itu.
Beliau menyaksikan sendiri kekejaman dan pembantaian massa yang dialami oleh rakyat Algeria.
Menurutnya, setiap hari hampir berpuluh penduduk dibunuh dari jarak dekat, hanya kerana mereka berbangsa Arab atau kerana berbicara mengenai tuntutan kemerdekaan.
"Saya menyaksikan kesabaran dan ketabahan penduduk Algeria yang menghadapi penderitaan yang sangat ekstrem. Kepatuhan mereka yang tinggi selama bulan Ramadan, keyakinan diri bahwa mereka pasti merdeka dan juga rasa perikemanusiaan mereka di tengah penderitaan yang dialaminya sendiri.
"Saya selalu penasaran bagaimana penduduk Algeria masih begitu disiplin, meskipun mereka menderita lalu saya temui bahawa agama merekalah, iaitu Islam yang menjadikan mereka kuat seperti itu.
"Kerana itu, saya lantas membaca kitab suci mereka, al-Quran yang sehingga kini saya tidak pernah berhenti membacanya," tambah Hofmann.
Pertanyaan lain yang selalu bermain difikirannya, bagaimana tuhan berkomunikasi dengan manusia bagi membolehkan manusia itu dapat dibimbing oleh-Nya.
Ini membuat beliau mengakui perlu adanya wahyu. Tetapi manakah yang lebih benar, kitab suci Yahudi, Kristian atau Islam?
Lalu yang dipilih dengan tepat oleh Hofmann adalah wahyu Islam berupa kata-kata Allah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.
"Ini kerana seorang Muslim yang hidup di dunia ini tanpa perlu ada pendita dan tanpa hierarki keagamaan. Ketika berdoa, mereka tidak berdoa melalui sesiapa kecuali dirinya sendiri bersemuka terus kepada tuhan sebagai seorang umat yang benar-benar bebas untuk berhubung terus dengan tuhan.
"Dan ini adalah agama yang bebas dari misteri," katanya yang memeluk Islam pada 25 September 1980.

Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium



KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.



JANTHO, Indonesia - Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium.
"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi.
Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.
Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.
Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. - AFP

Pengasas WikiLeaks pindah ke bilik penjara lain



SEORANG wanita memegang poster yang mempunyai mesej bagi meminta pembebasan Julian Assange di Melbourne, Australia semalam.



LONDON - Polis Britain semalam memindahkan pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange ke unit pengasingan di penjara Britain kerana faktor keselamatan.
Seorang peguamnya, Jennifer Robinson berkata, warga Australia berusia 39 tahun itu dipindahkan dari bahagian utama penjara Wandsworth di sini ke unit isolasi.
"Pihak berkuasa penjara memindahkan Assange dipercayai kerana untuk menjaga keselamatannya," kata Robinson.
Assange akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini buat kali kedua pada Selasa depan setelah dia ditangkap menggunakan waran tangkap oleh pihak berkuasa Sweden kerana didakwa merogol dan mencabul dua wanita.
WikiLeaks bagaimanapun menegaskan, dakwaan tersebut bermotifkan politik kerana laman web itu telah mencetuskan kemarahan Washington dan kerajaan di serata dunia ekoran ia mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, Robinson mengadu bahawa Assange tidak diberi kemudahan untuk tujuan rekreasi di penjara dan sukar untuk membuat panggilan telefon ke luar penjara.
Assange yang merupakan seorang bekas penggodam komputer, turut tidak dibenarkan memiliki komputer riba di penjara, tetapi peguam-peguamnya mengemukakan permintaan supaya dia dibenarkan memilikinya.
Ekoran penahanannya, beberapa tunjuk perasaan diadakan di negara kelahirannya, Australia dan di AS bagi menyatakan sokongan ke atasnya yang membocorkan banyak maklumat mengenai AS.
Dalam pendedahan terbaru laman itu, Myanmar dikatakan mempunyai program rahsia nuklear.

Jumaat, 10 Disember 2010

GAMBAR PROTON ASEELAH | Gabungan Persona Dengan Satria Neo



















Proton Aseelah ? 
 Gabungan Persona Dengan Satria Neo

Proton Aseelah adalah satu model misteri yang diperoleh dari sumber website Nissan Arabia.
Belum ada info lagi Proton melakukan usahasama dengan syarikat Arab ni, 
mungkin mereka suka melihat jika Persona dan Satria Neo digabungkan. 
Hasilnya adalah ‘Aseelah’ seperti gambar di atas.



تم إبتعاث 11مهندساً سعودياً إلى شركة بروتون في ماليزيا ليتدربوا على تصميم السيارات, وكانت هذه “الأصيلة” هي نتاج أشهر من الدراسات والتدريب والعمل, وتمّ خلال هذه الفترة إعادة تصميم بعض أجزاء السيارة من الخارج والداخل وتطويرها, وتعتبر هي الخطوة الأولى لخطة مشروع نقل تقنية السيارات إلى السعودية.
11 engineer saudi telah dihantar ke syarikat Proton Malaysia untuk mendapat latihan mendesign kereta. “Aseelah” ini adalah hasil setelah beberapa bulan pembelajaran, latihan dan amali . Dalam tempoh itu mereka telah berjaya mendesign semula sebahagian part kereta daripada luar dan dalam dan meningkatkannya. Ini diperkirakan sebagai peringkat permulaan dalam Projek pemindahan teknologi pembuatan kereta kepada Saudi.
 50 ribu riyal

* showcase student Universiti di Riyadh yang dapat scholarship kerjaan Saudi sambung belajar di proton malaysia.


PROTON HORSE POWER
wink wink
sumber:-ahfat raksasa

Perang penggodam WikiLeaks



SKRIN laman MasterCard.com yang digodam oleh penggodam kelmarin.



LONDON - Perang penggodam antara kumpulan pro-WikiLeaks dengan anti-WikiLeaks semakin meluas dengan mangsa terbaru melibatkan sebuah akhbar di Lebanon semalam.
Sebelum ini, laman MasterCard dan Visa digodam oleh kumpulan pro-WikiLeaks.
Kumpulan itu menyokong pengasas laman WikiLeaks yang membocorkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Internet. Julian Assange kini ditahan di Britain atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.
"Kami berasa gembira untuk memberitahu anda bahawa http://www.mastercard.com/ kini tidak berfungsi dan ia disahkan," kata satu mesej di laman Twitter yang dihantar sebuh kumpulan dikenali sebagai AnonOps.
Kumpulan itu menentang sekatan dan tapisan maklumat.
Laman Visa tidak berfungsi pada Isnin lalu di AS dan kumpulan yang sama bertanggungjawan melakukan penggodaman itu.
Bagaimanapun, urusan penggunaan kedua-dua kad itu tidak terjejas.
Sumber-sumber memberitahu agensi berita Reuters bahawa WikiLeaks akan mendedahkan laporan mengenai suspek militan yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo.
Sementara itu, pihak berkuasa pendakwa raya Sweden yang mengeluarkan waran tangkap Assange menyatakan pihaknya telah membuat aduan kepada polis berhubung serangan siber.
Sementara itu, laman web akhbar Al-Akhbar semalam turut digodam selepas ia menyiarkan maklumat rahsia kabel diplomatik AS yang dibocorkan WikiLeaks.
Akhbar itu mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Hezbollah.
Seorang editor akhbar itu, Omar Nashabe berkata, serangan itu adalah yang paling serius sejak akhbar tersebut diwujudkan pada 2006. - Agensi

Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond



BEBERAPA orang bekerja di bilik bawah tanah WikiLeaks di Stockholm, Sweden.



STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.
Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.
Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.
Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.

PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman WikiLeaks di Stockholm, Sweden.


Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.
Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.
Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.



Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.
Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.
Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.
Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi

Khamis, 9 Disember 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...