.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Jumaat, 5 Oktober 2012

32 Rahsia Besar Israel Lakhnatullah





Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.

1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar ‘dana’ kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?

sumber:- disini

Rabu, 3 Oktober 2012

freemason di malaysia?

Tahukah Anda Lokasi Freemason di Malaysia ?



Logo Freemason (Secret Society Yahudi Sejak 1746)
Assalamu'alaikum.
Saya yakin ramai pembaca blog ini sudah mengetahui perkara berkaitan Freemason iaitu sebuah pertubuhan Yahudi yang ditubuhkan hasil manifestasi daripada penemuan buku-buku sihir didalam bilik bawah tanah Masjid al-Aqsa. Akibat tentangan hebat daripada Raja-raja di Eropah pada ketika itu, golongan penyembah Syaitan (Satan) ini telah menjalankan satu konspirasi seperti yang tercatit di dalam buku-buku sejarah sekarang, iaitu 'Revolusi' atau 'Renaisance'. klikdi sini

Secara ringkas, revolusi ini telah berjaya menjatuhkan sistem pemerintahan beraja di Eropah. Walau bagaimanapun, masih terdapat negara di Eropah yang mempunyai Sistem Beraja. Antara yang paling menyerlah ialah United Kingdom (namanya saja sudah hampir membawa maksud New World Order@One World Government). Mengapa UK berjaya mengekalkan Sistem Berajanya? klik di sini

Sekitar tahun 1800, para pemerintah kerajaan England dikatakan telah mengamalkan 'sembahan syaitan'. Ini berikutan penemuan beberapa terowong bawah tanah yang dipercayai dijadikan lodge 'ritual' pertubuhan penyembahan syaitan ini. Jika dilihat dari pemakaian, kebanyakan pemerintah Inggeris ini adalah terdiri daripada golongan profesional, namun disebaliknya...

George Washington

Penemuan tersebut pernah disiarkan di History Channel. Jika UK ialah 'pusat kewangan' tentera Dajjal atau lebih tepat lagi bangsa Yahudi, Amerika pula ialah 'pusat politik-ketenteraan' bagi mereka. Buktinya, Presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington juga merupakan Presiden Freemason yang pertama.

Tidak hairanlah sekiranya sektor perniagaan di UK dikuasai oleh Yahudi, manakala bidang ketenteraan dan politik dunia yang dikuasai oleh Amerika sebenarnya dikuasai oleh Yahudi dibalik tabir.

Tahukah anda Freemason sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam perancangan penubuhan negara bangsa Malaysia. (klik di sini, di sini, di sini, di sini) Ini bermula apabila Dajjal yang gemar merantau ke seluruh dunia bagi tujuan mempelajari selok belok sesuatu kaum itu telah menemui suatu kaum yang hebat terutama dalam bidang pelayaran dan pertahanan. Puak Dajjal dan Yajuj Majuj ini amat takut dengan suatu bangsa dari 'Timur' kerana dari arah 'Timur'lah akan munculnya 'Panji Hitan Dari Timur' yakni bala tentera yang sebaik-baik tentera.

Masihkah anda ingat tentang peristiwa pembunuhan 'keturunan Rasulullah' yang dilakukan oleh golongan Wahabi di Arab Saudi suatu ketika dahulu? Selepas peristiwa itu, ramai keturunan Rasulullah yang berhijrah ke Malaysia dan Indonesia. Ini kerana, pada ketika itu keadaan di negara-negara Islam yang lain seperti Turki (jatuh ke tangan Mustapha Kamal Ataturk), Palestin, Pakistan, Iran mahupun Mesir amatlah tidak mengizinkan keturunan-keturunan Rasulullah ini berhjihrah ke sana. Dan satu-satunya tempat yang sedikit aman pada ketika itu ialah sebuah rantau di bahagian Timur yakni Alam Melayu. klik di sini

Diringkaskan fakta, Freemason telah merancang untuk membina sebanyak mungkin pangkalan-pangkalan tentera Dajjal (Kafir) di seluruh dunia. Lihatlah bagaimana Amerika menghantar kapal tentera USS George Washington untuk persiapan perang menghadapi satu-satunya negara Timur jauh yang degil untuk akur pada 'ideologi bodoh' Yahudi seperti One World Government.

Pangkalan Tentera Amerika di seluruh dunia

Di bawah ini, saya sediakan beberapa bahan-bahan yang berkaitan untuk renungan bersama. Kepada anak-anak Melayu yang 'sekular' dan masih terkena penyakit al-Wahn, saya doakan agar Allah SWT membuka pintu hati anda.
Klik pada gambar untuk besarkan

Posisi Freemason- Dalam carta di atas "Secret Society" terdapat dalam Carta organisasi Illuminati. Di Malaysia Rotary Club, Lion Club dan lain-lain club di bawah negeri-negeri-negeri juga dibawah Freemason. Di Perak, pengurusi Lion Club dan Rotary Club ialah seorang daripada kerabat diRaja negeri. klik di sini


Lodge Freemason di Penang

Lodge Freemason di Kedah
Lions Club di Kuala Krai
Lodge Freemason di Ipoh

Mosonic Hall Jalan Junid, Muar

Kuching, Sarawak.

Lihat juga gambar dibawah. Berikut adalah hasil pencarian di Google Maps. Rasanya ini bangunan apa? Mula-mula, saya juga tidak pasti gambar yang saya lihat di internet itu sama ada benar atau tidak. Jadi setelah dibantu oleh mesin pencarian buatan Yahudi ini sendiri, Google Maps telah menjawap 1001 pertanyaan saya. Rasanya bentuk bangunan ini ada kena-mengena atau tidak dengan logo Freemason? Mula-mula obelisk di Putrajaya, kemudian Pusat Konvensyen Putrajaya yang dikatakan menampilkan bentuk mata Dajjal (Illuminati). Kepada pengkritik, bukalah mata dan lapangkan minda anda sebelum memberi NASIHAT KOSONG kepada penulis. Ingatlah, anda sedang membaca sebuah artikel berkaitan 'KONSPIRASI YAHUDI'. Usah biarkan hidup anda diselubungi konspirasi!
Alamanda Putrajaya

sumber disini
 

Selasa, 25 September 2012

yuna-Kritik Bukan Membenci, Tapi Kritik Kerana Sayang...


Ramai Yang Membidas Penampilan Terbaru Yuna Ini... Kata Mereka, Semakin Hebat Di Pentas Antarabangsa, Semakin Hebat "Fesyen"nya... Persoalannya, Sesuaikah Imej Ini Dengan Imej Wanita Yang Berhijab?... Jawapannya Ada Ditangan Anda... Cover Majalah Terbaru In-Trend Yang Menjadikan Yuna Sebagai Covernya..... Sekadar Renungan...
sumber:- disini

Ahad, 22 Julai 2012

Jumaat, 20 Julai 2012

SIAPAKAH SEBENARNYA : MUSTAPHA KAMAL ATTATURK !!!

Lepas BACA tolong SHARE , ramai lagi yang belum mengetahui perkara ini.

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Rabu, 20 Jun 2012

buat seorang yang bergelar isteri....

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)" Riwayat Ahmad.

Ahad, 10 Jun 2012

Jumaat, 8 Jun 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


) 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Ahad, 20 Mei 2012

Buat Wanita Islam.renung-renung kan bersama.....


Selasa, 8 Mei 2012

yahudi ooohhh yahudi.....

Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..

KAN ADA buah kurma buah delima semua tu air yg bagus di buat minuman...cuka kurma ape lagi nak? KITA ADA NABI....KITA ADA QURAN IKUT DAPAT PAHALA DAPAT KHASIAT nah...pk pk la wahai diri sendiri dan ibu2 bapa2 dan semua la baik lelaki mahupon wanita... selamat beramal...setting balik program kita buang pemikiran yahudi ni...
sumber:-disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...