Terbaru, proton telah mengumumkan akan membangunkan sebuah model Persona berasaskan kepada salah satu kereta konsep sepertimana yang telah dipamerkan pada KLIM 2010. Namun, model yang mana satu, tidak pula dinyatakan oleh pihak Proton.
Apa yang pasti adalah, tekaan semua pasti akan merujuk kepada model Proton Tuah. Kenapa? Jika dilihat, semalam Proton telah melancarkan model Saga terbaru iaitu Saga FL (Facelift). Saga FL direalisasikan dari model Kasturi,
Baru-baru ini juga, Proton telah melancarkan Proton Inspira yang mana ianya telah diambil dari kereta konsep Jebat. Jadi, model yang tinggal hanyalah TUAH, LEKIR dan LEKIU..
Adakah mungkin LEKIR dan LEKIU akan diangkat menjadi PERSONA “R”? Tak mungkin bukan, jadi sewajarnya adalah model TUAH yang akan diangkat menjadi PROTON PERSONA “R”.
Sebentar tadi, Buletin 1.30 dan buletin utama ada menyiarkan berita mengenai ini, dan desas desus tersebut nampaknya semakin terungkap. Ikuti berita di bawah :
Jika benarlah Proton akan membangunkan TUAH menjadi PERSONA “R”, ianya pasti akan menggembirakan hati peminat proton. Ini kerana TUAH merupakan salah satu model yang berjaya menarik minat dengan rekabentuknya yang “lain” dari acuan PROTON walaupun terdapat sedikit iras dari Naza Forte.
Apapun, dengar khabarnya, enjin PERSONA “R” akan dipertingkatkan dengan menggunakan enjin Campro Turbo. Apapun, tarikh pelancaran PERSONA “R” adalah pada tahun 2012. Jika pihak Proton dapat merealisasikannya pada 2011 adalah lebih baik.
p/s-perghhh turbo tu...ermmm bleh mkn vtec tak hahahahaha
2 comments:
malaysia boleh!hihi
yuppp btl tu!!!!
Catat Ulasan