.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
Thursday, December 2, 2010 PROTON PAHLAWAN SERIES PROTON TUAH kereta konsep, kemungkinan besar ini adala...
-
PROTON TUAH ADALAH PROTON PERSONA “R”! pertama sekali jika anda belum lagi melihat model-model kereta konsep proton yang saya gelark...
-
aku ni baru lg wat blog nii..so tak tau apa nak tulis...
-
Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan... Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu... Andai se...
-
C adbury adalah syarikat manisan diasaskan di British. Ia merupakan industri kedua terbesar, selepas produk gabungan Mars dan Wrigley. ...
-
K OTA BHARU: Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorha...
-
Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perk...
-
APABILA dilontarkan soalan mengenai urutan nama-nama bulan Islam kepada 10 anak muda kini, tidak mustahil sembilan daripada mereka ter...
-
Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari...
-
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi ...
Sabtu, 11 Disember 2010
Setiap hari baca al-Quran-Dr Murad Willfried Hofmann
Al-Quran adalah kitab yang penuh hikmah dan petunjuk untuk seluruh umat manusia. Ia juga adalah mukjizat yang dijamin terpelihara sehingga hari kiamat.
"Keajaibannya tidak pernah berakhir dan sangat sesuai untuk segala tempat dan waktu," demikian kata seorang bekas diplomat Jerman, Dr. Murad Willfried Hofmann.
Justeru, Hofmann, 79, tidak pernah berhenti membaca al-Quran kerana baginya kitab suci itu selalu memberikannya jawapan-jawapan yang sempurna.
Beliau adalah pemenang Anugerah Personaliti Islam Terbaik Tahun 2009 yang disampaikan di Majlis Penghargaan Kitab Suci al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) tahun lalu.
Bagi Hofmann anugerah yang diterima itu adalah penghargaan dan penghormatan yang sangat tinggi bagi dirinya dan seluruh Muslim di Eropah dan dunia Barat.
"Ini merupakan isyarat baik bagi lebih 30 juta umat Islam di Eropah. Hal seperti ini membuktikan bahwa Muslim di seluruh dunia adalah satu bangsa," katanya mengenai anugerah yang diterima pada 10 September 2009 itu.
Hofmann dilahirkan dalam keluarga katolik di Aschaffenburg Jerman pada tahun 1931. Setelah lulus dari Union College di New York, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Munich, Jerman sehingga ke tahap doktor falsafah dalam bidang undang- undang pada tahun 1957. Ini diikuti pada tahun 1960, Hofmann mendapat gelaran LL.M dari Universiti Harvard.
Dalam aspek kerjaya terutamanya dari tahun 1983 hingga 1987 beliau merupakan Pengarah Informasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussel, Belgium.
Ini diikuti sebagai Duta Besar Jerman di Algeria pada tahun 1987 dan pada tahun 1990 beliau berpindah ke Maghribi sebagai Duta Besar Jerman untuk tempoh empat tahun.
Buat pertama kali hatinya tersentuh terhadap Islam ketika bertugas sebagai atase di kedutaan Jerman di Algeria pada tahun 1961. Ketika itu sedang berlaku perang gerila antara tentera Perancis dengan tentera Algeria, Algerian National Front (ANF) yang berjuang untuk kemerdekaan negara itu.
Beliau menyaksikan sendiri kekejaman dan pembantaian massa yang dialami oleh rakyat Algeria.
Menurutnya, setiap hari hampir berpuluh penduduk dibunuh dari jarak dekat, hanya kerana mereka berbangsa Arab atau kerana berbicara mengenai tuntutan kemerdekaan.
"Saya menyaksikan kesabaran dan ketabahan penduduk Algeria yang menghadapi penderitaan yang sangat ekstrem. Kepatuhan mereka yang tinggi selama bulan Ramadan, keyakinan diri bahwa mereka pasti merdeka dan juga rasa perikemanusiaan mereka di tengah penderitaan yang dialaminya sendiri.
"Saya selalu penasaran bagaimana penduduk Algeria masih begitu disiplin, meskipun mereka menderita lalu saya temui bahawa agama merekalah, iaitu Islam yang menjadikan mereka kuat seperti itu.
"Kerana itu, saya lantas membaca kitab suci mereka, al-Quran yang sehingga kini saya tidak pernah berhenti membacanya," tambah Hofmann.
Pertanyaan lain yang selalu bermain difikirannya, bagaimana tuhan berkomunikasi dengan manusia bagi membolehkan manusia itu dapat dibimbing oleh-Nya.
Ini membuat beliau mengakui perlu adanya wahyu. Tetapi manakah yang lebih benar, kitab suci Yahudi, Kristian atau Islam?
Lalu yang dipilih dengan tepat oleh Hofmann adalah wahyu Islam berupa kata-kata Allah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.
"Ini kerana seorang Muslim yang hidup di dunia ini tanpa perlu ada pendita dan tanpa hierarki keagamaan. Ketika berdoa, mereka tidak berdoa melalui sesiapa kecuali dirinya sendiri bersemuka terus kepada tuhan sebagai seorang umat yang benar-benar bebas untuk berhubung terus dengan tuhan.
"Dan ini adalah agama yang bebas dari misteri," katanya yang memeluk Islam pada 25 September 1980.
Labels:
al-quran,
Dr Murad Willfried Hofmann,
islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan