SHAH ALAM - Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam
Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengajian tinggi itu
selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri
Najib Razak di ibu pejabat Umno bulan lalu.
Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
Adam Adli ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu, beliau
dimaklumkan keputusan itu pada sesi pendengaran kes ke atasnya petang
ini.
"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya
digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan
diumumkan sekitar 4.30 petang."
Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang
kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah
menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.
"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.
Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu,
sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario
politik) di negara ini."
"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.
Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan
peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang
dikenakan.
"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang
menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk
menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi
amaran.
Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan
bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala
Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dijadual dipanggil menghadap panel
disiplin ekoran penglibatannya dalam demonstrasi di hadapan Upsi awal
pagi 1 Januari lalu.
dan ini pula jawapan adam adli psl kes ni yg dipetik dr twitter beliau
p/s:-sabar adam adli..klu berjuang kena ada pengorbanan...ramai lg berdiri yg menyokong dr belakang...go!adam adli!...we are all adam adli!!!!setahun penjara mkn rasuah???mcm penah dgr tu hahahahaha
1 comments:
saya memang respect kpd org2 yg berani dan tegar terhadap perinsip mereka. Cuma tulah, selagi kita hidup di muka bumi ini selagi itu keadaan begini akan sentiasa berulang sebab tidak akan wujud kerajaan yang bersih, suci murni, selain masa pemerintahan Rasulullah dan kerajaan yang akan muncul selepas turunnya Nasi Isa a.s.
Catat Ulasan