Umur: 26
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both
Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan
kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan
ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani
sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan.
Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia
yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan
Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi
cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang
penting, iainya segar!
Melihat keghairahan Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa
jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan
mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang
disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani
berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan.
Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan
anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam
hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau
tidak kepada keluarga tercinta.
Menguruskan perniagaan katering sendiri merupakan impian Ezani yang
masih belum tercapai. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama
kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam
penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi.
p/s:- tahniah wat izani...aku ingat wahidan memang semalam...takpe dua2 mmg profesional...
0 comments:
Catat Ulasan