KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang
mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita
itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung
kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana
dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan
kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan
bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel
kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.
Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing
biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara
di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat
suntikan itu pada 5 Ogos 2011.
Mengimbas sebelum kejadian, Mandy berkata, dia yang mahu kulit halus
mula terpengaruh untuk melakukan rawatan mencantikkan kulit dengan pakej
suntikan uri kambing biri-biri ketika mengunjungi pameran di sebuah
pusat beli-belah di Kota Damansara.
Produk uri kambing biri-biri itu didakwa dari New Zealand.
Selepas mengunjungi pusat kosmetik itu, Mandy yang berunding dengan
seorang pakar kecantikan di situ ditawarkan supaya melakukan suntikan
uri kambing biri-biri bagi mendapat kulit yang mulus.
Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju
menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan
sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing
biri-biri.
p/s:- perghh dah cantik nak cantik lg...nasib baik tak ilang bontot sebelah hahahahha....dunia ooo dunia.....
0 comments:
Catat Ulasan