Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa.
Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud
"Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang,
bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi
resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum
digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan
berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama
tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit
yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika
dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2
setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan
telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan.
Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia
bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak
sukar untuk diperhati dan dikaji.
Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal
). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia.
THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian
badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik
(sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus
yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah
laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada
reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika
dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja
dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada
reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal
pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah
punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos.
0 comments:
Catat Ulasan