SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah
di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut
supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih
ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu
selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.
Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor
Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy
bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet
ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra,
Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar
melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas
BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya
untuk bersama pada hari itu.
“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu
dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk
berkahwin.
“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana
Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia
juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa
wayar,” dakwanya.
Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk
menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober
2010.
Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek,
pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia
menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.
0 comments:
Catat Ulasan