.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail ...
-
3 Soalan 1 Penampar... Jawapan dengan Tamparan... Pemuda : Anda siapa Dan b olehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Imam : ...
-
hasil keje zulhilmi@pakwe anis hahahahah.... thanks bro... akhir nye siap juga pic aku... susah kot nak skecth gambar ni.. tu yg lama tungg...
-
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam kea...
-
C adbury adalah syarikat manisan diasaskan di British. Ia merupakan industri kedua terbesar, selepas produk gabungan Mars dan Wrigley. ...
-
LAMAN web WikiLeaks menyiarkan gambar pengasasnya, Julian Assange di skrin sebuah komputer pada 4 Disember lalu di Lausanne, Switzerland. ...
-
Pembunuhan Beramai-Ramai Holocaust merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beb...
-
Bismillahhirrahmannirrahim .. (( Gambaran Saiz Baju Nabi Adam as)) Sabda Rasullulah SAW: “Allah menciptakan adam dengan tingg...
Isnin, 14 November 2011
genki seven malaysia
LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.
Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.
“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.
“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.
Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.
Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.
Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.
Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.
“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.
p/s:- geng apa plak ni...baru punya ke?dari jepun ke?kongsi gelap ke?gangster ke? ada sesiapa ada maklumat bleh kongsi.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan