Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni,
seorang Ustaz yang paling yang terkenal buat masa ini terutama di
kalangan anak-anak muda.
.
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir.
.
Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar
Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca
sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang
dipetik dari Facebook
.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar
Kuala Terengganu �band boy�. Dan sempat membuat beberapa persembahan di
stadium-stadium.
.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz
menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan
muzik bukannya untuk mencari glamor.
.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara
berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu
malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu
bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk
merasmikan program berbasikal.
.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala
Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun
1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai
mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama
secara bersungguh-sungguh.
.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar
agama kerana kawan baiknya seorang ketua �Punk� menghilang diri selama 5
tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat
ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa
kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi
sepertinya juga
sumber:- disini
0 comments:
Catat Ulasan