Satu peceritaan dan kisah yang sangat menyentuh hati sekalian pendengar
dan penontonnya. Ayuh, sama-sama hayatinya. Sollu A'la Nabiy...Sayangi
Rasulullah SAW
.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
2.66 juta orang kunjungi pameran MAHA 2010 Oleh ZULKIFLI MANZOR zulkifli.manzor@kosmo.com.my PENGERUSI Marditech Corporation Sdn. Bhd., T...
-
AZAB WANITA by -Tok Wan on Thursday, October 28, 2010 at 3:24am Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal) ...
-
apa pendapat korang semua...pelik atau tidak....gambar ni aku amik sendiri sewaktu beraya di rumah kawan..pada aku gambar ni biasa aje...bia...
-
MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah neg...
-
1) Devil May Cry 3 KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemain...
-
PARA pelajar akan dapat belajar pendidikan seks secara sistematik apabila mata pelajaran itu diajar secara berasingan pada 2011. - Gambar ...
-
SKRIN laman MasterCard.com yang digodam oleh penggodam kelmarin. LONDON - Perang penggodam antara kumpulan pro-WikiLeaks dengan anti-W...
-
aduhhhhh apa nii naik lagi minyak petrol....ron95 plak tu...ala yg kuning dan murah tu...sakit jiwa woiiiiiii...apa nak jadi niiii...pas n...
-
Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan m...
Rabu, 25 Januari 2012
Ahad, 15 Januari 2012
Gambar Seksi Rozita Che Wan
“Saya
mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya
hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’
sesiapa,”. “Saya
hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir
di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari
jadi, bukan kenduri kahwin.
Rozita
berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada
yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.
“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.
“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya. -METRO-
p/s:-aduhh bkn tersinggung dah ni..silap2 bleh tersadung aku tgk hahaha... dah lah kak rozita ye...dah berumur....bila nak berubah????? apa2 pun sendiri wat sendiri tangung...dose pon masing2 kan...kan...kan....
Sabtu, 14 Januari 2012
Ally Iskandar dan Farah Lee
Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya
bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.
“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.
“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.
“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.
Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.
Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.
“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Bahana suntikan uri kambing kerana mahu cantik
KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang
mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita
itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung
kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana
dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan
kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan
bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel
kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.
Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing
biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara
di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat
suntikan itu pada 5 Ogos 2011.
Mengimbas sebelum kejadian, Mandy berkata, dia yang mahu kulit halus
mula terpengaruh untuk melakukan rawatan mencantikkan kulit dengan pakej
suntikan uri kambing biri-biri ketika mengunjungi pameran di sebuah
pusat beli-belah di Kota Damansara.
Produk uri kambing biri-biri itu didakwa dari New Zealand.
Selepas mengunjungi pusat kosmetik itu, Mandy yang berunding dengan
seorang pakar kecantikan di situ ditawarkan supaya melakukan suntikan
uri kambing biri-biri bagi mendapat kulit yang mulus.
Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju
menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan
sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing
biri-biri.
p/s:- perghh dah cantik nak cantik lg...nasib baik tak ilang bontot sebelah hahahahha....dunia ooo dunia.....
Labels:
info
Jumaat, 13 Januari 2012
Hattan Bercerai
Desas-desus
mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso
Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya
terjawab.
Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.
Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.
Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.
Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.
Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.
Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Diana Amir jawab isu berkemban dalam filem Keramat
Pelakon Diana Amir menjawab isu yang membabitkan aksi berkemban melalui
filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.
Beliau yang kini telah berhijrah dengan menggayakan tudung menjelaskan, lakonan tersebut telah dirakamkan sebelum beliau mengambil keputusan untuk beralih arah mengenakan pakaian muslimah.
Mengakui rasa kesal dengan aksi melalui filem terbabit, Diana Amir turut mendakwa beliau kini bukan sahaja telah mengubah dari segi penampilan semata-mata, malah ideologi dan tindakan juga memberi peransang kepada dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih terjerumus ke arah kerohanian.
"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.
"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah.
Begitu jugalah saya. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui wartawan Murai selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade baru-baru ini.
Filem keluaran Metrowealth arahan David Teo itu menampilkan aksi Diana Amir sebagai seorang wanita yang memegang watak menggoda.
Turut membintangi filem tersebut Azahari Zain, Rebecca Nur Islam dan Zul Handy Black.
Diana Amir sebelum ini telah mengambil langkah untuk bertudung secara mengejut setelah didakwa mendapat alamat mimpi seolah-olah berlakunya Hari Kiamat.
"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.
"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.
"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.
Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.
"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan.

p/s:- sabar2 ye diana amir aku sokong ko heheheheheh
Labels:
hiburan
Askar AS kencing mayat orang Islam
WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan
perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video
menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu
mula tersebar di Internet.
Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.
Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata "semoga bergembira, kawan" kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.
Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.
Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.
"Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang," menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.
Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka.

dunia
Rabu, 11 Januari 2012
Perarakan dunia untuk Baitulmaqdis
AMMAN – Delegasi dari 15 negara merancang mengadakan perarakan di
seluruh dunia pada 30 Mac depan sebagai tanda sokongan terhadap bandar
Baitulmaqdis.
Wakil negara yang bermesyuarat di Amman, Jordan itu membincangkan mengenai usaha sama untuk menganjurkan perarakan besar-besaran menuntut rejim Israel menamatkan aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk asal Palestin di bandar suci itu.
Kesemua 15 negara yang menghadiri mesyuarat itu menggesa orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai perarakan itu di negara masing-masing pada tahun depan.
Diadakan secara serentak di seluruh dunia, perarakan itu akan turut disertai tiga negara Arab yang berjiran dengan Palestin selain di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perarakan ini, Zaher Berawi berkata, perarakan tahun depan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah demonstrasi pro-Palestin.
“Ia akan menjadi usaha antarabangsa untuk menyampaikan mesej kepada Israel dan sekutunya bahawa kesabaran dunia terhadap pencabulan Zionis ke atas Baitulmaqdis telah sampai ke kemuncak,” katanya.

5 angkatan tentera paling dahsyat di dunia
5. Kopassus(indonesia)
4. Sayeret Matkal(israel)
3. The Kaibiles (Guatemala)
2. Alpha Group (rusia)
1. U.S. Navy SEALs
Labels:
info
Selasa, 10 Januari 2012
Cadbury dicipta penjual teh, kopi
Cadbury adalah syarikat manisan diasaskan di British. Ia merupakan
industri kedua terbesar, selepas produk gabungan Mars dan Wrigley.
Cadbury beribu pejabat di Cadbury House di Uxbridge Business Park,
England.
Sejarah Cadbury bermula pada tahun 1824 iaitu, apabila John Cadbury, seorang penjual minuman teh dan kopi berasal dari Bull Street di Birmingham, England berjaya mencipta minuman kokonya sendiri.
Semenjak itu, John terus memberi tumpuan terhadap penghasilan minuman koko dan coklat. Produk tersebut dihasilkan di kilangnya di Bridge Street.
Ia dikendalikan secara perkongsian bersama saudara lelakinya, Benjamin. Syarikat atas nama Cadbury Brothers Birmingham kemudian diwujudkan. Produk minuman coklat pada ketika itu dicipta untuk golongan kaya sahaja kerana kos pengeluarannya tinggi.
Dua saudara itu, kemudian berhijrah ke London pada tahun 1854, setelah menerima perkenan diraja sebagai pengeluar coklat dan koko untuk Ratu Victoria. Sekitar tahun 1850-an, pengurangan cukai import terhadap koko diberikan sekali gus, memberi peluang kepada rakyat turutuntuk menikmati keenakan coklat.
Antara produk yang laris adalah Cadbury Cocoa Essence. Syarikat akhirnya menamatkan operasi perdagangan teh pada tahun 1873 dan memberi fokus kepada industri coklat. Pada masa sama, pakar pembuat manisan, Frederic Kinchelman dilantik sebagai rakan kongsi. Gabungan itu membawa kepada perkongsian resipi dan rahsia pengeluaran Cadbury.
Pada 1878, anak lelaki John Cadbury iaitu Richard dan George mengambil alih syarikat, selepas persaraan bapanya pada tahun 1861 dan kejayaan demi kejayaan ditempa hingga kini.

Israel bakal hilang taring
Beliau mengeluarkan kenyataan tegas itu di sebuah stadium di Tunis yang turut dihadiri penyokong revolusi untuk membebaskan penduduk Palestin dari cengkaman Israel.
“Israel tidak lagi mempunyai sekutu kuat di Mesir dan Tunisia. Masa telah berubah mengikut gelombang revolusi kebangkitan rakyat yang sehingga kini gigih berjuang mempertahankan hak dan maruah mereka daripada terus ditindas,” menurutnya.
Dalam satu kenyataan, Haniyeh turut menggesa seluruh rakyat Tunisia berganding bahu membina semula keamanan dan kestabilan di Timur Tengah serta tidak mengiktiraf Israel.
Sementara itu, perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilihat seperti takut dengan kebangkitan Palestin telah mengumumkan kerajaan akan menambah 3 bilion shekel (RM2.5 bilion) dalam bajet pertahanan yang dicadangkan Oktober lalu, kononnya selepas menilai tahap ancaman dari negara luar terutamanya Iran.
Upsi gantung Adam Adli tiga semester
SHAH ALAM - Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam
Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengajian tinggi itu
selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri
Najib Razak di ibu pejabat Umno bulan lalu.
Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
Adam Adli ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu, beliau
dimaklumkan keputusan itu pada sesi pendengaran kes ke atasnya petang
ini.
"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya
digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan
diumumkan sekitar 4.30 petang."
Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang
kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah
menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.
"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.
Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu,
sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario
politik) di negara ini."
"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.
Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan
peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang
dikenakan.
"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang
menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk
menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi
amaran.
Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan
bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala
Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dijadual dipanggil menghadap panel
disiplin ekoran penglibatannya dalam demonstrasi di hadapan Upsi awal
pagi 1 Januari lalu.
dan ini pula jawapan adam adli psl kes ni yg dipetik dr twitter beliau
p/s:-sabar adam adli..klu berjuang kena ada pengorbanan...ramai lg berdiri yg menyokong dr belakang...go!adam adli!...we are all adam adli!!!!setahun penjara mkn rasuah???mcm penah dgr tu hahahahaha
Labels:
info
Latihan untuk pengawal peribadi wanita
SANYA, China - Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita.
Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya.
Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama.
Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh
bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan
pelanggan mereka.
Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk
menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. -
Reuters
Labels:
dunia
Isnin, 9 Januari 2012
virus serang facebook
MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di
Eropah telah diserang virus ramni sehingga menyebabkan mereka terpaksa
menukar kata laluan secara serta-merta.
Sementara itu, agensi keselamatan siber, vendorSeculert melaporkan puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama dan kata laluan mereka.
Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat dengan mudah melalui serangan virus itu.
Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara tiba-tiba pada halaman mereka.

keranda pelik
ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?
Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.
Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.
Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.
Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.
Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.
Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.

p/s:-- rakyat malaysia terutama yg berugama islam jgn berangan nak keranda camni ye...ingat kat kat tuhan skit....
Labels:
info
juara masterchef malaysia - Izani Farhana Binti MD Monoto
Umur: 26
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both
Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan
kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan
ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani
sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan.
Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia
yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan
Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi
cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang
penting, iainya segar!
Melihat keghairahan Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa
jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan
mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang
disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani
berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan.
Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan
anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam
hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau
tidak kepada keluarga tercinta.
Menguruskan perniagaan katering sendiri merupakan impian Ezani yang
masih belum tercapai. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama
kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam
penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi.
p/s:- tahniah wat izani...aku ingat wahidan memang semalam...takpe dua2 mmg profesional...
Labels:
hiburan
Sabtu, 7 Januari 2012
Teh Syuhada pula bertudung
tahniah buat pengacara WHI tv3 Teh Shuhada..bukan senang nak berhijrah..moga akan berkekalan..jgn separuh jln ye...kan comel tu...silap2 bertambah lagi peminat hahahhaa...nak tgk dia bleh la menonton WHI di tv3..wah makin ramai skrg dah berubah untuk btudung.ini satu perkembangan baik untuk agama islam..sekurang-kurangnya akan membuka mata org kat luar sana bahawa pakai tudung pon bleh popular..jgn ingat pakai tudung ni kolot atau pun nak kena tunggu tua baru nak btudung...gambar kat atas aku cari kat google..so tak berapa cantik sgt...tp org kat dlm gambar cantikkkkk haahahaha ok la apa2 pun tahniah dah selamat berhijrah wat Teh Syuhada......
Labels:
hiburan
Jumaat, 6 Januari 2012
Diandra Arjunaidi - Angkasa (video)
Genre |
Pop/Whatever I feel like.
|
---|---|
Members |
Diandra Arjunaidi (Vocals, Guitar)
Sessionists :- Efry Arwis (bass) Ag Coco/Ully Mohamad/Shafiq (lead guitar) Ruvi /Ayam (drums) Adam (keyboards) |
Hometown |
Kuala Lumpur
|
About |
For bookings & enquiries please contact Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com
|
Biography |
Diandra
Arjunaidi was founded like many other young stars today. The power of
social networking gave this 19 year old the chance to kickstart her
singer-songwriter career, and there has been no looking back.
Oftern recognised by her bright red hair (only recently dyed black), this sweet voiced singer has accomplished a great amount of success at this early stage of her career. She's a Moonshine .. |
---|---|
Current Location |
Kuala Lumpur
|
General Manager |
Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com
|
Influences |
Lily Allen, Amy Winehouse, Kate Nash, Lykke Li, Natalie Cole, Adele, Kimbra.
|
Website | |
---|---|
Press Contact |
Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com
|
Booking Agent |
Wawa: +6012-3401545 / yunaroomrecords@gmail.com
|
Labels:
hiburan
Ibu Nur Amalina Che Bakri bagi amaran
SENAI – Belum pun reda isu kononnya pelajar genius, Nur Amalina Che
Bakri mengalami kejutan budaya, gadis 23 tahun itu itu dieksploitasi
pula menerusi akaun Facebook palsu.
Kehadiran akaun palsu itu, dikesan aktif pada 2 Januari lalu, selepas Nur Amalina menutup akaunnya.
Ibunya, Sabariah Hassan, 52, menyedari mengenai akaun palsu tersebut, selepas dimaklumkan Amalina menerusi Skype.
“Ada dua akaun menyamar menggunakan nama Nur Amalina Che Bakri dan Amalina Che Bakri.
“Saya beri amaran kepada penyamar untuk menutup akaun ini dalam tempoh
tiga hari. Jika tidak, saya laporkan kepada polis untuk tindakan
undang-undang.
“Memang saya kesal, memainkan nama dan maruah anak saya”, katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sabariah tidak mahu orang ramai keliru kerana anaknya kini, tidak lagi
mempunyai akaun Facebook, selepas insiden gambar peribadinya dimuat
turun ke laman web dan didakwa liar, selain gagal dalam pelajaran.
Nur Amalina menjadi sebutan berikutan kejayaannya memperoleh 17A1 dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dan dinobatkan sebagai
pelajar terbaik negara.
Bagaimanapun, isu peribadi beliau menjadi bualan, selepas tersebar
gambar menunjukkan beliau tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan
kononnya kelihatan ‘liar’, berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun
2005.
“Ina seorang penyabar dan baik. Saya tidak mahu berita mengenainya
disensasikan, biarpun saya yakin ia tidak akan menggugat pengajiannya.
“Saya kesalkan, mengapa dia diperlakukan sebegitu? Apa kesalahannya?,” katanya.
Sabariah berkata, akaun Facebook dengan nama Nur Amalina Che Bakri
telah lama wujud, namun ia hanya mengambil keratan akhbar kejayaan
anaknya.
Namun, akaun menggunakan nama asal Nur Amalina sebelum ini yang telah memaparkan gambar peribadinya.
Nur Amalina sedang menyambung pelajaran di Universiti Edinburgh,
Scotland, di dua bidang ijazah, iaitu perubatan dan sains farmakologi,
ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia dan bakal menamatkan
pengajiannya November tahun depan.
Labels:
info,
Nur Amalina Che Bakri
Khamis, 5 Januari 2012
ucapan Nur Amalina Che Bakri kpd rakyat malaysia(video)
Nur Amalina tampil memberi ucapan berikutan tersebarnya gambar peribadi nya di berapa blog dan web kebelakangan ini..ko org tgk terpulang kat masing nak komen apa2...sendiri buat sendiri tanggung ye...
p/s:- pada aku masih ada rase ermmm rasa entah nak ckp apa....buat lah yg tbaik ye amalina...jgn bazirkan duit cukai aku semua kat malaysia ni hahahahaha.....
Labels:
info
Meramal Nasib Melalui Tarikh Lahir?
Soalan: Dr Asri,
sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh
lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan mula mempercayai nasib masa
depan mereka menerusi tarikh lahir. Kononnya, tarikh lahir menentukan
kemampuan dirinya, masa depannya dan lain-lain. Apa yang dipilih pun
mesti berdasarkan tarikh lahir. Adakah ini dizinkan oleh Islam?
Jawapan Dr MAZA:
Saudara, dalam masyarakat yang menghadapi berbagai
tekanan hidup, kesibukannya, persaingan antara satu sama lain, maka
ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua
itu. Jika tidak dengan iman yang benar, maka sihir, merenung nasib dan
berbagai khurafat yang lain akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada
sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti
ini. Untuk soalan tersebut beberapa perkara berikut saya ingin tegaskan;
2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.
Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian? Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kitaa boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut? Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.
3. Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu.
4. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu. Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).5. Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah. Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).Jika ada ilmu untuk mengetahui masa depan, tentulah Nabi s.a.w lebih utama untuk mengetahuinya kerana perjuangan baginda lebih penting dari segalanya. Malangnya, tidak sedemikian!
6. Perbuatan menilik nasib samada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih:
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) “Tuhanlah yang mengetahui segala yang ghaib, maka tidak zahir perkara ghaib itu kepada sesiapapun, -melainkan kepada mana-mana rasul yang diredhaiNya” (Surah al-Jinn: 26-27).
7. Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut. Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.
8. Jikalau nasib itu boleh diramal dan tuah dan bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.
9. Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar tentang perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang. Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan! Antaranya doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).Demikian indahnya doa ini, apabila seorang hamba dengan penuh merendah, menyerahkan harapan dan urusannya kepada Allah agar membaiki segala tindakan dan urusan hidupnya. Apakah mungkin seorang mukmin yang melafazkan doa sebegini dengan penuh makna dan faham, lalu menyerahkan kepercayaan masa depan ke tangan tukang ramal dan tukang tilik?!
10. Dalam membuat pemilihan yang tidak pasti, Islam mengajar pula penganutnya untuk beristikharah sebelum memilih atau memutuskan sesuatu urusan. Walaupun wahyu sudah terputus dan ramalan nasib pula dilarang namun hubungan spiritual antara insan dengan Tuhan yang menguasai segala urusan terus terbuka untuk insan lakukan. Insan disuruh beristikharah memohon pemilihan Allah terhadap urusan yang meragukan yang bakal dilakukannya. Hayatilah doa istikharah yang indah yang diajar oleh Nabi s.a.w. betapa ia mendamaikan perasaan dan member harapan dengan penuh iman. Demikian gantian yang Islam berikan yang lebih bermakna dari amalan-amalan yang khurafat.
p/s:- sumber disini
Labels:
info
Rabu, 4 Januari 2012
Hope2Walk raih perhatian masyarakat
PETALING JAYA, 4 Jan: Kempen Hope 2 Walk yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu tetap diteruskan dan mendapat perhatian masyarakat meskipun Annisa Mohd Affandi, 10 tahun telah meninggal dunia pada 22 Disember lalu sebelum sempat dana untuk membiayai rawatannya mencukupi.
Kempen tersebut diteruskan bagi mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membiayai rawatan untuk adik kepada Annisa, An-Nur, 8 tahun yang turut mengidap kecacatan Cerebral Palsy seperti kakaknya.
Annur memerlukan dana berjumlah kira-kira RM500,000 untuk membolehkan beliau mendapat rawatan di Hopital Erkang, Beijing, China, kaedah rawatan yang tidak terdapat di negara ini.
Bagaimanapun menurut Affandi, jumlah dana yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu masih jauh dari jumlah yang disasarkan bagi membolehkan An-Nur diterbangkan ke China.
"Sambutan masyarakat termasuk beberapa badan bukan kerajaan memang memuaskan, kira-kira sebulan program ini dilancarkan sehingga kini kutipan baru menghampiri seratus ribu, masih terlalu jauh untuk mencapai sasaran lima ratus ribu.
"Selain sumbangan yang datang dari individu, ada beberapa NGO yang turut sama menghulurkan sumbangan dan saya amat berterima kasih kepada semua," beritahu beliau kepada Harakahdaily.
Affandi juga memberitahu program Hope2Walk ini akan diteruskan walaupun setelah dana yang diperlukan untuk membiayai rawatan An-Nur telah mencukupi nanti bagi membantu kanak-kanak lain yang senasib.
"Insyaallah, bila An-Nur dapat diterbangkan ke China, Hope 2 Walk ini akan diteruskan bagi membantu anak-anak lain yang senasib dengan Annisa dan An-Nur.
"Annisa dan An-Nur adalah perintis bagi memberi peluang dan harapan kepada kanak-kanak lain juga, bukan milik kami," ujar beliau.
Menurut beliau lagi, masyarakat harus memandang isu ini sebagai satu perjuangan untuk semua, bukannya perjuangan untuk Annisa, An-Nur dan keluarganya sahaja.
"Ini adalah perjuangan bersama, perjuangan semua lapisan masyarakat negara ini membuktikan keprihatinan dalam mewujudkan masyarakat yang penyayang yang tidak hanya mengejar duniawi sahaja.
"Banyak atau sedikti jumlah yang kita sumbangkan bukanlah persoalannya, tetapi keikhlasan kita untuk menyertai perjuangan ini dengan turut sama menyumbang walaupun satu ringgit.
"Orang ramai boleh membuat sumbangan melalui akaun Maybank saya bernombor 1561 1400 1424 atau akaun Bank Islam anak saya, Annisa Mohd Affandi bernombor 14-229-02-001975-2," kata beliau lagi.
(Afandi dan isteri bersama kedua-dua anak mereka. Kini Annisa sudah pergi, yang menunggu belanja rawatan adalah adiknya, An-Nur)
Jangan pilih bulu membantu
Suri rumah, Normariah Saleh, 34 tahun menyatakan kes yang menimpa seorang kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan kerana ibu bapanya tidak mempunyai wang yang mencukupi beberapa tahun lalu haruslah dielakkan.
"Saya teringat beberapa tahun lalu, seorang kanak-kanak meninggal dunia apabila tabung yang dilancarkan untuk menampung kos pembedahan tidak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat kita.
"Hairannya, pada masa yang sama tabung bantuan untuk selebriti cepat pulak penuh.
"Memang betul, selebriti pun patut diberi perhatian, dibantu sekiranya mereka memerlukan, tetapi ianya membuatkan saya tertanya-tanya adakah masyarakat kita punyai sikap memilih orang-orang terkenal sahaja untuk membantu.
"Kita dapat lihat di pentas tadi, ada pihak dari Gereja yang turut sama memberikan sumbangan untuk tabung Hope 2 Walk, sikap yang wajar kita contohi iaitu membantu tanpa mengira ugama dan bangsa.
"Kita baru sahaja kehilangan kakaknya, Annisa sebelum sempat beliau mendapat rawatan, kita tidak mampu untuk kehilangan si adiknya pula An-Nur," beritahu beliau.
Naimullah, lepasan institusi pengajian tinggi pula menyatakan, semua lapisan masyarakat perlu lebih perihatin dengan isu-isu seperti ini.
"Kita kena perihatin dengan isu seperti ini dengan membantu golongan yang memerlukan tak kisahlah walaupun sedikit.
"Apatah lagi dalam zaman yang kos sara makin tinggi, memang bukan semua orang mampu memberi sumbangan yang besar, tetapi dengan pengorbanan seringgit kita itulah dapat memberikan seribu harapan kepada kanak-kanak seperti An-Nur ini," katanya.
Baru-baru Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur dan Annisa yang dianjurkan oleh Seni Suri Jawi dan Hope 2 Walk telah mendapat sambutan meriah di Damansara Damai.
Jelajah tersebut juga akan diteruskan di lokasi-lokasi lain di seluruh negara bagi memenuhi dana yang diperlukan bagi menampung kos rawatan untuk An-Nur.
Kempen Hope 2 Walk ini turut mendapat perhatian beberapa media massa termasuk sokongan meluas di laman sosial seperti facebook, twitter dan blog.
Kempen ini turut mengundang keprihatinan pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali yang diangkat sebagai duta kempen Hope 2 Walk.
Orang ramai yang ingin turut menghulurkan sumbangan, mereka boleh menyalurkan ke akaun Maybank atas nama Mohd Affandi Ramli (1561 1400 1424) atau Bank Islam atas nama Annisa Mohd Affandi (14-229-02-001975-2) atau hubungi sukarelawan Nashita Md Noor di talian 013 209 6373.
Labels:
info
Hukum Bermain Alat Muzik - Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (video)
p/s:- aku kurang jelas gak psl alat muzik..bila aku main gitar ada org ckp haram...mula2 dulu aku wat tak tau aje..bila dah tua ni jd risau nak main gitar...cari punya cari akhir jumpe gak penjelasan yg jelas..
Labels:
info
Saintis temui ikan jerung hibrid
SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.
Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid
tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam
Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu
penemuan mengejutkan di bidang sains.
"Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi," kata Morgan.
Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.
Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim
tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk
pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.
Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku
kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup
walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFP
p/s:- aku ingat keta aje hibrid hahahahaha
Labels:
info
Penjelasan ibu Nur Amalina Che Bakri
SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.
JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan
amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka
menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji
pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang
bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.
“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.
Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

p/s:- aduhhh pakaian dibeli oleh ibu sendiri...klu aku tak sanggup nak bg anak pakai camtu..tp ialah nanti ada yg berbunyi 'ikut suka aku la...anak aku...dose dia tanggung bkn ko tanggung..apa pandang2...hahahahha....pastu nanti ada yg ckp ko tu blaja sampai mane haaaahhhh...amalina cerdik..
ni kwn aku ckp bkn aku ye...hahahaaha....ko org sape nak tegur anak makcik sabariah ni....makcik tu guru penolong kanan tu..dah beribu anak murid di didik nya...tak kan tak pandai nak jaga anak kan..kan...kan...kan....
Labels:
info
Selasa, 3 Januari 2012
Hanna Tajima
nama sebenarnya ialah Hana Tajima-Simpson,
berusia 23 tahun (pada 2011). Berasal dari sebuah keluarga Kristian yang
tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupannya. Bapanya berasal
dari Jepun dan ibunya wanita keturunan Inggeris. Mula memeluk Islam
seawal usianya 17 tahun dan minatnya terhadap Islam bermula sewaktu di
sekolah tinggi dan berkawan dengan beberapa pelajar Muslim.
Daripada sahabat Muslim itulah Hana
secara perlahan-lahan tertarik dengan falsafah Islam seterusnya
mempelajarinya terus daripada sumbernya iaitu al-Quran. Baginya,
al-Quran tetap sama dari sebelumnya yang menunjukkan ia boleh menjadi
titik rujukan bagi semua perkara. Segala kebenaran yang dibawa oleh
Islam membuatkannya tidak boleh berkata tidak seterusnya mengambil
keputusan untuk memeluk Islam.
Hana mula mengenakan hijab pada hari
yang sama dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan ia berlaku tanpa
sebarang paksaan. Baginya, ia adalah cara yang terbaik yang membezakan
kehidupannya di masa lalu dan akan datang.
p/s:- i like hahahahah like!like!like!
Labels:
info
Nur Amalina Che Bakri
gambar diatas merupakan pelajar genius yg pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu kerana pencapaian nya mendapat 17A1 dalam peperiksaan spm...dlm beberapa hari ni kecoh di beberapa blog yg menyatakan si Amalina ni dah kena kejutan budaya di UK..betapa bangga nya aku bila dgr anak melayu dpt pencapaian sebegitu..bukan senang tu...tp klu btl apa yg tgh kecoh skrg mmg aku sgt hampa..apa dah jd?kenapa?bagaimana? aku benar berharap yg gambar di bwh bkn Nur Amalina Che Bakri..kita tunggu...mungkin ada penjelasan dr mane2 pihak psl cite ni..gambar di bawah kata nya diambil dr akaun fb Nur Amalina Che Bakri
p/s:- klu btl gambar di atas Nur Amalina Che Bakri...mmg kena kejutan budaya sungguh..atau pon mmg dia dah mcm ni dimalaysia dulu??? kita sama2 tunggu dan lihat perkembangan cita psl Nur Amalina Che Bakri ni....
Labels:
info
Langgan:
Catatan (Atom)