p/s:- ermmm makin ramai artis btudung...ini perkembangan yg bagus..kita tunggu dan lihat aje...Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan,” luahnya ketika dihubungi murai.com.myFarah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari lalu.Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi.Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya dekat dengan Allah.“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik,” katanya.Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.
.
rakan blogger....
terbaik bulan ini
-
2.66 juta orang kunjungi pameran MAHA 2010 Oleh ZULKIFLI MANZOR zulkifli.manzor@kosmo.com.my PENGERUSI Marditech Corporation Sdn. Bhd., T...
-
AZAB WANITA by -Tok Wan on Thursday, October 28, 2010 at 3:24am Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal) ...
-
apa pendapat korang semua...pelik atau tidak....gambar ni aku amik sendiri sewaktu beraya di rumah kawan..pada aku gambar ni biasa aje...bia...
-
MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah neg...
-
1) Devil May Cry 3 KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemain...
-
PARA pelajar akan dapat belajar pendidikan seks secara sistematik apabila mata pelajaran itu diajar secara berasingan pada 2011. - Gambar ...
-
SKRIN laman MasterCard.com yang digodam oleh penggodam kelmarin. LONDON - Perang penggodam antara kumpulan pro-WikiLeaks dengan anti-W...
-
aduhhhhh apa nii naik lagi minyak petrol....ron95 plak tu...ala yg kuning dan murah tu...sakit jiwa woiiiiiii...apa nak jadi niiii...pas n...
-
Soalan: Dr Asri, sekarang ada banyak ceramah atau kursus untuk menyingkap rahsia tarikh lahir. Ada rakan-rakan saya menyertainya dan m...
Jumaat, 17 Februari 2012
Farah Asyikin bertudung.
Labels:
artis,
islam,
wanita islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan