assalamualaikum....bukan niat nak terjebak dalam politik atau cuba untuk menjadi penyokong mane2 parti politik...tapi apabila melihat hukum hudud jadi mainan,aku sebagai seorang umat islam merasa amat kecewa..kenapa undang2 yg dicipta oleh Allah S.W.T dan tercatit dalam kitab suci Al-quran menjadi mainan seperti keratan akhbar diatas..dah hilang rasa sayang kepada Al-quran ke sehingga apa yg tercatit dlm nya bleh dijadi bahan lawak...atau tidak ada perasaan takut menjadikan kalam Allah S.W.T sebagai bahan jenaka???aku bukan lah seorang alim ulamak...bnyk yg masih perlu aku blajar bab agama islam ni...tp bila melihat gambar diatas timbul perasaan marah kerana hudud bleh dibuat lawak...timbul perasaan sayu bila hudud jd bahan jenaka...apakah ini tanda akhir zaman????mane perginya kesedaran seorang islam????aku ada skit kajian mengenai hudud.berikut adalah maksud hudud:-adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh
ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh
dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan
hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah
termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“ | "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229). |
jika tidak mahu menjalankan hukum hudud jgn lah dijadikan bahan lawak jenaka....bagi aku apa yg dilukis di atas sama seperti menghina islam..sedih-sedih aku dibuatnya.....sekian coretan untuk mlm ni...tegur aku jika ada apa2 kesalahan yg aku buat mengenai coretan diatas...aku sedia menerima teguran....
0 comments:
Catat Ulasan