.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Jumaat, 30 September 2011

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.






1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


p/s:- post diatas adalah bertujuan menegur diri sendiri yg begitu bnyk kelemahan.....bila kah kelemahan ini dpt diatasi....moga dpt mengatasi kelemahan ini sebelum mata ini terpejam untuk selama nya...... 

apabila hukum hudud jadi bahan lawak

assalamualaikum....bukan niat nak  terjebak dalam politik atau cuba untuk menjadi penyokong mane2 parti politik...tapi apabila melihat hukum hudud jadi mainan,aku sebagai seorang umat islam merasa amat kecewa..kenapa undang2 yg dicipta oleh Allah S.W.T  dan tercatit dalam kitab suci Al-quran menjadi mainan seperti keratan akhbar diatas..dah hilang rasa sayang kepada Al-quran ke sehingga apa yg tercatit dlm nya bleh dijadi bahan lawak...atau tidak ada perasaan takut menjadikan kalam Allah S.W.T sebagai bahan jenaka???aku bukan lah seorang alim ulamak...bnyk yg masih perlu aku blajar bab agama islam ni...tp bila melihat gambar diatas timbul perasaan marah kerana hudud bleh dibuat lawak...timbul perasaan sayu bila hudud jd bahan jenaka...apakah ini tanda akhir zaman????mane perginya kesedaran seorang islam????aku ada skit kajian mengenai hudud.berikut adalah maksud hudud:-adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).
jika tidak mahu menjalankan hukum hudud jgn lah dijadikan bahan lawak jenaka....bagi aku apa yg dilukis di atas sama seperti menghina islam..sedih-sedih aku dibuatnya.....sekian coretan untuk mlm ni...tegur aku jika ada apa2 kesalahan yg aku buat mengenai coretan diatas...aku sedia menerima teguran....

Ahad, 25 September 2011

penyanyi siti nordiana pula bertudung


Setelah beberapa artis bertindak mengenakan gaya tudung sebagai penampilan baru, kini Siti Nordiana pula membuat keputusan yang sama.
Tindakan beliau telah mengejutkan ramai pihak kerana Siti Nordiana sebelum ini dilabelkan sebagai antara artis yang gemar mengenakan pakaian seksi.
Laporan mengenai penampilan terbaru beliau telah dipaparkan beberapa blog hiburan termasuklah Blog Berita Sensasi.
Langkah terbaru Siti Nordiana ini menjadi pujian ramai pihak terutamanya dari kalangan peminat. 

p/s:- alhamdulillah..sorang lg insaf bertudung....comey plak tu huhuhu....

Mamat Khalid Serang Nasi Lemak 2.0 - Namewee Bangsat.


Penulis : Mamat Khalid.

Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka.
Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasa hormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

sumber:-KLpos


p/s:- aku tak pernah suka namewee walau apa pon dia buat...sori la aku nak tgk filem dia ni...

kenapa aku simpan janggut?



kenapa aku simpan janggut???? cuba tgk video ni....bkn nye untuk suka-suka.bukannya untuk nampak hensem..tp ada sbb nye..tgk lah video ka atas...pernah aku tgk kat fb seorang perempuan islam ckp geli tgk org berjanggut..pengotor kata nya...nampak tak mcm pengemis katanya..sbb tu aku kuar kan post ni pd hr ni...satu lg aku tak penah cukur janggut kecuali trim bg nampak kemas..ada juga sbb nya...nak tahu tgk video kat atas...

Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat

        gambar bertudung
sebelum bertudung
Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.


"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,

"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi. -mstar


p/s:- alhamdulillah....syukur.....teruskan jgn sekerat jln aje...aku sokong dr jauh aje....

Sabtu, 24 September 2011

Palestin kemuka permohonan sertai PBB


NEW YORK — Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat mengemukakan permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Abbas menyerahkan permohonan itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di ibu pejabat PBB di sini sebelum berucap pada sesi ke-66 perhimpunan agung badan dunia itu. Palestin pada masa ini berstatus pemerhati di PBB.
Menurut peruntukan Piagam PBB, Setiausaha Agung PBB dipertanggungjawabkan untuk menentusahkan sebarang surat permohonan keanggotaan PBB, yang kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Keselamatan PBB dan perhimpunan agung.
Permohonan itu akan dipertimbangkan oleh majlis itu, yang akan menentukan sama ada untuk mencadangkan atau tidak kemasukkan Palestin ke perhimpunan 193 negara anggota, yang akan mengambil resolusi kemasukkan mana-mana negara anggota baru.
Abbas memberitahu perhimpunan agung PBB bahawa Palestin memohon menjadi negara anggota penuh PBB berasaskan kepada persempadanan 4 Jun, 1967.
“Palestin sedang dilahirkan semula. Inilah mesej saya,” kata beliau, dan menambah kata beliau berharap tidak akan menunggu lama untuk permohonan itu diluluskan. — Bernama

Rabu, 21 September 2011

zizan mohon maaf

Assalamualaikum dan salam blogger,berikutan isu kontrevesi 'Menghina Rasulullah " dalam filem Hantu bonceng .Pelakon berkenaan ,Zizan memohon maaf kepada peminatnya dalam twitternya.
Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Walaupun bukan sepenuhnya salah Zizan, pengarah dan kru penyuntingan harus lebih peka dengan soal agama ini memastikan tidak menjadi ikutan anak-anak muda kini. Harap yang mana tak elok tu dijadikan pengajaran kepada semua.
 sumber:- disini

p/s:- bagus zizan...jgn malu nak mengaku kesalahan..jgn jd mcm Ahmad Idham tu bodoh sombong berlagak nak mamposssssss....... 

Isnin, 19 September 2011

zizan hina rasul dlm filem hantu bonceng


Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"....apa cite ni...jgn sampai camni....lawak biar la bertempat..jgn sampai melawak bab akidah zizan woiiii...yg aku tak puas hati jawapan Ahmad idham...sombong!!berlagak!! pegi mampos la ko Ahmad Idham!!! hilang dah respek aku kat ko..tgk kat bawah ni....sori ayat kasar skit ye...dan aku respek org yg tegur Ahmad Idham...mungkin cetek  ilmu agama kata Ahmad Idham tp dlm iman nya...td ada aku terbaca kata2 mamat sorang ni kat facebook"pasni aku kena gi amik ijazah kat mesir baru bleh tegur org" dan mcm2 lg komen yg mrh kat Ahmad Idham ni....emo2 dah aku ni sabar2...ko tunggu lah satu hr nanti tinggi atau rendah langit...tgh top pastu rezeki mencurah2 bleh la ko berlagak ye saudara Ahmad Idham...sekurangnya terima teguran yg baik jgn terus nak hentam...mmg jenis berlagak la ko ni Ahmad Idham!!!!

klik untuk besarkan

Ahad, 18 September 2011

hantu dalam videoclip malaysian boy

btl ke atau tidak tuhan sahaja yg tau....apa pendapat ko org????? aku rase antu ni pon nak menari menyanyi sekali kot...lagu best kan...hahahaha....

Selasa, 13 September 2011

iPhone 5


iPhone 5

 iPhone5 Features

Here are some of the other features that we can expect from the iPhone 5:The dimensions are calculated to be: 4.33″ x 2.36″ and .27″ thickness at the top and .21″ at the bottom, whereas the dimensions of iPhone 4 are: 4.5″ x 2.31″ x .37″
  • · Face Recognition Security
  • · 4G/LTE support – According the AT&T documents leaked by LulzSec, the Apple iPhone 5 will offer 4G and will be LTE (Long Term Evolution) network compatible. LTE is a project of the 3rd Generation Partnership Project (3GPP), and is the latest standard in the mobile network technology.
  • · A new, sleeker body design
  • · OLED screen
  • · Scratch proof and shatter proof screen
  • · Wireless sync with iTunes
  • · Extended battery life
  • · Flash support
  • · SIM-Less Phone – According to International Business Times, it is rumoured that the iPhone 5 will feature a new SIM-less design with 2 to 3 internal antennas for CDMA and GSM compatibility, which will make it a “worldphone”.
  • · Physical Keyboard
  • · Increased Ram (from 512MB to 1GB)
  • · New Multi-tasking Look
  • · HD Audio
  • · Built In GPS
The above mentioned features are some of the improvements that we can expect from Apple. However, we cannot assure you that they can be true, but most of the upgrades are more likely to be utilized.
Apple definitely wants to fight back against Android smartphone makers like HTC and Samsung, and perhaps it is why the new iPhone 5 will host some of the outstanding features.

Bendera gergasi Palestin dekat pejabat EU




BRUSSELS - Para aktivis pertubuhan Avaaz telah meletakkan sebuah bendera Palestin gergasi dekat ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) di sini semalam.
Tindakan itu dilakukan bagi mendesak supaya EU mengundi untuk mengiktiraf kemerdekaan Palestin.
Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan oleh syarikat YouGov, 76 peratus rakyat Jerman, 59 peratus penduduk Britain dan 69 peratus warga Perancis menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang kini diduduki Israel. - Agensi

sumber:- kosmo

Sabtu, 10 September 2011

Perodua Myvi SE 1.5L


perghhhh cair aku dibuat nya bila tgk myvi SE 1.5L baru nii...ini baru la baik  punyerrrrrrrrrr....baru la wat rase nak tambah hutang dgn bank hahahahah....syabas Perodua!!! tahniah Perodua!!!slmt hr raya Perodua hahahahaha....tabik la kat Perodua ni keta kuar mmg target untuk anak muda..proton kena la wat camni..baru bleh bersaing...rugi ar sape beli awal2 myvi baru hehehehe....takpe bleh trade in...dan tambah hutang kat bank...sape lg nak tolong bank kan...hehehehhe

p/s:- beli jgn tak beli...rugi wooooo

Isnin, 5 September 2011

bebola agar-agar(seeds growing kits) diharamkan


PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
 
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

sumber:-DUNIACACAMARBA

Sabtu, 3 September 2011

Jurukamera Bernama TV Maut Ditembak di Somalia


Noramfaizul bin Mohd Nor jurukamera Bernama TV maut setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan kelab Putra 1Malaysia dan Bakti di Mogadishu,Somalia semalam.al fatihah buat arwah..dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi berita ini...

p/s:-  MAKA MAHA SUCI (ALLAH) YANG DITANGAN NYA KEKUASAAN ATAS SEGALA SESUATU DAN KEPADA NYALAH KAMU DIKEMBALIKAN.AYAT 83 SURAH YAASIN..

Jumaat, 2 September 2011

Ini lah rupa sebenar Hajjah Sitt Alwuzara bhgn 2......


salam...penat raya wehhhhhh...sampai sakit perut di buat nya...tp sempat lg update blog niii...ok ni kisah hajjah sitt alwuzara bhgn 2 plak...haa ni mmg aku copy gambar kat Sozcyili....btl atau tidak hanya tuhan yg tahu...tp aku mmg sakit ati klu org hina islam ni...mmg saje nak cari psl...klu nak murtad atau beragama lain ke yg sibuk nak hina islam kenapa???go to hell la!!!!ckp omputih skit di hr raya ni...btl ke ejaan tu haa hehehehe....sabar2..hr raya ni ..kena senyum bnyk2...sampai telinga haahahah...mesti ada yg tertanya2 btl ke ni..hr tu dah sekali salah...buat nye salah dpt dose aje aku di hr raya nihhh....btl atau tidak kita tunggu dan lihat same2...

p/s:- rambut klu dah itam tak payah nk kaler2 nyer..sedar la skit wehhh...hantu mak limah lari klu tgk hahahahah..satu lg minta maaf sempena hr raya kat Sozcyili sbb copy.meh la dtg umah beraya heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...