SUBANG JAYA - Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed berkata, cadangan itu sudah dihantar kepada kerajaan dan kini terpulang kepada kerajaan memilih model Proton yang sesuai.
"Dengan adanya model Proton Inspira 2.0 CVT (Transmisi Penghantaran Berubah Berterusan), ia boleh menggantikan model Perdana standard kerana ia lebih murah walaupun mempunyai kelajuan yang sama. Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
p/s:- perghhh tuk pegawai kanan kerajaan..bleh lumba ar pasni...ingat polis aje ke ada evo hahahaha...ehh aku ni pegawai kanan kerajaan ke hah???? pegawai kiri kerajaan kot hahahahahah
p/s:- perghhh tuk pegawai kanan kerajaan..bleh lumba ar pasni...ingat polis aje ke ada evo hahahaha...ehh aku ni pegawai kanan kerajaan ke hah???? pegawai kiri kerajaan kot hahahahahah
0 comments:
Catat Ulasan