.

.

rakan blogger....

terbaik bulan ini

Isnin, 24 Oktober 2011

Dengan begini banyak kebajikan untuk Rakyat.. Gaddafi dibunuh juga.. kenapa?



Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.

Dengan sebegini banyak (senarai dibawah) kebajikan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kenapa?


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


Al-Fatihah Buat Allahyarham...


sumber:- ASD

wasiat Muammar Gaddafi



"Ini adalah kehendak saya. Saya, Muammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Coraciiformes bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan bahawa Mohammad Nabi Allah, saw.Saya berjanji bahawa saya akan mati sebagai Islam.

"Adakah saya perlu dibunuh, saya ingin dikebumikan mengikut upacara Islam, dalam pakaian saya memakai pada masa kematian dan badan saya belum dicuci saya, di tanah perkuburan Sirte, seterusnya kepada keluarga dan saudara-mara saya.

"Saya ingin bahawa keluarga saya, terutama wanita dan kanak-kanak, akan dilayan dengan baik selepas kematian saya. Orang-orang Libya harus melindungi identiti, pencapaian, sejarah dan imej mulia nenek moyang dan wira.

"Orang-orang Libya tidak harus melepaskan pengorbanan orang yang bebas dan terbaik. Saya menyeru kepada penyokong saya untuk meneruskan rintangan, dan melawan mana-mana penyerang asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan sentiasa.

"Biarlah rakyat bebas daripada dunia tahu bahawa kita boleh tawar-menawar alih dan dijual menyebabkan kita sebagai balasan untuk kehidupan peribadi yang selamat dan stabil.

"Kami menerima banyak tawaran untuk kesan ini tetapi kami memilih untuk berada di barisan depan konfrontasi sebagai lencana duti dan maruah.

"Walaupun kita tidak menang dengan serta-merta, kami akan memberikan pengajaran kepada generasi akan datang, yang memilih untuk melindungi negara adalah satu penghormatan dan menjual ia adalah pengkhianatan besar bahawa sejarah akan ingat selama-lamanya, walaupun cuba yang lain untuk memberitahu anda sebaliknya. "


p/s:- makin bnyk cite psl pemimpin libya ni....tiba2 aku rasa sedih plak..nape ye...???? nape jenazah nya tak diurus lg dan jd bahan pameran? bukan kah kena segera di kebumikan???klu btl la kerana kejahatan nya ,dia tetap seorang islam....

Khamis, 20 Oktober 2011

enot ohh enot....



apa cerita ni...dah takde idea sgt ke nak wat kek???berjuta lg design bleh wat ini yg dipilih...sakit jiwa ke apa ni..takde rase malu ke...atau saje nak wat gempak....klu wat kek camni bleh untung gile2 ke....kenapa?kenapa?dan kenapa?aku ingat ada yg beli tapi tak potong atau mkn pakat tgk aje kahkahkahakah

Gaddafi mati dibunuh






Disebalik celahan kaki pejuang revolusi yang berdarah, ini adalah imej yang didakwa oleh kumpulan pemberontak Libya mengesahkan bahawa pemimpin Muammar Gaddafi telah dibunuh.

Bekas diktator Libya dilaporkan dijumpai bersembunyi di dalam lubang bawah tanah di tengah-tengah Sirte, selepas pemberontak bergerak melalui bandar tepi laut semasa serangan akhir mereka.

Seorang pejuang Mohammed Al Bibi memberitahu pemberita pemimpin diktator yang digulingkan itu telah mengaku kalah dan berteriak 'Jangan tembak, jangan tembak' sambil cuba menyerah diri.

Terdapat beberapa laporan dalam akhbar-akhbar Arab bahawa dia meninggal dunia selepas mengalami luka di kaki.

Imej yang ditangkap: Gambar dari telefon bimbit, menunjukkan pemimpin Muammar Gaddafi cedera, diedarkan tidak lama selepas berita penangkapan beliau didedahkan

Rakaman telefon mudah alih, dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berdarah di kepala.

Pemberontak berkata beliau bersenjatakan pistol emas ketika ditemui dan memakai pakaian seragam khaki.

Majlis Kebangsaan Peralihan rasmi Abdel Majid Mlegta berkata: 'Dia [Gaddafi] juga ditembak di kepalanya. Terdapat banyak tembakan dilepaskan oleh kumpulan ini dan dia akhirnya mati. '

Beliau berkata Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala pejuang lain berkata diktator itu telah ditembak diperutnya sekurang-kurangnya sekali dengan peluru 9mm.

Selasa, 18 Oktober 2011

TOTO 1 malaysia

dah lama tak update blog..bnyk sgt masalah baru2 ni..dugaan dr Allah S.W.T...terima dgn hati terbuka..kata org tua bersusah2 dulu bersenang2 kemudian...pic kat atas atas adalah selingan...belek2 paper bleh tnampak ruangan kat pic atas..tergelak aku sorang2 mcm org gila hahahaa...mcm2 bleh jadi skrg...klu ikut bnyk benda nak update tp masa mmg cemburu kat aku ceh wah...ayat sastera plak hahahaha....kesian kat blog aku nii..rating makin turun sbb tak update...tu la bila berblog ni...bila semangat 5-6 pos sehari bila down berminggu tak update.kerja plak dah bertambah maklum lah semangat naik gaji dan bonus...kang ckp duk mkn gaji buta plak..guaner2 hahahaha.....biasa ar ujung tahun ni nak habiskan peruntukan...kang tak psl2 tahun dpn kena potong dek org atas nunnnn.....apa2 pon hr ni paling aku sedih..berita gembira yg ditunggu tapi berita tak gembira yg timbul..takde rezeki...insyallah aku akan cuba lg...sampai sini dulu nanti aku update cite lain plop...gudnite...roger & out........

Ahad, 2 Oktober 2011

Ustazah Pilihan - Didik Wanita Terdidik Generasi




Ustazah Pilihan ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Oasis yang memaparkan pencarian Muslimah – Muslimah yang boleh dibentuk untuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan dari seorang pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan bagaimana pentingnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan lebih dari itu, Muslimah dilihat sebagai pendidik, pembentuk, pemimpin generasi akan datang,serta perlu mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.

Menerusi konsep program Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah terpilih menerusi beberapa siri ujibakat di beberapa negeri, akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dari aspek keugamaan yang juga merangkumi hal ehwal yang lain seperti teknologi, kewangan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan lain-lain.

Setiap minggu, mereka akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu yang berlandaskan format Piramid Tangga Kehidupan. Tugasan-tugasan ini dipilih berdasarkan isu – isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekata, isu – isu ini adalah 'benar' (real) dan relevan dengan realiti wanita di zaman moden.

Setiap minggu, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan dan akan dibimbing/dipantau oleh para Mursyidah yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).

Markah akan diberi kepada kumpulan dan juga individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang telah mereka laksanakan setiap minggu. Kumpulan terbaik akan menerima ganjaran setiap minggu yang berupa galakan-galakan yang akan memotivasikan mereka lagi, manakala kumpulan yang satu lagi akan diberi tugasan tambahan yang juga boleh menmabhakan motivasi serta keyakinan untuk menjadi lebih baik lagi di tugasan akan datang.
Ustazah Pilihan merupakan sebuah program realiti terbaru Astro Oasis yang memaparkan para muslimah yang akan dibentuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan peranan sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.

Idea menerbitkan Ustazah Pilihan ini tercetus rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan peluang yang setara kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka dalam aktiviti dakwah dengan pendedahan yang lebih kontemporari. Pembaharuan dakwah yang bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syara’ semestinya menjadi suatu kelainan yang akan menarik perhatian oleh masyarakat.


berikut adalah calon ustazah pilihan:-











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...